Perkongsian yang cukup memilukan dari seorang ibu yang kehilangan bayi akibat Anencephaly atau bahasa mudahnya baby yang lahir tanpa otak atau kecacatan otak. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Kegembiraan bakal menimang cahaya mata bertukar duka bila mana si kecil pergi buat selama-lamanya. Ibu dan ayah hanya sempat menatap selama 18 jam sebelum akhirnya si kecil kembali kepangkuan ilahi . Kisah sedih ini dikongsikan menerusi Kelab Ibu Hamil & Bersalin Malaysia .
Anencephaly adalah baby yang lahir tanpa otak atau kecacatan otak. Otak tak terbentuk dengan sempurna. Baby yang lahir dengan masalah ini sangatlah berisiko. Baby anecephaly tak boleh hidup lama.
Salah satu faktor yang menyumbang kepada keadaan ini adalah kekurangan asid folik sebelum mengandung dan pada awal kandungan.
Masa scan adik aktif sangat. Siap tendang-tendang lagi perut ibu. Adik macam sorokan je kat ibu dan abi masalah adik. Dua orang doktor pakar scan adik untuk sahkan adik anencephaly.
Doktor pakar bagi ibu dan abi dua minggu untuk tenangkan fikiran dan membuat kata putus keputusan kami. Jika bersalin awal ataupun bersalin normal jangka hayat adik tidak tahan lama. Mungkin satu jam dua jam. Ataupun paling lama 2-3 hari.
Kandungan kami semasa detail scan berusia 7bulan, lagi dua bulan je adik nak due baru dapat tahu adik tak sihat dalam rahim ibu.Due adik dijangka 30 september tetapi kami memilih untuk bersalin awal untuk kebaikan bersama dan tidak sanggup tengok adik sakit.
Selama 5 bulan lebih ibu alahan, makan tak lama terus muntah2.Tiap malam sebelum ibu tido abi kena gosok belakang baru ibu boleh tidur. Pengalaman ini abi tidak akan lupakan sampai bila-bila.
Kami cuba pergi ke klinik swasta membuat 3d scan untuk mendapatkan kepastian. Tapi sayang adik tak mahu tunjuk wajah adik dekat ibu dan abi. Adik tutup dengan kaki dan tangan adik atas kepala semasa dalam kandungan ibu. Doktor cakap air ketumban sedikit dan menyukarkan ibu melihat dengan lebih jelas. Puas abi usik adik tapi adik tetap tidak mahu tunjuk. Mungkin adik tak nak ibu dan abi sedih tengok keadaan fizikal adik.