Sejak kes adik Bella dibicarakan, ramai yang memberikan sokongan padanya walaupun pelbagai pihak cuba untuk menyembunyikan kebenaran bahawa dirinya telah menjadi mangsa penderaan.
Berita mengenai jatuhan hukuman terhadap pengasuhnya pada minggu lalu seakan memberi nafas baru buat Bella atas dua pertuduhan mengabaikan dan menganiaya remaja sindrom Down ini.
Mana tidaknya, ramai meluahkan kelegaan apabila remaja sindrom Down itu mendapat akhirnya mendapat pembelaan sewajarnya termasuk turut mendapat sokongan daripada kerabat diraja Johor, Che Puan Besar Khaleeda.
Terbaharu, tular sebuah video memaparkan keadaan terkini Bella ketika menghadiri sebuah acara baru-baru ini sehingga menarik perhatian ramai.
Dalam hantaran tersebut, remaja berusia 15 tahun itu dilihat begitu ceria selain wajahnya tidak henti mengukir senyuman di bibir.
Di ruangan komen, ramai menzahirkan rasa gembira selain memuji kecomelan Bella yang dilihat semakin sihat dan dijaga rapi dibawah pihak bertanggungjawab.