Sembelit, siapa yang mengalami memang akan tahu betapa sukarnya untuk membuang air besar atau tidak dapat buang air besar secara teratur. Ia adalah masalah yang biasa berlaku dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira usia atau jantina.
Sembelit juga sering dialami oleh ibu-ibu hamil dan juga ibu dalam tempoh berpantang. Tidak kira ibu-ibu yang bersalin secara normal mahupun secara pembedahan masalah sembelit ini memang sangat menyiksakan.
Selain melakukan senaman ringan, bagi membantu untuk memudahkan membuang air air besar, anda juga boleh cuba minuman ini. Perut kenyang, tiada masalah sembelit malah susu untuk bayi pun banyak. Bagi mereka yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan pun sesuai amalkan minuman ini ye.
Nak cuba? Ini resipinya untuk 1 hidangan (sekali minum).
BAHAN-BAHAN:
1 biji epal hijau
2 biji kurma
1 sudu teh serbuk kayu manis ceylon
1 gelas susu (saya pilih susu berkrim sebab rasa lagi lemak. Jika nak lagi bagus, guna susu rendah lemak (low fat)
CARA-CARA:
1. Potong kecil buah kurma dan buah epal. Epal jangan dibuang kulit kerana kandungan Flavonoid yang ada pada kulit sangat bagus untuk pelihara jantung dan elakkan strok.
2. Masukkan susu dan buah-buah yang dipotong tadi ke dalam pengisar. Nak lagi sedap boleh masukkan ais. (dalam gambar tidak dimasukkan ais). Kemudian masukkan serbuk kayu manis ceylon.
3. Kisar sampai semua bahan menjadi halus. JANGAN TAPIS. Minum semua sekali.
4. Siap! Sedia untuk dinikmati. Minuman ini boleh diamalkan setiap hari pada waktu malam atau bila-bila sahaja yang anda suka.
Kredit resipi & foto: Nurul Moolek Cereprove