“Semai 20 Biji, Hidupnya Satu.” Isteri Ni Kongsi Cerita Hal Tanam Labu Air!

Share

Bila biji benih yang banyak disemai dan yang hidup hanya satu mesti boleh patah semangat dibuatnya untuk terus menjaga tanaman tersebut. Maklumlah kebarangkalian tanaman tersebut mati pun besar.

Pun begitu, pengalaman berbeza yang ditemui oleh Ijan Pijan ini bila menanam labu air, walau hanya satu anak pokok semaian yang hidup siapa sangka itulah pokoknya yang menggeluarkan hasil tuaian hingga tak termakan banyaknya. Ikuti perkongsian ini.

Seronoknya tengok labu  ni air. Petang boleh la petik. Nak bagi pada sedara mara

Al kisahnya si labu air ni. Saya ni bukannya minat bekebun sangat. Memandangkn husband minat, jadi saya pun turutkan aja minat dia.

Dia beli benih di kedai bunga. Masa tu saya langsung tak teruja dengan labu air ni. Makan pun saya tak pernah.

Jadi bila husband suruh saya semai, saya pun semai ja la dalam cup kecik-kecik tu. Biji benih ada 22biji. Kitorang semai semua sekali. Tunggu la sekian lama, akhirnya tumbuh anak pokok 1 ja yang lain semua tak hidup.

Saya makin tak da semangat dengan pokok labu air ni. Langsung tak menaruh harapan. Lagi pun saya tak minat sangat dengan labu air.

Husband saya pun ambik la anak pokok yang dalam cup tu,tanam kat tanah. Husband pun macam frust ja sebab yang hidup cuma sepokok.

Dia cakap nasib la yang sepokok ni nak hidup ka, nak mati ka. Dia pun tak menaruh harapan. So kitorang  takda la peduli sangat pada pokok labu air tu.Kitorang banyak fokus menjaga pokok-pokok lain.

Tapi tak  di sangka-sangka, pokok labu air yang kitorang tak pedulikan tu, hidup subur bukan main. Kitorang pun mula rasa samangat untuk tengok bunga yang pertama.

Junjung tempat dia menjalar tu sampai roboh 2kali. Beratnya bukan main masa kitorang angkat untuk betulkan junjung. Bunga dia pun makin banyak. Buah pun menjadi jadi. Wahh.. Happynya kitorang dapat makan labu air hasil tanaman sendiri.

Itu la pertama kalinya saya makan labu air. Sedap rupanya labu air ni. Pokok dia terlalu subur, menjalar sampai tak cukup tempat. Terpaksa trim pulak. Buah pun besar. Ada yang sebiji berat sampai sekilo setengah.

Sekarang baru terpikir, kalau la yang disemai dulu, semuanya hidup, mana la nak letak semua pokok-pokok tu. Nasib baik hidup 1 ja. Kalau hidup semua, ntah-ntah rumah kitorang pun dipanjatnya.. langsung tak nampk rumah. Syukur tak terhingga.dapat la berkongsi hasil tanaman dengan adik-adik, abang, kawan-kawan.

Sumber: Ijan Pijan via Krbun Bandar :Jom Tanam Sendiri