Kes kematian anak kecil ketika dalam jagaan pengasuh berulang kembali. Anak kecil bernama Muhammad Aisy Fawwaz, berusia tujuh bulan meninggal dunia akibat pendarahan dalam kepala ketika dalam jagaan pengasuhnya di sebuah rumah di Kampung Setia Jaya, Setapak, Kuala Lumpur.
Kisah tersebut dimuat naik oleh Shafiqah Abd Razak yang merupakan ibu saudara kepada bayi malang berkenaan.
Laporan mengatakan ibu mangsa bergegas ke rumah pengasuh pada jam 12.15 tengah hari elepas menerima panggilan. Ketika sampai di rumah pengasuh, anak bongsu daripada 3 beradik ini berada dalam keadaan lemah dan tidak sedarkan diri.
Tubuhnya juga berada dalam keadaan pucat manakala bawah mata kanan lebam serta hidungnya berdarah.
Si ibu itu kemudian menghubungi suaminya sebelum mengejarkan bayi mereka ke sebuah klinik swasta di Taman Melati, namun doktor kemudian mengarahkan bayi dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Bagaimanapun bayi berkenaan disahkan meninggal dunia selepas beberapa minit menerima rawatan di HKL.
Allah..macam tak percaya semua ni berlaku dgn pantas..takziah buat abg ku Mohamad Firdaus & kakak ipar atas pemergian anak bongsu dari tiga beradik, Muhammad Aisy Fawwaz tengah hari tadi (usia nak dekat 8 bulan).
Tengah hari tadi 08-01-2019 dalam jam 12lebih pengasuh (dari kg setia jaya) call umi fawwaz beritahu baby dah tak boleh bernafas. Umi fawwaz mengajar di SK Tmn Melati, dekat sgt dgn rmh pengasuh.
Abg ika sampai rumah pengasuh, baby dah betul2 lemah, terkulai masa dukung..darah dah penuh kat hidung dah block habis pernafasan fawwaz..bawah mata lebam..Allahu..
Abg ika terus ke klinik paling dekat, Klinik Hamidah, Tmn Melati dgn abg no.4, Hasbullah dan wife kak fazila..sbb nak ke HKL masa tu mmg x sempat..doktor cuba selamatkan fawwaz, tapi Allah lebih sayangkan kamu wahai anak.. doktor cakap nadi fawwaz dah takda.. ?
Terus bawak ke emergency HKL, zon merah..doktor pun sahkan fawwaz dah takda..
Doktor scan xray semua, banyak pendarahan di kerongkong fawwaz penuh di saluran pernafasan..bukan tersedak susu..
Doktor belum dapat cari lagi punca sebab apa, minta abg ika buat laporan polis bagi keterangan. Dan malam ni polis forensik ke rumah pengasuh utk buat siasatan.
Esok pagi dalam 830pagi 09-01-2019 baru buat post mortem utk cari jawapan paling tepat.
Doakan semoga kita dapat tahu punca sebenar.
Allahu..taip ni pun sambil nangis..tak sangka semua ni terjadi, tapi kita kena redha..
Fawwaz skrg sedang bermain di taman syurga..rehatlah kamu sayang..kamu insan terpilih..mummy iqa sayang kamu sgt2..
Semoga abg dan kak wani tabah dgn dugaan ini..
Rasa sebak, bila kakak ipar ckp, “ika, ambiklah susu fawwaz ni bg uwais..dah takda sapa boleh minum”. ?
Lagi sebak rasa sebab pagi tadi sblm ke rmh pengasuh, fawwaz dpt rasa kali terakhir air susu badan umi nya..masih menyusu badan.
Dan malam tadi juga umi nya ckp dia teman umi nya berjaga siapkn kerja sekolah.
Gambar pakai kopiah ni, gambar terakhir abi nya snap pagi tadi sebelum umi nya bawak ke rumah pengasuh..masa hantar baby sihat wal’afiat.
InsyaAllah, bila dah selesai post mortem semua, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ibu Kota dalam waktu selepas zuhur.