“Semalam Tidur Bagai Di Buai Mimpi. Ya Allah Macam Tak Percaya.” Elfira Loy Selamat Melahirkan Bayi Lelaki

Share

Baru menimang cahaya mata semalam, Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 25 hari ini memuat naik gambar anak sulungnya.

“Semalam tidur bagai dibuai mimpi , every minutes in the labour room , every pain , ever moments i went through dia recap balik.
Ya Allah macam tak percaya.

“Terima kasih Ya Allah , terima kasih keluarga , terima kasih sahabat , terima kasih semua yang mendoakan kami . ————————————————————- .


ITS A BABY BOY 🥳 . . Muhamad Rayyan Khalaf bin Muhamad Faris.

“Born yesterday , the 1st of October 2019 at 5.40pm weighing 3.68kg . Secara normal . Alhamdulillah syukur we are so greateful for our healthy little boy . Our world feels complete and our hearts are full with unconditional love. Love you my babyboi 💙

Perkongsian El dimuat naik menerusi laman instagramnya. Semalam isteri kesayangan Faris memuat naik satu video memberitahu kelahiran anaknya.

Momen indah sebagai ibu turut dikongsi bersama rakan-rakan rapatnya. Lebih istimewa lagi, Elfira menerima hadiah iphone 11.

El disambut dengan meriah dalam satu majlis yang hanya dihadiri oleh teman-teman rapatnya. Paling mengejutkan, El menerima hadiah Iphone keluaran terbaru iaitu Iphone 11 dari salah seorang rakannya itu.

Hadiah tersebut diterima dalam satu majlis baby shower yang diadakan khusus buat anak Elfira baru-baru ini. 

Elfira Loy, mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairol Anuar pada 1 Januari lalu dalam sebuah majlis tertutup. Semalam, ibu muda ini selamat melahirkan anak sulungnya di Andorra Women and Children Hospital di Seri Kembangan.

Tahniah dari admin Majalah Keluarga buat pasangan suami isteri ini.

Sumber : Elfira LoySyahira Kasim & Santhawan