Selepas Tiga Tahun Tetap Teguh Jaga 3 Anak Lepas Kematian Isteri. ‘Super Daddy’ Buat Warganet Kagum!

Share

Bukan calang-calang seorang suami sanggup membesarkan anak seorang diri tanpa isteri tercinta.

Begitulah yang terjadi kepada saudara Khairul Abdullah atau juga dikenali sebagai Supper Daddy yang kematian isteri sejak tiga tahun lalu.

Khairul Abdullah yang kehilangan isteri akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ sejak tiga tahun lalu dan kini menguruskan tiga anak lelakinya.

Arwah isterinya meninggal dunia pada umur 39 tahun ketika itu anak-anaknya berusia 4, 2 dan 7 bulan.

Melalui detik sukar dalam hidupnya apabila duduk di sebelah katil ICU dengan memegang tangan isteri yang perlahan-lahan pergi meninggalkan bukanlah satu pengalaman yang ingin dikenang.

Malah ketika itu, anak bongsunya masih kecil sudah tentu cabarannya lebih getir. Biarpun ada ahli keluarga yang mahu membantu memberikan pertolongan untuk menguruskan anak, namun dirinya nekad untuk memegang amanah untuk menjaga ketiga orang anak tersayang.

Pengorbanan seorang ayah buat anak-anaknya. Ikuti kisah inspirasi ini.

3 tahun lepas, hidup aku bertukar terus. Sekelip mata kena jadi bapa tunggal membesarkan 3 orang anak yang masih kecil. Tahun pertama, penuh dengan episod air mata.

Isteri meninggal itu takdir yang aku terima, tapi anak-anak kehilangan ibu ni adalah benda yang paling meruntun jiwa. Kau tahu betapa deritanya bila tengok wajah serta tangisan anak yang rindukan ibu dia.

Umpama ratusan kaca menikam-nikam kat jantung but nothing you can do about it.

Lepas anak menangis, aku pujuk sampai tidur semuanya dan aku pula pergi menangis.

It’s tough. Super duper tough.

Namun aku bersyukur sebab kematian itu sangat “menghidupkan” aku. Aku belajar banyak benda, aku tahu banyak perkara dan paling penting aku kuat besarkan anak-anak sampailah ke hari ini.

Sesekali bila anak-anak tidur begini, aku kenang balik waktu depa kecik dulu. How fragile they were, how different they were and how different I am back then.

Banyak benda yang aku rasa kalau masih boleh undur balik, aku akan buat sesungguh-sungguhnya.

Aku akan sayang sesungguh-sungguhnya. Aku akan ambil berat dan aku akan bantu semahunya. Rasanya aku tak cukup membantu, tak cukup menyayang. Tapi, semua dah terlambat.

Kerja membesarkan anak-anak ni bukan kerja main-main. Perlukan superpower, perlu kuat fizikal dan paling penting perlu kuat mental. Kalau tak, memang koyak.

Salute kepada semua mak-mak di seluruh dunia.

Sejak jadi ayah sepenuh masa, besarkan anak dari kecil sampailah dah besar gini seorang diri, baru aku tahu yang langit itu tinggi atau rendah.

Sesungguhnya menjadi ibu itu adalah satu tugas yang sangat berat dan memenatkan, fizikal dan juga mental. Tuhan cipta wanita ini dengan kekuatan luar biasa.

Namun depa juga manusia, ada limitation, perlu bantuan, perlu rehat, perlu me time, perlu bercuti, itu dan ini. Jadi mohon semua anak-anak, bantulah ibu anda, mohon para suami, bantulah isteri anda.

Sayangilah mereka sepenuhnya dan bantulah mereka semahunya, Selagi mereka masih ada. Selamat Hari Wanita.

Khairul Abdullah
#SuperDaddy

Inspirasi

Dalam pada itu warganet mengakui kagum melihat pengorbanan dan caranya menguruskan anak-anaknya.

Sumber: Khairul Abdullah

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/

 

Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!

MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.

MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat. 

MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?

MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut. 

MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut. 

Bintang Kecil: Perikasa mata, kerana dari mata turun ke hati! Mari kita saksikan.

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara