“Selepas Siap Bungakan Doh, Anginkan”-Wanita Ni Kongsi Rahsia Semperit Cantik Kejadiannya!

Share

“Selepas Siap Bungakan Doh, Anginkan”-Wanita Ni Kongsi Rahsia Semperit Cantik Kejadiannya!

Semperit klasik, rasanya berlemak, rangup dan cair di mulut. Keenakan rasanya ini benar-benar memikat selera dan menjadi kesukaan ramai. Malah bentuk biskut yang seakan bunga dahlia yang berkembang cantik, turut membuatkan ramai yang terpesona dengan biskut nan satu ini.

Pun begitu, untuk mendapatkan hasil biskut yang elok sempurna selain ramuan yang tepat, ada beberapa cara dan tip yang perlu dipelajari. Ini sepertimana yang dikongsikan oleh Nur Syaidatul Fazreen.

 

 

Samperit klasik

Bahan-bahan:

1ketul buttercup

1sdt essen vanilla

1sdt pewarna (kuning telur)

1cawan gula icing (wajib gula icing)

1cawan tepung gandum

1cawan tepung ubi

1cawan tepung beras

1cawan tepung jagung

1cawan tepung kastad

cherry @ apa apa bahan hiasan

Cara Buat :

1.Gaul manja bahan bertanda .

2.Campur semua tepung dan gaul manja. Jika adunan keras. Tambah butter atau majerin sedikit demi sedikit hingga doh lembut. Siap doh yang cantik.

 

 

Tips dari cik Faz.

1.Selepas siap bungakan doh.. anginkain 1-2jam sebelum bakar.

2.Pastikan samperit betul-betul sejuk sebelum masukan ke balang

3.Bakar 150 C / 25minit atau ikut oven masing-masing.

“Saya halalkan resepi ini untuk semua. Semua pahala untuk nenek saya yang telah pergi 12hari yang lalu. Selamat hari jadi tok 18/4/1940”-Cik Faz

 

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club