HomeKekeluargaan“Selesaikan Masalah ‘Behind The Close Door’, Usah Libatkan Orang Ketiga Seperti Keluarga.”...
“Selesaikan Masalah ‘Behind The Close Door’, Usah Libatkan Orang Ketiga Seperti Keluarga.” Hisyam Hamid Utamakan Komunikasi & Jaga Hubungan, Rahsia Rumah Tangga Bahagia
Di dalam sesebuah rumah tangga, kena ada sikap bertoleransi dan memahami antara satu sama lain.
Perselisihan faham antara suami isteri adalah lumrah dan asam garam dalam rumah tangga.
Namun, kebelakangan ini sering kita mendengar tentang isu rumah tangga diluahkan di media sosial.
Kisah yang sepatutnya menjadi peribadi sudah terdedah pada umum. Ada vaik dan buruknya apabila suami isteri berbuat demikian.
Namun menjadikan media sosial platform meluahkan rasa adalah kurang tepat. Sebaliknya, ia mengundang lebih banyak masalah.
Bagi pelakon Drama Hero The Movie, Hisyam Hamid mengakui perselisihan faham antara suami isteri dalam institusi rumah tangga perlu diselesaikan secara bermuzakarah (berbincang).
Ads
Bagi Hisyam, tiada kewajipan untuk pasangan suami isteri mengheret pihak ketiga, misalnya keluarga untuk mencampuri urusan membabitkan rumah tangga, melainkan jika berdepan dengan keadaan yang benar-benar memerlukan.
“Sepanjang berkahwin selama 13 tahun kalau ada masalah antara saya dan isteri kami akan menyelesaikannya sendiri. Saya percaya kalau ketika senang berdua kenapa bila ada masalah nak libatkan semua orang?
Ads
“Selesaikan masalah ‘behind the close door’. Melainkan jika masalah itu memerlukan pandangan daripada pihak ketiga seperti keluarga yang lebih matang,” katanya kepada Gempak.
Mengulas mengenai keretakan rumah tangga dalam kalangan selebriti yang semakin meruncing sejak akhir-akhir ini, tambah Hisyam perihal jodoh terlalu subjektif untuk dibahaskan.
“Perceraian adalah perkara yang sangat peribadi bagi mereka yang melalui fasa itu. Tak ada yang berkahwin mahu berpisah, semua ingin ke syurga.
Ads
“Apa yang saya boleh kongsikan dugaan rumah tangga itu akan ada, jadi saya dan isteri praktikkan komunikasi dan persefahaman di rumah.
“Kalau ada masalah cuba sedaya upaya selesaikan secepat mungkin, semakin lama diperam perkara itu akan jadi semakan negatif,” ujar Hisyam lagi.
Sumber: Astro Gempak
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kepada yang “mengaku sayang suami” kalau suami dah sampai ke tahap ni janganlah ditagih lagi emas permata, sebaliknya peluk erat tubuh lemah mereka. Disaat ini tiada yang lebih berharga berbanding sang isteri yang memahami.
Hari ni kandungan masuk bulan ke5..Alhamdulillah, sihat dgn izin Allah s.w.t.. Bila tgok suami menangis sb duit gaji xcukup nak cover itu ini..sya diam..sya sedih tpi saya xmenangis depan suami…suami juga tak menangis depan saya, tpi saya perasan mata suami merah.
Bila dia tidur saya check dompet dia, Allahu..Tinggal RM2… sya check.balanced dalam akaun maybank suami dengan maybank2u.. Allahu, tgal lagi RM50…Dlm hati mcm mana suami nak tampung belanja rumah, lagi 2 mgu baru gaji.. Hjung mggu suami ajak balik kg, saya tahu suami nak pinjam duit dari mak dan abah mertua..
Saya diam, saya tak tanya apa2.. saya cuma mengangguk apa yg suami kata.. saya ikut dia balik rumah mertua.. Sepanjang perjalnan suami diam, saya tahu suami susah hati.. Saya cuma tak henti2 berdoa, walau apa usaha suami utk mencari rezeki, sya minta Allah s.w.t mudahkan..
Sepanjang pindah ke tengah2 bandar, bukan sekali suami minta tlg dgn mertua.. Tapi alhamd, mertua selalu memahami. Gaji suami xbesar mana, saya tak bekerja, komitmen sana sini.. saya cuba cari kerja, tpi barangkali belum ada rezeki..
Bulan ramadhan bulan penuh keberkatan, saya terpanggil untuk berniaga. Suami tgok keadaan saya dgn mengandung, jalan pun kadang2 mcm itik sebab perot makin membesar, dia melarang saya. Tapi saya yakinkan dia saya sihat, saya boleh bantu dia. Saya minta dia beri keizinan dan doakan saya.
Alhamdulillah, suami akur. Dia tahu saya penat, tpi saya sembunyi, sebab itu dia selalu bantu saya tanpa saya suruh. Sambil dia tlg saya, ada masanya mata dia xberkedip pandang saya, pandang perot saya, saya perasan, tpi saya buat tak tahu. mcm2 sya ajak dia bergurau, semata2 saya tak nak suami sedih..tak nak dia melayan perasaan dan apa yg sedang bermain difikiran dia..
Saya ckap dengan suami, jgn sedih tgok saya tlg dia, ini kepuasan saya. Saya tak pernh bagitahu dia yg saya selalu menangis saat pndang muka dia bila dia dah nyenyak tidur..
Dalam hati saya, suami ini Allah s.w.t hdirkn dgn kelebihan dan kekurangan. Kelebihan dia melengkapi kekurgan aku, dan kekurangan dia cuba utk aku sempurnakan dgn kelebihanku…
Buat Suami, inilah suami pertama dan ini juga yg terakhir jika diiznkan Allah s.w.t.. Tak pernah mengharap yg lbih baik kerana kebaikan akan datang jika kita memberi kebaikan. Terima Kasih utk sepanjang bersama.
Walau ada saatnya tak lari dri perasaan terluka sesama sendiri…namun, kekuatan dan kesabarn yg dimohon dri Allah s.w.t itu jauh lebih baik… moga Allah s.w.t memberkati semua hubungan suami isteri didunia ini.aaminn
sumber: www.etaksalai.com via limaumanis
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila tengok pada luaran seperti seorang ‘gengster’, dengan memakai rantai leher besi, bersinglet dan muka yang garang! Namun bak kata pepatah omputeh, ‘dont judge a book by its cover’, walaupun luarannya begitu namun siapa sangka lelaki ini ‘anak mak’!
Terkenal di laman Tiktok, Muhammad Mikhael Sathayah, 39, dengan ibu, M Muniamah, 73, yang digelar ‘mak titew’ sangat erat biarpun berlainan agama kerana pemuda berasal dari Tambun, Perak itu memilih memeluk Islam.
Gelagat menghiburkan Muhammad Mikhael yang turut mengelarkan diri ‘muka gengster’ mendapat perhatian warganet sejak beberapa bulan lalu di platform tersebut.
Pemuda itu kerap berkongsi video bersama ibu tersayang dengan konten menarik dan lucu malah dia turut memakai baju serta sarung kaki berwarna merah jambu biarpun berimej ‘gengster’.
Muhammad Mikhael berkata, biarpun mereka berlainan agama, ibunya tetap menerima ketentuan itu dengan hati terbuka malah hubungan mereka kekal erat dan saling menghormati.
Menurutnya, keputusannya memeluk Islam pada 2018 diterima ibu malah wanita itu turut menggalakkan dia menjadi Muslim yang baik biarpun keputusannya mendapat pelbagai reaksi orang sekeliling.
Katanya, sebelum ini dia merasai kekosongan dalam jiwa biarpun secara luaran tampak berjaya dan bekerjaya dengan pendapatan lumayan namun dia sebenarnya sentiasa mencari erti kehidupan.
“Sebelum ini, saya bekerja di kelab malam selama 10 tahun sejak usia 18 tahun. Ketika itu memang tidak pernah melihat matahari, pergi kerja jam 6 petang, pulang pula awal pagi menghampiri Subuh.
“Kehidupan ketika itu terasa kosong serta tidak bahagia terutama selepas pemergian ayah pada 2003. Saya mencari dan mengejar dunia, semakin hari semakin kosong hati saya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Menurutnya, hatinya mula terjentik dengan Islam sejak 2008 selepas mendalami beberapa agama apabila mendengar satu suara ‘aku yang cipta kamu, tapi ini aku berikan pada kamu terima sajalah’ sebelum dia menemui jalan ‘penamat’ pada 2018.
Dalam tempoh 10 tahun, anak bongsu daripada dua beradik itu melawan dan berperang dengan dirinya agar tidak memilih Islam tetapi mengakui sepanjang tempoh itu, dia sudah mengalami perubahan positif seperti meninggalkan tabiat beli nombor ekor, minuman keras selain semakin menyayangi ibu dan berasa tenang setiap kali mendengar azan serta mahu ke masjid.
“Tetapi saya masih lawan perasaan itu, berperang dengan diri. Saya cakap saya tidak akan memeluk Islam. Selepas berhenti kerja di kelab, saya kerja di taman tema di Tambun dan rezeki saya mencurah dan dinaikan pangkat.
“Satu hari hidayah kedua datang apabila berlaku kejadian yang saya anggap hampir meragut nyawa berikutan berasa sangat sakit di dada hingga saya merasakan itu adalah saat pengakhiran hidup.
“Ketika rebah dan mahu menghubungi ambulans, azan Maghrib berkumandang dan saya cakap kalau saya tak mati, saya nak masuk Islam dan mengucap dua kalimah syahadah. Rasa sakit itu kemudiannya beransur hilang,” katanya yang kini sudah berhenti kerja dan menjadi pencipta kandungan sepenuh masa.
Muhammad Mikhael berkata, selepas itu, dia sempat berfikir jika ia hanya mainan perasaan sebelum tekad sepenuhnya memeluk Islam selepas seminggu kejadian berlaku.
“Saya rasmi melafazkan dua kalimah syahadah dengan tenang di pejabat Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada 20 September 2018.
“Sebelum ke pejabat agama, saya beritahu mak terlebih dahulu hasrat masuk Islam. Mak terdiam serta terkejut, tetapi kemudian senyum dan beri kebenaran,” katanya.
Menurutnya, pilihannya ini turut membawa kepada cakap orang sekeliling yang mengatakan ibunya sudah tiada anak, bukan seorang ibu yang baik dan terlalu memanjakannya namun semua itu tidak dihiraukan dan wanita tersayang terbabit tetap menerimanya.
“Saya sangat berterima kasih kepada mak yang sentiasa bersama saya sehingga kini, mak hadiahkan saya sejadah dan temankan saya ke masjid.
“Walaupun kami berlainan agama, mak tunggu di luar masjid. Saya kata panas tetapi mak kata tak apa.
“Saya dapat beli rumah sebelah rumah mak sebab saya tak mahu tinggalkan mak. Rezeki mak, saya nak berjiran dengan mak.
“Persepsi yang mengatakan mak hilang anak, kami tidak boleh bersama seperti sebelum ini ternyata salah. Hakikatnya kami masih bersama asalkan saya tahu batas agama. Bagi saya, mak segala-galanya dan saya sangat menyayanginya,” katanya.
Bercerita lanjut, Muhammad Mikhael berkata, dia mengakui hidayah kedua sangat jelas dan terang namun perjalanannya sebagai Muslim masih terlalu panjang.
Katanya, tahun pertama bergelar mualaf dia tidak menunaikan solat dan semuanya berubah selepas berpuasa sepanjang tahun kecuali pada hari yang dilarang dalam agama.
Mengakui dirinya kini tenang dan jiwanya juga tidak berasa kosong, dia juga masih berusaha menjadi Muslim yang baik dan sentiasa mendalami Islam.
“Saya berterima kasih kepada rakan, Cef Tarmizi, Abang Fitri dan Abang Ijan yang banyak membimbing dan menghadiahkan sejadah serta al-Quran kepada saya,” katanya yang turut menghargai bantuan rakannya, DJ Fluffy berikutan banyak membantu di saatnya susah dan senang.
Berhubung video TikToknya, Muhammad Mikhael berkata, dia hanya menjawab soalan pengikutnya dan tidak menyangka akan tular hingga mendapat perhatian pelbagai pihak.
“Saya memang tidak pernah cerita dalam TikTok mengenai agama, jadi apabila ramai bertanya, saya ambil keputusan bercerita dan mungkin juga sudah sampai masanya. Saya akan menjaga imej Islam dengan baik termasuk dalam konten.
“Memakai baju merah jambu itu pada mulanya untuk menghiburkan rakan yang berasa lucu melihat saya pakai ‘t-shirt’ merah jambu ke ‘gym’ dan wajah gengster itu juga hanya imej saja,” katanya.
Sumber : Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon terkenal, Norman Hakim memuatnaik video membuat kejutan sempena hari lahir isteri tercinta, Memey Suhaiza.
Dalam kapsyennya, aktir berbadan sado ini turut menitipkan ucapan khas buat isteri kesayangannya itu
Tulis Norman, dirinya sangat bersyukur kerana masih diberikan peluang dan kesempatan oleh Allah SWT untuk membahagiakan orang yang dicintainya itu.
Kelihatan majlis sambutan hari lahir Memey telah diadakan di kediaman mereka sendiri.
Turut meraikan majlis adalah pelakon Abby Abadi sekeluarga yang tampil Manis mengenakan baju bertemakan rona putih.
Seperti kebiasaannya, apabila mengadakan majlis pasti Norman tidak ketinggalan berkongsi rezeki dengan menjemput sebahagian anak-anak tahfiz dan mengadakan bacaan Yassin serta solat berjemaah.
Perkongsian bapa kepada 6 cahaya mata ini telah meraih perhatian ramai dan telah ditonton lebih 18 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke Instagram.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...