Selera Orang Lama Apam Gula Merah, Makan Dengan Nyok Ada Teh O Panas Memang Ngam!

Share

Bila habis makan makan tengahari, mula la fikir untuk menu makan petang. Nak-nak lagi bila orang dalam rumah memang jenis suka makan, jadi seronok lah ibu-ibu tu nak masak bila datang mood rajin tu. Kan?

Yang mana dok memikir nak masak apa untuk menu petang tu, apa kata jom buat apam mudah je yang orang dulu-dulu suka buat, iaitu apam gula merah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook Siti Zubaidah. 

Jom cuba!

Apam Kampung Gula Merah

Sebab malas nak potong2, masuk dalam acu terus..siap dah sejuk boleh packing..resepi guna resepi arwah mak, tapi sama mcm yg kawan2 pernah share dalam ni jugak..

Bahan-bahannya :-

3 cawan Tepung Gandum
1 cawan Gula Merah
4 sudu makan Gula
2 cawan Air
2 sudu kecil yis

Cara-caranya :-

– Satukan semua bahan dalam satu bekas, kacau hingga rata.

– Kemudian perap selama satu jam, atau sampai adunan dah naik hingga sekali ganda.

– Sebelum masukkan adunan ke dalam acuan, oleskan bekas menggunakan minyak.

– Tips nak dapat atas yang cantik tu, lepas dah isi dalam acuan, biarkan sekejap sambil tggu air kukus mendidih, kemudian mula kukus selama 15 minit.

– Dah siap boleh makan begitu sahaja, atau makan dengan kelapa parut yang telah dicampurkan dengan garam.

Sumber : Facebook Siti Zubaidah