Meninjau akaun Instagram MUA Bellaz, telah dikongsikan satu video baru yang memaparkan majlis baby gender MUA Bellaz. Diadakan di kediaman mereka, dekorasi belon-belon berwarna merah jambu dan biru memenuhi ruangan.
Terbaru, dia memuatnaik satu video yang memaparkan majlis baby gender yang diadakan di kediaman mereka.
Bellaz dan suaminya, Anuar atau mesra dipanggil Mart Nuart tampil sedondon dalam persalinan merah lengkap dengan sampin.
Meraikan hari indah ini bersama insan-insan tersayang, Bellaz seperti biasa tetap dengan mulutnya yang riuh itu.
Ketika dipecahkan belon yang berisi cebisan kertas berwarna pink, gamat suasana dan ianya adalah baby girl.
Ads
“It’s a GIRL, syukur alhamdulilah Ya Allah. Kakak Eica ada kawan dah.
Dia dalam pada itu melahirkan rasa syukur kerana impian untuk memiliki dua anak lelaki dan anak perempuan itu dipermudahkan Allah.
“Alhamdulilah maka selesailah misi 2 bunga 2 kumbang. Mat Nuart hang jangan macam-macam. Alhamdulilah semua rezeki dari Nya.
“Hai hampa, berpuasa yang ke 18 dah kita harini, kejap ja dah nak raya lagi 12 hari,” katanya teruja.
Ads
Sempat lagi Bellaz bertanyakan kepada Mat Nuart adakah ini penutup dan Mat Nuart membalas dalam gurauan berbunyi ‘ tambah lagi ‘.
Khamis minggu ni sekolah akan dibuka buat tahun 2020. Tentu ramai ibu bapa akan mengambil cuti pada hari berkenaan untuk meraikan anak-anak memasuki persekolahan.
Lazimnya situasi ini berlaku kepada ibu bapa yang mempunyai anak darjah satu. Malah tentu sesak jalan raya apabila ibu bapa teruja untuk menghantar pada hari pertama.
Namun, untuk mengelak kesesakan berlaku dihadapan sekolah, boleh ikuti panduan oleh guru ini.
Ikuti perkongsian ini.
Kesesakan di depan sekolah boleh dikurangkan jika,
1) Bagi duit kecil siap-siap di rumah. Tidak lah masa sampai depan pagar sekolah baru nak cari duit dan bagi.
2) Peluk cium anak awal-awal di rumah. Sampai depan pagar cukup bersalam dan anak terus pergi.
3) Tak perlu nak melambai anak dan lihat dia berjalan sampai hilang dari pandangan. Berderet lagi kenderaan lain nak hantar anak mereka.
4) Jika ingin hantar anak, tolong parking di tempat yang sesuai agar tidak menghalang lalu lintas, tidak bertindan. Biar jauh sikit pun, kemudian jalan bersama-sama pimpin tangan masuk pagar sekolah.
5) Nak berpesan suruh makan bekal makanan ke, bagi tumpuan dalam kelas ke apa pesanan berharga sekali pun, pesan awal-awal dari rumah dan sepanjang perjalanan ke sekolah. Jangan dah berhenti depan pagar baru nak bagi amanat dan pesanan yang berjela panjangnya.
6) Jangan letak beg anak dalam bonet belakang melainkan ia satu keperluan. Dah memakan masa pula nak keluar kereta ambil beg sedang parent lain beratur panjang nak drop anak mereka.
Haaa, itu antara tips yang boleh kita amalkan agar memudahkan urusan semua orang dan mengurangkan kesesakan di depan pagar sekolah.
Maklumlah, satu sekolah ada beribu murid. Kalau semua nak singgah lama-lama untuk bagi duit, peluk cium, lambai-lambai, amanat dan pesanan pula, memang akan mengambil masa dan menyebabkan kesesakan bertambah teruk.
Kita mampu mengubahnya.
Kredit: Mohd Fadli Salleh
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Berbeza dengan kehamilan terdahulunya, penyanyi, Shila Amzah mengakui dia berdepan alahan yang sama dengan suaminya, Ubai di awal kehamilannya.
Tambah Shila lagi, dia begitu teruja kerana bukan hanya dia yang mengalami morning sickness bahkan suami juga turut merasai hal yang sama.
Tambah Shila lagi, dia bersyukur kerana tidak mengidam makanan yang pelik-pelik sepanjang hamil.
“Alhamdulillah setakat ini saya tidak ada mengidam yang pelik-pelik tetapi yang menariknya kami sama-sama berkongsi alahan morning sickness.
“Sebelum dapat tahu yang saya hamil Ubai sebenarnya boleh rasakan terlebih dulu sebelum saya lakukan ujian kehamilan.
“Dia beritahu yang saya mungkin sedang hamil tapi saya nafikan sebab banyak kerja yang harus diselesaikan.
“Lepas disahkan hamil Ubai pula yang kena morning sickness. Dia rasa mual-mual sampai berhenti kereta tepi jalan dan tak boleh drive,” katanya berkongsi.
Tambah Shila lagi, dia bersyukur kerana tidak mengalami alahan dan muntah-muntah yang teruk.
Paling membahagiakan kata Shila dia menerima layanan bak puteri dari suaminya sepanjang hamil.
“Boleh dikatakan mengandung kali ini saya dilayan bak puteri dari suami dan rakan-rakan terdekat.
“Saya lebih relaks dan suami pun selalu pesan saya tinggalkan apa jua perkara negatif atau hal yang buat saya stres.
Terdahulu, Shila dan Ubai mendirikan rumah tangga pada 4 Ogos 2023. Shila sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini berusia lima tahun.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Anak adalah anugerah yang terindah dalam kehidupan suami isteri. Keletah dan perangai mereka ada kalanya membuatkan hati kita terhidur. Tak kurang juga boleh mendatangkan marah.
Bagi yang tak mampu mengawal perasaan, mulalah naik angin dan memarahi anak dengan kata-kata kesat, tak kurang juga naik tangan.
Inilah yang terjadi pada seorang anak yang secara tidak sengaja terpecah botol minyak wangi kesayangan ibunya.
Si ibu marah dan mengamuk namun cara anaknya menebus kesalahan yang dilakukan telah menyedarkan dia tentang kesilapan yang telah dilakukan.
Ikuti catatan Ummu Nurin yang dikongsi oleh Bonda Nor dalam Facebooknya. Semoga ia menjadi pengajaran buat kita semua.
“Mama, ni duit yang ganti minyak wangi tu. Mama, Ajim dah tak ada duit raya. Ma, Ajim bayar sikit-sikit dulu tau.”
Kasihan. Si kecil Ajim terpecahkan minyak wangi kesayangan ibunya. Si ibu pantas ‘naik hantu’ dan mengamuk. Namun lihatlah betapa tulusnya si anak memujuk. Si ibu sudah hilang kawalan, namun si anak masih tenang berdepan tekanan dan mengusulkan penyelesaian.
Diam-diam, Ajim menyelitkan angpau yang berisi semua duit rayanya di celah pintu bilik si ibu. Niatnya cuma satu.. Dia mahu menebus rasa bersalah dengan membayar kos minyak wangi yang dipecahkannya tadi.
Allahu Rabbi! Hati ibu mana yang tidak luluh andai ‘ditegur’ Allah dengan cara seperti ini?
“Saat membaca nota itu, berderai airmata… Meruntun jiwa seorang ibu ini… Habis hilang semua perasaan marah, geram dan kecewa yang bersarang sebentar tadi…Kemudian saya sedar… Hanya kerana benda bersifat sementara saya hampir hilang akal hingga saya hampir saja mengeluarkan kata-kata yang bisa mengguris rasa anak-anak kecil.”
Allah ya Allah.. Mengalir deras airmata saya sewaktu membaca perkongsian Ummu Nurin ini! Ini bukan kisahnya. Ini juga kisah kita. Kisah kelalaian ibubapa dalam mengawal kata.
Saya terkenang kisah seorang ibu yang mengamuk memarahi anaknya bila si anak mencurah air sabun lebihan basuh kereta ke dalam pasu bonsai kesayanganya.. “Aku lebih sayang pokok ni dari kau, tahu!” Saya teringat kisah seorang ayah mengutuk anaknya.. Tanpa dia sedar, si anak terdengar kata-kata tersebut..
“Itu bukan anak orang. Itu anak anjing!”
Ya Allah.. sungguh kadang kita tak tahu betapa luluhnya hati si anak mendengar kata-kata kita. Ya Allah.. sunguh banyaknya dosa-dosa kita dalam mendidik mereka!
“Mama minta maaf. Tak sepatutnya mama cakap macam tu. Ya Allah.. mama rasa berdosa sangat.”
“Mama minta maaf. Tak betul cara mama pukul awak tadi. Kalau nabi nampak, tentu mama kena marah. Tapi mama hilang sabar. Lain kali jangan buat lagi ya. Mama takut hilang sabar lagi.”
Subhanallah. Saya sendiri pun kadang hilang sabar dengan kerenah anak-anak. Entah berapa kali saya terpaksa meminta maaf dengan anak-anak sendiri. Sungguh. Kadang dalam mengharung keletihan dan kesibukan, sekali sekala kita tersilap juga. Terkeluar juga tindakan yang tidak sepatutnya. Kadang herdikan. Kadang libasan rotan.
Namun sejurus akal mampu berfikir rasional, betulkanlah keadaan. Minta maaf dengan anak-anak kita. Pulihkan semula luka di hati mereka. Insya-Allah. Tindakan meminta maaf sering membantu memulihkan semula situasi.
Anak-anak melakukan kesilapan. Kita juga! Namun jika terlajak kata, ringan-ringankanlah mulut kita meminta maaf . Jangan malu mengakui kesilapan kerana setiap kesilapan menuntut pembetulan!
Ajarlah anak-anak kita menjadi seorang manusia yang sedar bahawa mereka memang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan, tetapi yang penting ialah kesungguhan mereka untuk membetulkan kesilapan tersebut.
Memang ada kerenah mereka yang menyakitkan hati kita. Tapi antara kita dan mereka, sememangnya kita lebih waras dan lebih dewasa. Maka, sesakit apa pun yang kita rasa, janganlah melepaskan geram dengan cara yang tak sepatutnya. Orang dewasa harus tahu bagaimana mengubati lukanya tanpa menyebabkan orang lain pula yang terluka!
Marilah sahabat, sama-sama kita cuba tanamkan satu tekad. Awasi kata-kata yang keluar dari mulut kita. Jangan ia menjadi doa yang diangkat ke langit tanpa kita sedar. Bilas kesilapan dengan istighfar. Istighfar.
Kami memohon keampunan-Mu ya Allah. Kurniakanlah kami anak-anak yang soleh dan solehah. Satukanlah hati-hati kami dengan anak-anak kami. Janganlah beban kesilapan kami menjadi asbab kesilapan mereka pula.
Ampunilah kami yang selalu tersilap ini ya Allah. Amin ya Rabbal alamin. Ummu Nurin, terima kasih kerana berkongsi kisah anak soleh Ajim ini. Insya-Allah ia mencetuskan manfaat untuk ibu-ibu seperti saya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...