Semangat meraikan sambutan Hari Raya tahun ini mungkin ada yang terasa hambar sahaja, tapi tidak kurang juga ibu ayah tetap mahu menceriakan suasana seperti raya-raya tahun sebelumnya.
Tujuannya agar anak-anak tetap berasa keseronokan menyambut 1 Syawal.
Umumnya, mencipta kemeriahan raya, rumah akan dihias serba indah. Bahkan jika ada bajet lebih, akan dilakukan transformasi ruang.
Jadi buat yang ingin melakukan transformasi ruang rumah, mungkin melalui perkongsian Ekin Mansor ini boleh dijadikan inspirasi. Jom semak.
Sebab letih mengemop hari2.. Kadang2 sehari mop sampai 3,4 kali.. Tiap2 kali lepas anak2 makan serabut nampak tiles melekit2, lepas mop pun nampak x brapa bersih lg. Rambut gugur sehelai pun blh nampak.
Ads
Akhirnya tukar kepada SPC (stone plastic composite),selesai masalah.
Senang sgt2 nak maintain, hati byk senang sbb rumah pun nampak lebih luas, pijak lantai pun x sejuk kaki..
*jimat pasang sendiri je, semangat sbb nak raya kat rumah sendiri tahun ni
Ads
#edited: ni bukan vinyl yang guna gam tu.. Letih dh jawab. Leh YouTube pasal SPC ni cara pasang dia. Kalis air, kalis calar, kalis anai2.
Ads
#Harga dia blh search kat shopee.. Mcm2 harga ada. Sy beli sekotak rm99/10pcs utk cover 23kaki persegi.
Sy beli direct di kedai area Kota Kemuning Shah Alam
#Kos sy guna 24 kotak skali dgn skirting dia n lain2 hampir 3k jgk la..
sumber : Ekin Mansor via kami suka suka dekor-deko
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Berkongsi pahit manis bersama pasangan pastinya meninggalkan memori yang cukup indah dalam hidup kita. Saat-saat ini pasti akan muncul di fikiran kita, lebih-lebih lagi bila salah seorang sudah pergi terlebih dahulu.
Ini yang dikongsikan oleh seorang bapa anak tiga akan momen indah bersama arwah isterinya. Menurut Khairul Abdullah sepanjang 20 tahun mengenali arwah isterinya, banyak perkara yang dia belajar tentang wanita.
Menerusi perkongsian tersebut di facebooknya, khairul memberikan beberapa tip kepada kaum lelaki jika mahu rumah tangga yang bahagia.
Sepanjang 20 tahun “relationship” saya dengan arwah isteri dari berkenalan, bercinta dan berumahtangga, saya belajar banyak perkara tentang perempuan.
Nah ini senarai agung untuk lelaki yang nak rumahtangganya bahagia.
1. Perempuan suka dengar laki dia ucap cinta atau sayang. Diorang memang dah tahu pun yang kau sayang gila kat dia, tetapi mendengar dari mulut tu buat diorang happy. Setiap hari kau cakap sekali pun jadilah. Bila dia happy satu keluarga akan happy tau.
2. Perempuan suka jika dibantu. Sekecil-kecil benda dari tolong angkat beg plastik yang sedang dijinjing, atau tolong pegangkan beg ketika dia sedang membuka atau mencuba kasut pun sudah berbunga-bunga hati dia. Silap-silap dia belanja kau kasut sepasang.
3. Perempuan sangat appreciate kalau lelaki suka bantu kemas katil. Cuba ketika bangun pagi isteri sedang mandi, suami lekas-lekas kemas katil. Bila dia keluar jer tengok katil dah berkemas. Silap-silap boleh berselerak balik katil lepas tu.
4. Perempuan suka menerima hadiah, walau sekecil-kecil hadiah tanda lelaki ingat pada dia. Sekeping kad, sekuntum bunga atau sekeping coklat sudah memadai. Dia akan peluk kau tak nak lepas.
5. Perempuan suka lelaki yang boleh mendengar. Depa ni suka membawang. Tipulah kalau perempuan tak pernah bergossip langsung. Jadi kalau dia balik rumah cerita itu ini, kau layankan jer. Dia suka sebab dia dapat luahkan.
6. Perempuan ni suka “surprise” atau kejutan. Kalau dikejutkan dengan sejambak bunga pun dia dah gembira bukan kepalang. Apatah lagi dikejutkan dengan tiket penerbangan ke Bandung pun cukuplah, jenuh kau dengar plan dia nak shopping apa.
7. Perempuan ni suka kalau laki dia kemas, kacak bergaya. Bila keluar, pakailah kemas sikit, jangan asyik berselipar jer. Ke jamban pun pakai selipar ke shopping mall pun pakai selipar. Bini punyalah bersiap, pakai tudung pun special sebab seronok nak keluar dengan laki, tapi laki dia selebet pulak. Dia malas jer nak tegur takut kau cakap dia derhaka.
8. Perempuan ni suka dengar jawapan ya berbanding tak. Jadi kau yer kan jer apa dia nak. Yang, esok kita keluar yer? Kau jawab yer. Yang lepas ni kita singgah rumah mak kejap yer, kau jawab yer jugak. Bukan queen control tau, kita jangan serabut kepala dengan “unnecessary quarrel”.
9. Perempuan suka lelaki yang bertanggungjawab. Definasi tanggungjawab ni besar kalau nak rungkai. Mudahnya, kau kena bahagiakan dia. Jangan lepas tangan. Tolong dia buat kerja rumah, tolong jaga anak, tolong cuci berak dan tukar lampin, tolong picit-picit kaki dan belakang dia dan macam-macam tolong lagilah.
10. Perempuan tak suka lelaki ego. Kalau kau salah, cepat-cepat mintak maaf. Kalau dia yang salah pun kau maafkan dia cepat, kalau dia kata kau yang salah pun kau mengaku jer lah.
Cukuplah 10. Lain-lain tu kau tambah sendiri, dah lama kahwin takkan tak tahu lagi kan?
Jadi, sebagai lelaki kita jangan ego besar sangat yer. Sikit-sikit sudahlah.
“Tak Pe Duit Boleh Cari, Ibu Ada La Segalanya…”-Chef Wan Upah Jururawat Hampir 6K Sebulan, Tarik Perhatian Warganet!
Kita banyak belajar tentang kehidupan ini daripada orang tua kita. Darinya kita mengenal erti cinta, sayang menyayangi dan memberi dengan tulus. Apa yang pasti, begitu banyak pengorbanan ibu ayah dalam membesarkan kita sebagai anak-anaknya. Tidak termampu untuk kita membalasnya sampai bila-bila.
Lantaran itu selagi boleh, sebagai anak yang tahu mengenang jasa orang tua wajar untuk kita menyantuni ibu ayah dengan sebaik mungkin hingga akhir hayat mereka.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Kisah chef selebriti, Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan boleh dijadikan inspirasi. Cara bagaimana dia menyantuni ibunya yang telah berusia dan mengidap penyakit Demensia cukup menyentuh hati.
Chef Wan melalui Instagram miliknya telah mendedahkan bahawa dia mengupah seorang jururawat khas untuk menjaga ibunya di rumah.
Menerusi hantaran tersebut dimaklumkan bahaawa jururawat khas itu dibayar sebanyak RM180 sehari, bermula dari 9 pagi hingga 6 petang setiap hari. Chef Wan menyatakan bahawa hampir RM6,000 setiap bulan demi membayar upah jururawat yang menjaga ibunya itu.
“Agensi jururawat itu mengenakan RM180 untuk sehari dan sebulan kira-kira dalam RM5,800 ke lebih dengan kerja lebih masa.
“Biar la mereka berjinak-jinak dahulu ketika mak saya masih sihat sedikit. Bila datang waktunya, dia (jururawat khas) boleh menjaga ibu saya dengan baik.
“Saya rasa senang apabila mak ada orang yang profesional untuk mandikan dia, tukar lampin, suap sarapan, bagi ubat, melakukan sedikit senaman serta memastikan mak saya tidur sekejap pada pagi dan tengah hari,” ujarnya yang mengakui bahawa duit boleh dicari dan seorang ibu itu adalah segala-galanya.
Seni merupakan suatu keindahan. Tidak semua antara kita memiliki bakat seni dalam diri. Lantaran itu seni itu adalah suatu gambaran yang unik dan istimewa buat yang melihat hasil bakatnya.
Bakat seni bukan hanya merujuk kepada peghasilan lukisan semata tetapi ia juga dari pelbagai sudut. Ia termasuk meghasilan sebuah potret dengan mengunakan rubik cube.
Tular sebuah video pengguna TikTok , Zabli menghasilkan potret pasangan selebriti kesayangan ramai iaitu Shuib dan arwah isterinya, arwah Siti Sarah Raisuddin. Potret berkenaan mengunakan kira-kira 400 buah rubik cube.
Meninjau video lelaki berkenaan mendapati, kepantasan tangannya menukar warna rubik cube menjadi sama begitu mengkagumkan.
Ramai warganet melahirkan rasa kagum kreativiti yang dimiliki oleh lelaki berkenaan. Siapa sangka, hanya menggunakan rubik cube boleh menghasilkan sebuah potret yang unik. Sungguh inspirasi!
“400 rubik’s cube belum sampai. Tunggu seminggu.”
Merujuk ruangan komen, rata-rata para netizen memberi pujian bakat luar biasa lelaki itu.
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.