Mengisi masa sepanjang musim PKP ini diakui tugas kita berganda-ganda dalam bab memasak. Sepanjang hari, dua tiga kali masuk dapur memandangkan anak-anak asyik mengadu lapar sahaja.
Lantaran itu, tidak hairanlah setiap antara kita mempunyai stok bahan makanan untuk dimasak yang disimpan di bahagian pantri.
Pun begitu, perasan atau tidak bila banyak stok makanan akan menyebabkan pantri sarat diisi. Jika tidak betul cara susun aturnya, nampak berserabut dan susah pula untuk dicapai.
Jadi apa kata, selain memasak elok juga sibukkan diri untuk lakukan deep cleanning seperti yang dikongsikan oleh puan Noor Hafiza Mohamad ini. Sungguh kemas pantrinya!
Day1: Deep cleaning pantry
Ads
Bangun pukul 5.00 pagi, selepas Subuh terus masuk dapur untuk operasi deep cleaning pantri.
Semangat lain macam bila dapat perintah duduk kat rumah. Dari bulan Januari sampai Mac sibuk lain macam kerja ofis. Punyalah seronok bila ada peluang duduk kat rumah. Nikmat dalam ujian.
Ads
Ok jom kita mengemas:
✔️ lap semua rak barang dapur
✔️ keluarkan semua laci mangkuk dan lap
✔️ salin bekas tepung dan rempah
✔️ buang rempah paket yang dah expired
✔️ susun, isi dan label barang dapur diatas rak
Ads
DISCLAIMER: Ini bukan Panic Buying ye. Ini hanyalah stok makanan kering yang mungkin boleh bertahan sampai bulan puasa.
Kami duduk rumah flat takda lif, sekali buat stok macam ni lebih mudah. Tak payah ulang alik pegi kedai banyak kali. Hati-hati melontarkan komen.
Kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan segalanya. Perancangan manusia itu usaha manakala perancangan Allah itu takdir. Apa yang pasti, setiap apa yang berlaku janganlah sesekali kita sebagai hambanya putus berharap andai apa yang kita rancang itu tidak menjadi kenyataan.
Begitulah juga kisahnya dengan pasangan suami isteri ini, pada awalnya sama-sama berusaha dan berjuang untuk memiliki zuriat dan apabila masuk tahun ke lima seakan hampir ‘berjaya’ apabila berpeluang untuk melakukan rawatan kesuburan Intrauterine Insemination (IUI).
Begitu pun, di sebalik berita gembira itu, takdir Allah SWT mengatasi segalanya apabila diuji pula dengan dugaan yang sangat hebat apabila suaminya didiagnosis mengidap kanser usus tahap empat.
Itu yang dilalui oleh Syazana Fatihah Jamil, 26, apabila suami yang juga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Muhammad Sazrin Asraf Saidin, 29, diuji penyakit berkenaan sejak September tahun lalu.
Memetik berita yang dikongsikan Harian Metro, Syazana Fatihah berkata, sebelum ini mereka melalui fasa ujian menjalani rawatan kesuburan bersama demi memiliki zuriat sendiri, namun kini perjuangan itu digantikan dengan episod paling getir bersama suami yang kini melawan kanser.
Katanya, sebelum ini suami menjalani enam sesi kemoterapi di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Pahang dan lima kali radioterapi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) namun rezeki tidak memihak kepadanya apabila sel kanser semakin agresif.
“Sekarang suami sedang mengulangi rawatan kemoterapi buat kali kedua dan kini berada di Hospital Bukit Mertajam, di sini kerana mengalami kesukaran bernafas, baru-baru ini. Saya yang sebelum ini berniaga kek batik dan cheesekut hentikan jualan untuk menemaninya setiap kali mendapat rawatan.
“Insya-Allah saya setia bersama suami dalam perjuangannya kerana sebelum ini kami sudah bersama berjuang untuk memiliki zuriat sendiri jadi kali ini saya tidak akan tinggalkan dia biarpun terpaksa melupakan impian itu kerana kesihatan suami lebih penting ketika ini,” katanya sebak.
“Melihat semangat suami buat saya kuat…”- Isteri
Menurutnya, sebelum ini mereka membuat rawatan kesuburan di HTAA kerana ketika itu suaminya berkhidmat di Kuantan, Pahang dicadangkan prosedur IUI pada Jun tahun lalu namun tiga bulan selepas itu suami didiagnosis penyakit itu.
“Mungkin bukan rezeki kami untuk memiliki anak buat masa ini kerana Allah berikan ujian hebat ini dulu tetapi saya sentiasa bersangka baik kepada Allah kerana yakin dan percaya suami akan sihat serta pasti ada ‘pelangi’ untuk kami selepas ini.
“Bagi saya penyakit suami adalah ujian berat kedua untuk saya kerana pada 2017 saya jaga arwah abah kerana sakit tibi usus dan sekarang saya jaga suami yang sakit kanser pula tetapi melihat semangat suami buat saya juga kuat,” katanya memberitahu mereka berasal dari Pulau Pinang.
Alami Masalah Buang Air Besar
Berkongsi berkenaan tanda-tanda awal yang dialami oleh suaminya sebelum disahkan mengidap kanser usus dan kini terpaksa menjalani rawatan kemoterapi yang masih berbaki 11 sesi di Hospital Pulau Pinang.
“Sebelum didiagnosis kanser usus suami mengalami masalah buang air besar dan ingatkan masalah buasir tetapi berat badan suami juga susut sebelum dia membuat pemeriksaan kesihatan dan selepas menjalani beberapa prosedur doktor mengesahkan penyakitnya itu,” ujarnya lagi dan turut memaklumkan kebajikan suami sentiasa dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya TLDM selain Badan Kebajikan Angkatan Tentera (Bakat) dan masih dalam permohonan bantuan zakat.
Setiap ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik buat anak-anak. Dikurniakan zuriat yang bijak pandai pasti satu bonus dan impian setiap ibu bapa. Demikian juga dengan kisah sepasang suami isteri yang dikatakan memiliki anak yang luar biasa bijaknya.
Dikurniakan kepintaran yang luar biasa sejak usianya tujuh bulan, kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Haryz Nadzimi dilaporkan berjaya diterima memasuki persatuan IQ tinggi global, Mensa.
Kisah adik Haryz tular baru-baru ini apabila di dalam laporan Metro Uk menceritakan keistimewaan si kecil ini yang mula dikesan oleh ibu bapanya apabila dia mampu menyebut beberapa patah perkataan pertamanya pada usia tujuh bulan.
Bukan itu sahaja, si kecil ini juga dikatakan mampu membaca sendiri buku-buku cerita sebelum tidur ketika usianya dua tahun. Hal tersebut, menjadikan dia sebagai individu paling muda memasuki persatuan IQ tinggi global, Mensa.
Dia dikatakan mencapai skor IQ yang luar biasa sebanyak 142 pada ujian Stanford Binet setelah diuji oleh ahli psikologi, Lyn Kendall.
Anak kepada pasangan Anira dan Mohd ini dipercayai menetap di Durham, United Kingdom (UK) dan kedua ibu bapanya mempunyai latar belakang kejuruteraan. Menurut pasangan tersebut, mereka tidak menyangka Haryz menunjukkan tanda-tanda kepintaran yang luar biasa pada usia semuda itu.
“Kami tiada banyak pengalaman, jadi kami ingatkan itulah cara kanak-kanak. Namun sehingga kami diberitahu oleh pihak tadika bahawa dia lebih cepat berbanding kanak-kanak lain, maka kami menyedari Haryz adalah istimewa.
Di samping itu, ibu bapa Haryz turut mencipta saluran YouTube bernama Little Haryz agar kanak-kanak lain dapat menonton dan menjadikan ia sebagai pemangkin semangat.
Berkongsi mengenai sikap anak mereka, pasangan itu turut memberitahu bahawa Haryz sering bertanya soalan dan bercakap mengenai angkasa lepas dan nombor selain gemar membaca buku-buku. Lebih mengagumkan adalah bahasa Inggeris bukan bahasa pertamanya. Mereka berkomunikasi menggunakan Bahasa Melayu di rumah.
Sumber: Metro Uk & Ohbulan!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lazimnya jika sesebuah kediaman tidak memiliki kabinet dapur pasang siap, tentu sahaja akan menggunakan kabinet asas yang sedia ada dijual di kedai perabot untuk melengkapkan ruangan dapur.
Pun begitu, andai sudah lama diguna pakai keadaan almari tersebut tentu sahaja akan terlihat tidak cantik dan ada juga terjadi tombol kabinet tercabut biarpun struktur asasnya masih kukuh.
Pun begitu, jika hendak dibuang terasa sayang pula disebabkan masih boleh digunakan. Namun bila niat dihati mahu ruangan dapur nampak cantik sempurna dengan kabinet yang cantik, apa kata ambil idea yang dikongsikan oleh Mohd Azrul ini.
Siapa sangka kabinet yang nampak lama apabila diberi sentuhan olehnya, terus nampak mewah.
Ini perkongsiannya.
Saya beli kayu shiplap mdf saiz 2 inci di shoppe..potong ikut saiz pintu almari.
– gam kan di pintu
– cat
– handle spray warna gold beli di DIY
Ekstra Tip
Sebelum cat cabinet..gosok pakai kertas pasir..
saya buat frame kat pintu gune mdf..kemudian baru cat hitam dan spray handle kaler gold.
Resipi agar-agar sirap ros selasih, sedap makan sejuk-sejuk. Agar-agar merupakan salah satu sajian pencuci mulut yang popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Teksturnya yang kenyal dan lembut serta rasanya yang manis dan menyegarkan menjadikannya pilihan utama, terutamanya apabila disajikan dalam keadaan sejuk.