Kes kematian anak kecil ketika dalam jagaan pengasuh berulang kembali. Anak kecil bernama Muhammad Aisy Fawwaz, berusia tujuh bulan meninggal dunia akibat pendarahan dalam kepala ketika dalam jagaan pengasuhnya di sebuah rumah di Kampung Setia Jaya, Setapak, Kuala Lumpur.
Kisah tersebut dimuat naik oleh Shafiqah Abd Razak yang merupakan ibu saudara kepada bayi malang berkenaan.
Laporan mengatakan ibu mangsa bergegas ke rumah pengasuh pada jam 12.15 tengah hari elepas menerima panggilan. Ketika sampai di rumah pengasuh, anak bongsu daripada 3 beradik ini berada dalam keadaan lemah dan tidak sedarkan diri.
Tubuhnya juga berada dalam keadaan pucat manakala bawah mata kanan lebam serta hidungnya berdarah.
Si ibu itu kemudian menghubungi suaminya sebelum mengejarkan bayi mereka ke sebuah klinik swasta di Taman Melati, namun doktor kemudian mengarahkan bayi dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Bagaimanapun bayi berkenaan disahkan meninggal dunia selepas beberapa minit menerima rawatan di HKL.
Ads
Allah..macam tak percaya semua ni berlaku dgn pantas..takziah buat abg ku Mohamad Firdaus & kakak ipar atas pemergian anak bongsu dari tiga beradik, Muhammad Aisy Fawwaz tengah hari tadi (usia nak dekat 8 bulan).
Tengah hari tadi 08-01-2019 dalam jam 12lebih pengasuh (dari kg setia jaya) call umi fawwaz beritahu baby dah tak boleh bernafas. Umi fawwaz mengajar di SK Tmn Melati, dekat sgt dgn rmh pengasuh.
Abg ika sampai rumah pengasuh, baby dah betul2 lemah, terkulai masa dukung..darah dah penuh kat hidung dah block habis pernafasan fawwaz..bawah mata lebam..Allahu..
Abg ika terus ke klinik paling dekat, Klinik Hamidah, Tmn Melati dgn abg no.4, Hasbullah dan wife kak fazila..sbb nak ke HKL masa tu mmg x sempat..doktor cuba selamatkan fawwaz, tapi Allah lebih sayangkan kamu wahai anak.. doktor cakap nadi fawwaz dah takda.. ?
Ads
Terus bawak ke emergency HKL, zon merah..doktor pun sahkan fawwaz dah takda.. Doktor scan xray semua, banyak pendarahan di kerongkong fawwaz penuh di saluran pernafasan..bukan tersedak susu..
Doktor belum dapat cari lagi punca sebab apa, minta abg ika buat laporan polis bagi keterangan. Dan malam ni polis forensik ke rumah pengasuh utk buat siasatan. Esok pagi dalam 830pagi 09-01-2019 baru buat post mortem utk cari jawapan paling tepat. Doakan semoga kita dapat tahu punca sebenar.
Allahu..taip ni pun sambil nangis..tak sangka semua ni terjadi, tapi kita kena redha.. Fawwaz skrg sedang bermain di taman syurga..rehatlah kamu sayang..kamu insan terpilih..mummy iqa sayang kamu sgt2.. Semoga abg dan kak wani tabah dgn dugaan ini..
Ads
Rasa sebak, bila kakak ipar ckp, “ika, ambiklah susu fawwaz ni bg uwais..dah takda sapa boleh minum”. ?
Lagi sebak rasa sebab pagi tadi sblm ke rmh pengasuh, fawwaz dpt rasa kali terakhir air susu badan umi nya..masih menyusu badan. Dan malam tadi juga umi nya ckp dia teman umi nya berjaga siapkn kerja sekolah.
Gambar pakai kopiah ni, gambar terakhir abi nya snap pagi tadi sebelum umi nya bawak ke rumah pengasuh..masa hantar baby sihat wal’afiat.
InsyaAllah, bila dah selesai post mortem semua, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ibu Kota dalam waktu selepas zuhur.
Keharmonian, kebahagiaan dan kepercayaan dalam rumah tangga perlu dibina dan semuanya terletak pada usaha seorang lelaki yang bergelar suami dan wanita sebagai isteri.
Jika diimbau, setiap antara kita sebelum melangkah ke alam perkahwinan pastinya bagi setiap wanita mengimpikan untuk mendapat suami yang beriman dan baik terhadap dirinya. Begitu juga di pihak lelaki mahukan isteri yang baik, taat dan mampu menguruskan rumah tangga.
Oleh itu bagi mendapatkan ketaatan isteri, suami perlu balas dengan tanggungjawab. Caranya bagaimana?
Hal ini dikongsikan sendiri oleh seorang lelaki bergelar suami untuk dijadikan peringatan bersama. Menurut katanya, sepanjang mendirikan rumahtangga, belum sekali pun dirinya mengugut isteri atau menggunakan ayat “syurga isteri di bawah tapak kaki seorang suami…”
Terlalu besar dan tak tercapai untuk digunakan bagi mendapatkan ketaatan isteri…
Saya sendiri pun belum tentu boleh masuk syurga…takkan saya boleh decide untuk orang lain pulak walaupun dia tu adalah isteri sendiri…apa yang boleh seorang suami macam saya ni buat ialah, jadikan isteri seorang yang taat dengan bertanggungjawab ke atas dirinya, jalankan kewajipan terhadap dirinya dan juga tunaikan hak yang patut seorang isteri dapat…
Bila dia taat pada suaminya, maka mudah untuk dia masuk syurga…
Tiket ke syurga bagi seorang isteri adalah ketaatan dia pada suami…namun, ketaatan ini bukanlah sesuatu yang boleh disuruh, diperintah atau dibagi arahan begitu sahaja…ianya di bina perlahan-lahan sejak hari pertama dia bergelar isteri…
Semua suami nak seorang isteri yang taat…tak ada seorang suami pun yang nak seorang isteri yang derhaka, melawan cakap dan sebagainya…sama jugak di pihak isteri…tak ada seorang isteri pun yang nak seorang suami yang tak bertanggungjawab, tak menjalankan kewajipan dan tak tunaikan hak-hak yang sepatutnya seorang isteri dapat…
Buat apa yang patut kita buat dan dia akan buat apa yang patut dia buat.
Ramadhan semakin beransur pergi dan Syawal akan menjelma lagi. Aidilfitri adalah perayaan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Aidilfitri adalah hari kejayaan bagi umat Islam setelah sebulan berpuasa dan mengawal hawa nafsu serta menunaikan ibadah tertentu seperti menunaikan solat terawih, di samping berinfak dan menunaikan zakat.
Ia bukan sahaja merupakan masa untuk bersyukur dan bersuka ria, di samping peluang untuk pulang beraya di kampung bersama sanak saudara, tetapi juga sering kali menjadi masa di mana perbelanjaan meningkat dengan amat ketara. Walaupun adalah penting untuk merayakan dan berkongsi kegembiraan dengan keluarga dan rakan, mengawal perbelanjaan semasa musim ini adalah penting untuk memastikan keseimbangan kewangan dan mengelakkan tekanan beban kewangan selepas perayaan.
Menurut, Dr Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali, Profesor Madya, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, jika tidak berhati-hati dengan perbelanjaan menyambut hari raya, kita berkemungkinan besar akan terperangkap dalam bebanan hutang yang mengganggu emosi diri dan malahan keluarga. Pada perayaan kali ini, kita berhadapan dengan tiga perkara yang besar iaitu anak baharu memulakan persekolahan, bulan Ramadhan dan hari raya Aidil Fitri. Kesemuanya memerlukan perbelanjaan yang besar.
Anak-anak baru sahaja memasuki persekolahan, kolej atau universiti, pada masa sama dalam bulan Ramadhan ada yang berbelanja untuk persiapan hari raya. Sewaktu raya, kita sering merayakannya sepanjang bulan Syawal dengan mengadakan rumah terbuka, pulang ke kampung, ada yang menukar perabot baharu, ada yang menukar kereta baharu dan lain-lain. Setidak-tidaknya, kereta perlu diselanggara, tayar perlu dipastikan di dalam keadaan baik untuk perjalanan balik kampung.
Secara amnya, perbelanjaan akan meningkat lebih dari bulan biasa. Justeru, beberapa panduan boleh digunakan untuk menghadapi raya pada kali ini dengan mengambil kira faktor “ukur baju di badan sendiri”.
Tetapkan Anggaran Bajet Perbelanjaan
Sebelum memulakan perbelanjaan untuk Aidilfitri, penting untuk menetapkan anggaran bajet yang munasabah. Ambil kira pendapatan, perbelanjaan sedia ada, dan perbelanjaan tambahan Aidil fitri yang perlu diberikan. Setelah menetapkan jumlah yang sesuai, berusaha untuk mengikuti kepada anggaran bajet tersebut.
Rancang Belanja Hari Raya Lebih Awal
Elakkan daripada membuat pembelian yang terburu-buru. Rancang belanja awal untuk barangan seperti pakaian raya, bahan makanan, dan duit raya yang akan diberikan. Kita juga digalakkan untuk membuat tabungan khusus bagi perbelanjaan seperti ini.
Hadkan Perbelanjaan untuk Pakaian Raya
Pakaian raya sering menjadi salah satu perbelanjaan terbesar semasa Aidilfitri. Tetapkan had yang munasabah untuk perbelanjaan pakaian raya dan cuba untuk tidak melebihi jumlah tersebut. Cuba untuk mempertimbangkan untuk membeli pakaian raya yang lebih sederhana atau menggunakan pakaian yang sedia ada. Yang penting pakaian yang digunakan pada hari raya adalah bersih dan tidak semestinya baharu. Kaum lelaki tidak mempunyai masalah dalam bab pakaian tetapi kaum wanita agak prihatin bab pakaian seperti mahu pakaian hari raya yang sedondon pada hari raya pertama, kedua atau ketiga. Jika mahu melakukan sedemikian, pastikan masih di dalam anggaran bajet yang telah ditetapkan.
Buat Senarai Belanja
Sebelum memulakan belanja, buat senarai yang terperinci mengenai barangan yang diperlukan. Ini membantu mengelakkan pembelian impulsif dan memastikan anda membeli hanya apa yang diperlukan. Pastikan untuk menyemak senarai belanja semasa berada di kedai untuk mengelakkan pembelian impulsif dan pembaziran.
Elakkan Berlebihan dalam Persiapan Rumah
Sering kali, perbelanjaan semasa Aidilfitri tidak terhad kepada pakaian dan makanan sahaja, tetapi juga kepada persiapan rumah seperti hiasan dan perabot baru. Cubalah untuk mengawal perbelanjaan ini dan berfokus pada perkara yang benar-benar diperlukan. Kita perlu memahami konsep perbelanjaan menurut Dharuriyat, Hajiyat dan Tahsiniyat.
Perbelanjaan dharuriyat adalah perbelanjaan kepada keperluan asas, manakala perbelanjaan hajiyat adalah perbelanjaan yang akan memudahkan kita sementara itu perbelanjaan tahsiniyat adalah perbelanjaan barangan mewah. Penuhi keperluan dharuriyat seperti makanan, tempat tinggal, pakaian, kesihatan, pendidikan yang perlu dikeluarkan setiap bulan tanpa gagal. Jika kita berbelanja sepenuhnya pada hari raya, kemungkinan kita tidak dapat memenuhi keperluan asas pada bulan akan datang.
Berpada-pada Menghias Rumah
Pada hari raya, kita sering menjemput sanak saudara dan rakan taulan untuk bertandang ke rumah. Jangan ragu-ragu untuk menggunakan bahan yang sedia ada untuk hiasan rumah dan kita tidak perlu untuk menggantikan langsir, perabot dan permaidani baharu. Cukup dengan bersederhana dengan menjadi sedikit kreatif tanpa perlu membelanjakan banyak wang.
Sediakan Dana Kecemasan
Walaupun kita berusaha untuk mengawal perbelanjaan sempena Aidilfitri, adalah bijaksana untuk menyediakan dana kecemasan untuk sebarang perbelanjaan tak terduga atau keperluan mendesak selepas perayaan.
Utamakan Kebahagiaan Emosi dan Sosial
Akhirnya, ingatlah bahawa Aidilfitri adalah masa untuk berkumpul dengan keluarga dan rakan. Lebih daripada sekadar perbelanjaan, berikan keutamaan kepada kebahagiaan emosi dan sosial anda. Raikan perayaan yang bermakna tanpa menekan diri dengan perbelanjaan yang berlebihan.
Dengan mengikuti panduan-panduan ini, kita boleh mengawal perbelanjaan sempena Aidilfitri dengan lebih efektif, memastikan keseimbangan kewangan dan membolehkan kita menikmati perayaan dengan lebih tenang. Selamat menyambut Aidilfitri dan semoga perayaan ini membawa kebahagiaan dan keberkatan kepada anda dan keluarga.
Sumbangan artikel: DR. NURADLI RIDZWAN SHAH BIN MOHD DALI, Profesor Madya, Fakulti Ekonomi dan Muamalat.
Felo Penyelidik, Institut Pengurusan Harta dan Kewangan Islam (IFWMI)
Universiti Sains Islam Malaysia
Exco Malaysia Consumer and Family Economy Association (MACFEA)
Penulis Buku Saham https://bit.ly/2Ivf1cU
Sebelum ini, pelakon tinggi lampai, Datin Paduka Eina Azman ada memuat naik Insta Story gambar dirinya menangis tanpa menjelaskan puncanya. Perkara itu telah menimbulkan tanda tanya orang ramai terhadap aktress jelita tersebut.
Namun, akhirnya teka teki kepada punca Eina menangis telah terjawab apabila suaminya tak semena membuat kejutan sempena hari jadi isteri kesayangannya itu ketika Eina sedang membuat siaran langsung di Tiktoknya.
Menerusi rakaman video, Eina dilihat baru saja melancarkan produk keluaran terbaru pada malam Jumaat yang dihoskan oleh Didie Alias. Ketika ‘soft launch’, suaminya iaitu Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah hadir membawa jambangan duit RM100 yang tidak dapat dipastikan jumlah sebenar.
Eina yang terkejut dengan kejutan itu mengalirkan air mata gara-gara ‘prank’ yang dibuat suami.
Kata pemilik nama Ainur Syakina Azman, dia menjadi terlalu banyak berfikir selepas suaminya tidak memberi ucapan selamat hari lahir pada 13 Mac lalu dan turut mengakui kes penyondol yang makin berleluasa juga menjadi punca timbulnya perasaan risau.
“Malu sayang. You buat I overthinking. Nowdays kan banyak kes (penyondol). Pertama kali dia buat tak tahu dengan saya, tak wish birthday.
Saya tak nak semua ini (jambangan duit). Saya nak dia wish, nak dia jadi normal. Orang kan selalu kata, bila suami dah tak ucap apa-apa dia dah lain.” katanya dalam siaran langsung di Tiktok.
Dalam pada itu, Kaiser turut meminta maaf kerana tidak menyangka kejutan itu telah membuatkan hati isterinya terguris.
“Saya nak buat kejutan untuk dia, saya tak nak orang tahu. Ini kali pertama dia bekerja pada hari ulang tahunnya. Sebelum ini tak pernah.
“Sorry sayang. I want to surprise you. Never forget your birthday. I love you so much” balas suaminya.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak membuatnya cukuplah mudah.