Menyemai cili walau pun tidaklah begitu sukar prosesnya, bolehlah kiranya kita semua mencuba untuk menanam sepasu dua untuk kegunaan sendiri. Memandangkan untuk menanamnya cukup mudah,sekadar taburkan biji-bijinya dan tunggu beberapa hari akan terlihat anak pokok tumbuh dengan banyaknya.
Pun begitu, untuk memastikan cili kita dan tanam dapat hidup dengan subur dan mengeluarkan hasil yang banyak, jom kita ketahui cara yang dikongsikan oleh wanita ini.
Ini perkongsiannya :
Cara semai anak pokok cili cara mudah. Jom ikut step bawah ni. Mungkin ada kalangan sahabat yang dah tahu. Tapi ni cara yang sangat mudah dan tak rugi la kalau nak cuba. Sekurang-kurangnya dapat tanam sepokok dua dah jimat wang takyah beli kat pasar.
step 1. – potong cili yang masak ranum di bahagian tengah. (lihat photo)
step 2 – Ambil biji cili tadi tu tabur je dalam pasu kecil @ polybag. Selepas 2 minggu benihnya akan bercambah. Pastikan anak benih jangan letak direct bawah cahaya matahari. Siram 2 kali sehari dengan semburan halus je. Anak pokok yang besar dalam 3-4 minggu dah boleh di pindahkan ke atas tanah atau ke pasu @ polleybag besar.
Haa dah tanam tu korang jangan lupa bagi anak pokok ni makan.
Buh la baja 1-2 kali sebulan.
Boleh buat jadual. Pokok cili akan berbuah lebat selepas 6 minggu tengok juga cara pembajaan. KakZa pakai baja tahi ayam je.
sumber : Zahara Ramlee
Hidup Bahagia Walau Bergelar Ibu Tiri, 5 Cara Artis Ini Wajar Kita Contohi!
Istilah ibu tiri menjadi ketakutan untuk sesetengah pihak kerana dunia melabelkan status ibu tiri begitu negatif sekali. Watak bengis, jahat, antagonis dan tidak berperikemanusiaan hanya kerana anak-anak ini bukan dilahirkan daripada perutnya sendiri menjadikan mereka sering disalah erti.
Walhal ibu tiri juga adalah wanita biasa yang punya hati dan perasaan. Sekalipun bukan melahirkan anak-anak suaminya, mereka juga punya naluri keibuan apa lagi melihat anak-anak kecil yang perlukan perhatian.
Mendidik anak-anak tiri bukan mudah namun ramai wanita bergelar ibu tiri mampu mendidik dan menjadikan anak-anak tiri mereka sebagai insan berjaya. Paling penting mereka hidup bahagia dan aman damai.
Lihat bagaimana 5 artis ini mendidik anak-anak dan hidup bahagia bersama suami dan anak-anak tiri mereka. Nyata, gelaran ibu tiri hanyalah sekadar gelaran semata-mata. Soal bahagia? Kita yang menentukannya!
- Datuk Siti Nurhaliza
Contoh terdekat kejayaan mendidik dan membesarkan anak-anak tiri adalah beberapa artis dan selebriti tempatan kita. Melihatkan contoh Datuk Siti Nurhaliza yang hidup aman damai, penuh kasih sayang bersama anak-anak tirinya sedikit membuka mata bahawa ibu tiri bukan untuk dilabelkan sesuka hati dengan watak penuh negatif.
Kelembutan dan kasih sayang ikhlas daripada Datuk Siti Nurhaliza terhadap keempat-empat anak tirinya, Muhd Anas Zawawi, Muhammad Adib, Muhammad Asyraf dan Muhammad Aazief, menjadikan kisah anak beranak ini wajar dicontohi. Walaupun pernah dilemparkan kata-kata fitnah dan cacian suatu waktu dahulu, namun beliau berjaya membuktikan bahawa mereka mampu hidup bahagia dan aman damai.
2. Datin Marlia Musa
Kisah dan pengkongsian hidup Datin Marlia Musa yang berkahwin dengan komposer tersohor negara, Datuk M.Nasir pada tahun 2000 juga wajar kita jadikan contoh. Perkahwinan M.Nasir yang memiliki lima orang anak iaitu Muhammad Ilham, Muhammad Yasin, Muhammad Hidayat, Muhammad Syafii dan Nilam Sari yang ketika itu berusia 2 tahun menjadikan Marlia ‘ibu segera’ kepada lima orang anak tiri. Kini setelah 17 tahun, mereka hidup sebagai sebuah keluarga yang utuh dan akrab bersama walaupun hanya bergelar ibu tiri.
3. Lisdawati
Begitu juga pemilik nama Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin. Kata Lisdawati bergelar ‘ibu segera’ bukan sesuatu yang mudah. Sementelah anak-anak tirinya ketika itu masih kecil. Tetapi bak kata pepatah alah bisa tegal biasa, dorongan dan sokongan sang suami banyak membantu memainkan peranan dalam membolehkan hubungan Lisdawati dan anak-anak tirinya menjadi akrab.
Walaupun hanya Faris yang tinggal bersama, namun hubungannya bersama kesemua anak-anaknya yang lain, Fatihah, 21, Farisha, 18 dan Fikri, 15 erat seperti sahabat berkat kasih sayang yang ditunjukkan. Itulah kunci bahagia miliknya.
4. Memey Suhaiza
Tidak terkecuali juga pelakon Memey Suhaiza yang hidup bahagia bersama tiga anak tirinya. Kabus hitam yang pernah menyelubungi Memey dan Norman Hakim suatu ketika dahulu sudah lama berlalu. Kini, sinar cahaya kebahagiaan melimpah dengan penuh kasih sayang. Malah, mereka antara pasangan yang menjadi contoh kerana mendidik anak-anak dengan baik.
Memey Suhaiza bukan hanya berkongsi bahagia dengan dua anaknya, Muhammad Darwisz Hakim, 4, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 2, malah kebahagian tersebut turut dikongsi bersama tiga anak hasil perkahwinan Norman dengan dengan bekas isteri, Abby Abadi iaitu Mohamed Danish Hakim, 14, Marissa Dania Hakim, 12, serta Maria Danisha Hakim, 9.
5. Ashanty
Begitu juga dengan penyanyi Indonesia, Ashanty. Sejak berkahwin dengan Anang Hermansyah, Ashanty bukan hanya menerima cinta Anang bahkan berkongsi kasih dengan dua anak tirinya, Aurel dan Azriel. Akrab sebagai sahabat, Ashanty kerap membela Aurel di laman sosial apabila Aurel kerap dikutuk oleh netizen akan kisahnya saban hari. Itulah kasih sebenar ibu tiri yang wajar dijadikan teladan.
6. Laudya Chintya Bella
Pernikahan Laudya Chintya Bella bersama Engku Emran Engku pada 8 September tahun lalu membawa status ibu tiri baginya. Walaupun bergelar ibu tiri kepada Engku Aleesye namun hubungan dua beranak ini cukup akrab.
Perkongsian gambar-gambar yang dikongsikan di instagram peribadi Laudya jelas membuktikan kebahagiaan keluarga tiga beranak ini cukup akrab.
Sebagai manusia janganlah mudah melabelkan status ibu tiri sebagai negatif dan memandang sinis. Apa ada pada sebuah gelaran? Apa yang lebih penting adalah bagaimana kita harus meneruskan kehidupan setiap hari dengan baik dan memegang amanah dengan sebaiknya. Biarpun bukan darah daging sendiri, keikhlasan dan kasih sayang itulah yang menjadi kunci kebahagiaan.
“Best Selling Hingga 80 Bekas.” Wanita Ini Kongsi Resipi Cheesy Layer Jualan Hingga Dapat 20K Share! Rupanya Nak Buat Tak Susah!
Musim panas ni tentunya kita minum air putih lebih banyak. Selain itu, kita tentu juga akan mencari makanan yang jenis sejuk. Buka freezer je mencari makanan yang enak.
Buat Bagi penggemar ‘cheese’ resipi ‘Cheesy Layer’ ini antara yang wajib dicuba. Sesuai dinikmati sebagai pencuci mulut, makan sejuk-sejuk.
Resipi viral ini oleh puan Irna Harlina mendapat share sehingga 20K. Siapa nak buat jualan boleh cuba!
Ingat lagi tak saya pernah share kan resepi aiskrim yogurt dulu? Kali ni, saya nak share kan satu lagi resepi desert yang sangat sedap, nampak serupa tapi tak sama..
Cheesy Layer ni pun antara best selling saya dulu. Sekali buat, memang tak kurang dari 80 bekas… Alhamdulillah. Ni pun antara favourite encik suami, sampai dia sanggup belajar untuk buat sendiri tau. Korang cubalah pulak. Jangan mintak saya buka order pulak ye…
RESEPI CHEESY LAYER
(10bekas sq350)
Bahan :
500g Cream Cheese
200g Susu Pekat Manis
500ml Dairy Whipping Cream (Blue Band)
250ml Susu Full Cream / Fresh Milk
100ml air sejuk
Biskut marrie secukupnya
Coklat Ganache / Filling Buah2an
Cara penyediaan:
1.Mix cream cheese & susu pekat manis sehingga texture cream cheese smooth dan tidak berketul.
2. Masukkan whipping cream (dairy whippping cream.) & mix lagi sehingga adunan pekat & agak kental.
3. Masukkan susu full cream & mix lagi sehingga sebati.
4. Tambahkan air sejuk supaya adunan tidak terlalu pekat dan mix lagi sehingga sebati.
Susunan biskut & lapisan cheese :
Cream Cheese -> Biskut marrie -> Filling -> Cream Cheese -> Biskut marrie -> Cream Cheese -> Filling (Lorek2kan)
Sejukkan dalam peti sejuk atau chiller sekurang2nya 6 jam atau semalaman lebih baik. Dalam gambar saya selitkan kaedah double boil untuk buat Coklat Ganache.
Selamat mencuba.
Sumber: Irna Harlina
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Bonda Rozita Ibrahim Kongsi Kisah Besarkan Anak-Anak. Ada Pengajaran Situ. Deep!
Memang benar, sebagaimana yang dikongsikan oleh pengasas Jamu Ratu Malaya, Bonda Rozita Ibrahim mengenai kisah bagaimana anak-anaknya terutama Datuk Aliff Syukri dan Noor Hayati Kamarzaman (atau dikenali Yati Sendayu Tinggi) menjalani kehidupan susah semasa kecil.
Namun, setelah masing-masing mempunyai identiti tersendiri sebagaimana dengan anak-anaknya lain dengan perkahwinan keduanya.
Baginya, apa jua ujian yang dilaluinya dengan anak-anak dan perkahwinan ia adalah rencana yang Allah tentukan.
Ikuti perkongsian bonda mengenai anak-anaknya yang punya karektor tersendiri.
SETIAP ANAK PUNYA SIKAP BERBEZA.
“Anak saya 6, yang hidup perangai lain2 : Yati Kri Arwah Ani , 3 beradik itu anak arwah AZman , mereka ni anak yg betul2 duduk zaman miskin, cari uban lah sampai buku ketiak kaki bagai digodek si Kri, masa kecik rambut sy paling dia suka mainkan
DULU YATI DAN KRI ANAK ORANG MISKIN…
“Anak ber2 Yati Kri ni byk jasa sejak kecik dgn sy, masak , kemas rumah jaga adik..Anak org miskin ber2 ni bahasa mudah kita ibaratnya “ pembantu rumah “ …maaflah pd anak2 statement ni sekadar iktibar pd org lain
“Anak2 arwah Azman semuanya periang , jiwa kebal, suara nyaring..Kri mulut kata kakaknya “ mmg tak boleh blah” (Kalau xtahan jgn dekat dia , pasti mengena lah ketulang sum2 kita bahasanya tajam menikam dibuatnya)
“Kri kalau tengah berak pun call sy “ Mak sy berak ni , Kalau x berak xda masa call Mak ..Mak pulak semanjang bizy xda masa nak dengar suara sy..”
“Yati agak berjaga mulutnya , bijak dn tertib , suara garau jantan dn ke2 anak ni pembersih rajin
Husnuzon, doa elok-elok pada anak
“Anak Azhar sy dapat ; Ajim Ajah ..Mereka dilahirkan senang dn xbyk benda mereka kerja teruk x dan xrasa jd survivor macam Yati kri..lasak dn kental juga sgt jauh lah mmg xsama ..( anak ni kalau kita cakap lbh2 mereka ingat kita bandingkn ..So senyap lg baik)
“Ain Amani lagi pelik :Ain lembut sgt baik “ hari2 Alquran dn xbanyak dosa budak ni aduh malu lah kita org besar” KRI PANGGIL DIA MALAIKAT SBB BAIK SGT
“Adik sebiji macam sy dn susah kontrol , perangainya husnuzon doa elok2 pd anak2 , bab sembahyang nak kena suruh ..!! Yg si kakak ain masuk Azan solat terus, byk sgt dapat hafal Quran .
“Aduhai anak2 ujian , dulu perkahwinan ujian ..Allah punya rencana pd hambaNya.
View this post on InstagramA post shared by Bonda Rozita Ibrahim (@bondarozitaterapialam) on
Dalam pada itu, diruangan komen, netizen mengakui apa yang dikatakan oleh bonda bahawa setiap anak-anak punya rezeki yang berbeza dan bersetuju bahawa bukan senang untuk membesarkan anak-anak.
Begitu lah perkongsian seorang ibu mengenai anak-anaknya. Aura ibu yang hebat akan memberi kesan positif pada diri anak itu.
Sumber: Instagram bondarozitaterapialam