Kehamilan

Selepas Menanti 7 Tahun, Shahz Jazle Timang Cahaya Mata Ketiga!

Share

Tahniah diucapkan buat pelakon, Shahz Jazle yang menimang cahaya mata ketiganya selepas isteri Nur Hanis Husna Mohd Nadzree selamat melahirkan bayi mereka.

Menerusi Instagramnya, Shahz Jaszle berkongsi perkhabaran gembira itu kepada semua malah meluahkan rasa syukurnya.

Menerusi hantaran tersebut, Shahz berkongsi perjalanan dirinya bersama isteri dari awal tiba di hospital sehinggalah melahirkan cahaya mata perempuan kedua dalam keluarga mereka.

“Syukur Alhamdulillah. Selamat datang ke dunia baru sayangku, Aurora,” tulisnya.

Bayi perempuan comel yang diberi nama Aurora itu juga sudah semestinya menjadi pelengkap bahagia buat Shah Jazle dan isteri serta dua anak mereka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah buat Shahz dan isteri atas kelahiran baharu mereka itu.

Sekadar info, Shahz dan Hanis mendirikan rumah tangga pada 1 Mei 2015. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Alana Jasmeen, 9, Ayden Jasreen, 7 dan terbaharu Aurora.

 

Menarik:  Siti Nurhaliza Nak Jaga Kesihatan Di Usia 45 Tahun, Tak Fokus Tambah Anak

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my