Setiap hari menguruskan pelbagai hal di rumah, sebagai isteri, ibu dan wanita kita selalu terlupa menjaga kesihatan diri sendiri. Menjaga kesihatan dalaman seperti penjagaan Rahim sangat penting kita berikan perhatian.

Bagi mengelakkan sakit-sakit badan dan hal yang tidak sepatutnya, perlu tahu untuk menjaga kesihatan rahim. Ini merupakan sebahagian tanda-tanda anda mempunyai masalah rahim.

Semak Petanda Rahim Tidak Sihat, Salah Satunya Sakit Semasa Bersama & Haid Tak Teratur!

Ciri ciri rahim bermasalah
Beberapa gejala biasa masalah rahim termasuklah:

* Sakit di kawasan rahim

* Pendarahan faraj yang tidak normal atau berat

* Kitaran haid tidak teratur

* Keputihan yang tidak normal

* Sakit di bahagian pelvis, bawah abdomen atau kawasan rectum

* Peningkatan senggugut

* Kerap kencing

Ads

* Sakit semasa persetubuhan

* Pendarahan selepas persetubuhan

* Haid yang berpanjangan

* Bengkak perut

* Sembelit; ketidakselesaan semasa membuang air besar

* Jangkitan pundi kencing berulang

* Keletihan

Ads

* Demam

Semak Petanda Rahim Tidak Sihat, Salah Satunya Sakit Semasa Bersama & Haid Tak Teratur!

Masalah pada rahim
Keadaan yang menjejaskan rahim atau mana-mana bahagian lain sistem pembiakan wanita dirujuk sebagai masalah rahim. Berikut antara beberapa masalah rahim seperti:

Fibroid rahim
Punca sebenar fibroid rahim tidak diketahui. Beberapa faktor seperti hormon, sejarah keluarga dan kehamilan meningkatkan risiko fibroid rahim.

Kanser
Kanser rahim menyebabkan pendarahan faraj yang tidak normal. Jenis yang paling biasa ialah kanser endometrium. Ia memerlukan rawatan yang agresif jika ia telah merebak ke luar rahim.

Hiperplasia endometrium punca ciri ciri rahim bermasalah
Berlaku apabila terlalu banyak sel tumbuh dalam lapisan rahim – kesannya rahim menjadi sangat tebal dan menyebabkan pendarahan tidak normal. Ia bukan kanser tetapi dalam beberapa kes, ia boleh mengembangkan kanser rahim.

Ads

Endometriosis
Keadaan di mana jenis tisu yang sama yang melapisi rahim anda tumbuh di bahagian lain badan – selalunya dalam perut atau ovari. Biasanya disebabkan oleh jangkitan seperti STD (jangkitan seksual), batuk kering dan jangkitan daripada bakteria normal faraj.

Dalam beberapa kes yang jarang berlaku, individu dengan endometriosis akan mengalami hiperplasia endometrium.

Semak Petanda Rahim Tidak Sihat, Salah Satunya Sakit Semasa Bersama & Haid Tak Teratur!

Prolaps rahim
Keadaan rahim jatuh ini bermakna otot dan ligamen yang menahan rahim di tempatnya telah lemah – selalunya dialami seiring penuaan usia.

Selain penuaan, tahap estrogen yang lebih rendah, otot atau tisu pelvis yang rosak, obesiti, sembelit kronik, dan batuk kronik turut boleh meningkatkan risiko prolaps rahim.

Penyakit radang pelvis (PID), punca ciri ciri rahim bermasalah
Kadangkala bakteria atau mikrob memasuki serviks dan merebak ke atas. Jangkitan ini boleh menjejaskan satu atau lebih organ pelvis, termasuk rahim, serviks, dan tiub fallopio.

Polip
Merupakan ketumbuhan kecil dan lembut dalam rahim. Ia boleh menyebabkan pendarahan haid yang banyak, bintik-bintik di antara haid dan pendarahan selepas hubungan seks.

Tuberkulosis rahim
Jangkitan kuman pada sistem pembiakan wanita yang sering dikaitkan dengan ketidaksuburan pada wanita. Boleh terjadi apabila anda melakukan hubungan seksual dengan individu dijangkiti.

Sakit pelvis kronik
Jika doktor tidak dapat mengenal pasti punca kesakitan, anda mungkin didiagnosis dengan sakit pelvis kronik.

Sumber: Hello Doktor

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI