Semai Kesum, Pudina & Selom Lagi Mudah Buat Teknik Keratan Pucuk. Begini Langkah Perlu Buat!

Share

Teruja bila tengok laman rumah orang ada je tanaman herba, sayur dan sebagainya  menghiasi laman rumahnya. Bukan sahaja nampak subur malah cantik menghiasi laman.

Terus kita pun terasa teringin juga untuk mencuba menanamnya.

Jadi sebelum itu, ketahui dulu teknik nan satu ini dalam menyemai tanaman yang mudah dilakukan. Sesuai sangatlah  untuk yang baru berjinak-jinak nak bercucuk tanam.

TANAM POKOK DARI KERATAN PUCUK

Ramai Follower kami duk tanya pasal nak tanam kesum yang kami post. Jadi kami share untuk pengetahuan bersama. Adaptasi – Recycle Self Watering.

Pelbagai jenis pokok boleh di tanam menggunakan Teknik Keratan Pucuk antaranya seperti Kesum, Pudina dan Selom.

Langkah 1
– Sediakan Botol Minyak dan buat seperti Pix dibawah

– Medium Sabut Kelapa Hancur

Langkah 2
– Ambilkan Keratan Pucuk – Potong lebih kurang 3/4 Inci dari pucuk atas…buang sikit daun bawah supaya mudah nak cucuk nanti.

Langkah 3
Cucuk Keratan Pucuk ke Medium Botol tadi lebih kurang 1/2 Inci.

Langkah 4
Letak di tempat separa Matahari. Lebih kurang 1 Minggu akar mulai tumbuh. Selepas 1Bulan, inilah hasilnya. Tadaaaa…

Teknik amat mudah dan murah. Kualiti hasilnya amat bersih dan tidak perlu siram selalu. Boleh letak dalam rumah tetapi pastikan ada sedikit matahari. Monitor level air dan Top Up bila perlu kurang.

Selamat Mencuba.

Sumber : Ezlyanagardenz

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club