Sejak kes adik Bella dibicarakan, ramai yang memberikan sokongan padanya walaupun pelbagai pihak cuba untuk menyembunyikan kebenaran bahawa dirinya telah menjadi mangsa penderaan.
Berita mengenai jatuhan hukuman terhadap pengasuhnya pada minggu lalu seakan memberi nafas baru buat Bella atas dua pertuduhan mengabaikan dan menganiaya remaja sindrom Down ini.
Mana tidaknya, ramai meluahkan kelegaan apabila remaja sindrom Down itu mendapat akhirnya mendapat pembelaan sewajarnya termasuk turut mendapat sokongan daripada kerabat diraja Johor, Che Puan Besar Khaleeda.
Terbaharu, tular sebuah video memaparkan keadaan terkini Bella ketika menghadiri sebuah acara baru-baru ini sehingga menarik perhatian ramai.
Dalam hantaran tersebut, remaja berusia 15 tahun itu dilihat begitu ceria selain wajahnya tidak henti mengukir senyuman di bibir.
Di ruangan komen, ramai menzahirkan rasa gembira selain memuji kecomelan Bella yang dilihat semakin sihat dan dijaga rapi dibawah pihak bertanggungjawab.
‘Yang Sulung Ada Bertanya Mengenai Keadaan Ibunya’ – Bapa Zainal Abidin
Sejak semalam, banyak portal telah melaporkan mengenai pelakon Nad Zainal yang kini berada dalam keadaan kritikal di ICU akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Bapa kepada pelakon Nad Zainal, Zainal Abidin, 63, memaklumkan kedua-dua cucunya iaitu Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, setahun, berada dalam keadaan baik.
Jelas Zainal, anak pertama Nad ada bertanya mengenai keadaan ibunya memandangkan dia turut berada di hospital awal hari ini.
Yem dan Som memang rapat dengan saya. Yang kecil mungkin masih belum faham, cuma yang sulung ada bertanya mengenai apa yang berlaku kepada ibunya.
Sebagai datuk, saya mengharapkan agar mereka faham,” katanya kepada MH ketika ditemui di KPJ Ampang Puteri, pada Rabu.
Dalam pada itu, Zainal turut merakamkan ucapan terima kasih dan terharunya apabila ramai pihak yang ikhlas menitipkan doa buat Nad.
Saya percaya Nad juga memerlukan doa daripada kawan-kawan. Mereka (penggiat seni) semua datang berikan semangat kepadanya.
Saya juga mengharapkan agar peminat dapat mendoakan yang baik-baik dan kesembuhan kepada anak saya.
Artikel Berkaitan
Tip / Petua
Terima kasih juga kepada peminat yang mengirimkan doa serta kata-kata yang baik. Malah saya dapat tahu ada juga kawan-kawannya yang mengadakan sesi bacaan Yasin hari ini, alhamdulillah,” katanya lagi.
Terdahulu, industri hiburan dikejutkan dengan perkongsian Ungku Ismail yang memaklumkan Nad berada dalam kritikal.
Pelakon drama Cina Buta itu terpaksa ditidurkan selama dua hari selepas dimasukkan ke ICU susulan mengalami paru-paru berdarah.
Semalam, Nad, 32, dilaporkan menerima rawatan di sebuah hospital swasta selepas dua hari mengalami masalah kesihatan yang dipercayai akibat simptom Long Covid.
Difahamkan, Nad pernah dijangkiti Covid-19 pada 13 Mac lalu, namun tidak mengalami sebarang gejala teruk.
Sementara itu, awal petang tadi rakan baik Nad yang juga pelakon Ungku Ismail memaklumkan Nad disyaki mengalami penyakit autoimun dan perlu diberikan pemantauan rapi sebagaimana dimaklumkan doktor.
Mesti Baca :
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Power Bank’ Meletup Dalam Pesawat! 2 Cedera, Tindakan Pantas KRU Berjaya Memadamkan Api
Setiap penumpang pesawat pastinya mempunyai perasaan gemuruh setiap kali menaiki pesawat kan? Apa tidaknya, pesawat adalah kenderaan yang paling kurang tercetus kemalangan tetapi apabila berlaku, ianya akan menjadi tragedi.
Cuba bayangkan anda di dalam pesawat dan berlaku sesuatu, pastinya perasaan panik itu sukar dibendung lebih-lebih lagi untuk memberhentikan pesawat bukanlah sesuatu yang mudah.
Seperti yang terjadi bru-baru ini, sebuah penerbangan tambang murah ke Singapura telah mengalami kebakaran kecil di bahagian kabin selepas pengecas mudah alih atau ‘power bank’ meletup di Taiwan pada Isnin lalu.
Rakaman kejadian tersebut dikongsikan di media sosial dan kelihatan pramugari syarikat penerbangan itu sedaya upaya mencuba untuk menenangkan penumpang yang panik akibat api yang tercetus.
Difahamkan, insiden itu terjadi apabila asap daripada ‘power bank’ yang meletup memenuhi kawasan kabin sehingga memaksa kesemua 189 penumpang beserta kru untuk mengosongkan pesawat tersebut.
[TRENDING] ‘Dia Ditinggalkan Terkapai-kapai Menguruskan Anak-anak Yang Sedang Membesar. Adilkan Semua Ini?
[TIP MASAK] Hanya 15 Minit, Daging Liat Dapat Dilembutkan
Dua penumpang penerbangan yang dijadualkan berlepas pada jam 7:35 malam waktu tempatan mengalami lecur ringan manakala penumpang lain terselamat daripada kebakaran tersebut.
Ini kerana, api berjaya dipadam sebelum marak dan pesawat kembali berada dalam keadaan selamat namun juruterbang mengambil keputusan untuk tidak meneruskan jadual penerbangan.
Bukan itu saja, disebabkan tindakan pantas kru pesawat tersebut mendapat pujian kerana mereka berjaya mengawal situasi insiden berkenaan dengan profesional dan terkawal.
Bagi yang membawa power bank, anda dinasihatkan untuk memeriksa powerbank anda sama ada dalam keadaan baik sebelum membawanya ke mana-mana bagi mengelakkan situasi tidak diingi terjadi.
Sumber: MailOnline
[MESTI BACA]
- Bantal Kepam Kini Seperti Baru. Guna 3 Bahan Ini Sahaja
- Berkat Kesabaran Berhadapan Dengan Suami Panas Baran, Lisdawati Kini Bersyukur Suami Lebih ‘Cool’
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Konjak Jeli Bahaya Kepada Kanak-Kanak. Ia Boleh Menyebabkan Risiko Tercekik Dan Telah Meragut Nyawa Di Beberapa Negara
FAKTA
- Seorang pengguna TikTok mendakwa makanan ringan konjac jelly berbahaya kepada kanak-kanak kerana sukar ditelan dan boleh membawa maut sekiranya tercekik.
- Beliau yang merupakan seorang ahli farmasi mendakwa berdasarkan laporan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat, beberapa kematian direkodkan membabitkan dewasa dan kanak-kanak akibat tercekik ketika memakan makanan ringan itu.
- Konjac mempunyai kebaikan namun boleh membawa mudarat jika diambil secara berlebihan.
LATAR BELAKANG
Permintaan tinggi terhadap makanan ringan di pasaran tempatan mendorong pengilang mengeluarkan pelbagai jenis produk.
Terdapat pelbagai bentuk dan perisa makanan ringan dikeluarkan pada masa kini termasuklah jeli yang bukan sahaja digemari kanak-kanak tetapi juga golongan dewasa.
Seperti yang diketahui umum, pengambilan makanan ringan dan makanan segera secara berlebihan bukan sahaja membawa keburukan kepada tubuh badan tetapi turut memberi impak kepada pertumbuhan seseorang individu.
Sejak usia kanak-kanak, kita diajar untuk mengamalkan pemakanan seimbang bagi memastikan tubuh mendapat khasiat makanan yang secukupnya.
Namun perkara sebegini sukar diamalkan sekiranya ibu bapa itu tidak memainkan peranan dalam memberi penerangan kepada anak masing-masing peri pentingnya pengambilan makanan berkhasiat.
MENGENAI DAKWAAN
Seorang pengguna TikTok iaitu @miss pharmacist mendakwa makanan ringan konjac jelly tidak sesuai diberikan kepada kanak-kanak kerana ia bersifat sangat kenyal dan menyebabkan ia sukar ditelan.
Wanita itu turut mendakwa Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (US FDA) selain negara seperti Australia mengharamkan kemasukan bahan makanan berkenaan susulan laporan beberapa kes kematian.
“Bagaimana konjac jelly ini menyebabkan kematian di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa ini adalah disebabkan struktur gelatin yang menyebabkan ia susah ditelan dan dikunyah dan ia juga tidak mudah dilarutkan ketika ia berada di dalam mulut.
“Ada bukti yang mengatakan konjac jelly ini boleh mengembang di dalam saluran pemakanan kita iaitu esofagus sehingga ke usus kita.
“Risiko untuk kita tercekik konjac jelly ini di usus meningkat apabila kita makan konjac jelly in tanpa (minum) air, kita sedut jelah, bukan kita telan dengan air pun,” jelasnya dalam video TikTok berkenaan.
Setakat laporan ini ditulis (12 Oktober 2022), video berkenaan telah meraih lebih 718,000 tontonan dan lebih 2,000 komen daripada pengguna TikTok.
ANAK SESAK NAFAS SELEPAS MAKAN KONJAK JELI
Ibu bapa mana tidak panik apabila anak yang sihat tiba-tiba mengalami muntah dan sesak nafas.
Demikian situasi yang berlaku terhadap anak perempuan wanita dikenali sebagai Sheril Amelia.
Difahamkan kejadian kecemasan tersebut berlaku selepas anaknya memakan konjak jeli iaitu makanan ringan yang popular dan viral dalam kalangan masyarakat Malaysia hari ini.
Menerusi perkongsian di Facebook Real Sheril Amelia, dia menyatakan bahawa anak perempuannya terpaksa dimasukkan ke hospital dan mendapatkan rawatan kecemasan kerana mengalami muntah.
“Kanak-kanak yang dilaporkan mengalami sesak nafas kerana makan konjak jeli.”
Kanak-kanak yang dilaporkan mengalami sesak nafas selepas memakan jeli kenyal.
“Malam tadi balun (makan) sampai setengah plastik… pagi tadi pergi sekolah muntah-muntah.
“Petang tadi bawa pergi HAT (Hospital Angkatan Tentera) Tuanku Mizan kerana batuk dan nafas laju,” ujarnya.
Malah, dia turut mendakwa ramai ibu bapa turut berkongsi keadaan kesihatan anak mereka merosot selepas menikmati jeli berkenaan.
“Selepas kongsikan pada status WhatsApp, ramai yang komen cakap anak-anak mereka ada yang alami cirit birit selepas makan.
“Ada juga yang makan tapi okay… ikut la perut masing-masing,” ujarnya.
Seorang lagi ibu turut berkongsikan keadaan kesihatan anaknya yang tiba-tiba sukar bernafas selepas menikmati makanan yang sama.
Enam sampel produk jeli turut dikesan tidak mematuhi peraturan makanan 139A dan dikenakan tindak penarikan balik produk.
Berdasarkan video perkongsian Lara Asheikin, anak lelakinya ditahan di zon kritikal disebabkan sesak nafas secara tiba-tiba.
“Izzul tiada demam dan tiada asma… tetapi tiba-tiba sesak nafas.
“Apabila periksa balik, rupanya Izzul sesak nafas sebab makan jeli. Makanan ni memang viral dalam kalangan kanak-kanak masa kini,” luahnya.
Disebabkan terdapat laporan peningkatan kes kecemasan melibatkan kanak-kanak, makanan viral di TikTok ini mendapat perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menurut KKM, pihaknya memantau produk tersebut sejak tahun 2001 selepas menerima banyak laporan tentang risiko tercekik pada kanak-kanak.
Konjak adalah sejenis tumbuhan yang tinggi dengan kandungan serat yang dipanggil glukomannan. Ia turut dikenali sebagai konnyaku, konjonac atau serbuk taro dan tepung keladi.
“Industri menggunakan bahan aditif makanan tersebut yang berfungsi sebagai bahan pemekat dalam penghasilan jeli.
“Penambahan konjak adalah dibenarkan di Malaysia berdasarkan pada saiz jeli yang dihasilkan,” katanya.
Peraturan yang ditetapkan di Malaysia berkaitan penggunaan konjak.
Menurut KKM lagi, produk konjak jeli mempunyai tekstur kenyal, sukar larut ketika di dalam mulut dan sukar ditelan berbanding produk jeli yang lain.
Ekoran itu, katanya, mengambil kira risiko yang wujud, kawalan ke atas produk dibuat dengan menetapkan saiz dan juga amaran pada label produk.
Tambah KKM, berdasarkan data pemantauan dari tahun 2018 hingga kini, sebanyak 649 produk jeli telah disampel dan 352 daripadanya adalah produk konjak jeli.
“Enam sampel produk jeli turut dikesan tidak mematuhi peraturan makanan 139A dan dikenakan tindak penarikan balik produk (recall) oleh KKM,” katanya.
Sumber : Mstar
Artikel Berkaitan
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club