
Tahniah diucapkan buat pelakon, Shahz Jazle yang menimang cahaya mata ketiganya selepas isteri Nur Hanis Husna Mohd Nadzree selamat melahirkan bayi mereka.
Menerusi Instagramnya, Shahz Jaszle berkongsi perkhabaran gembira itu kepada semua malah meluahkan rasa syukurnya.
Menerusi hantaran tersebut, Shahz berkongsi perjalanan dirinya bersama isteri dari awal tiba di hospital sehinggalah melahirkan cahaya mata perempuan kedua dalam keluarga mereka.
“Syukur Alhamdulillah. Selamat datang ke dunia baru sayangku, Aurora,” tulisnya.
Bayi perempuan comel yang diberi nama Aurora itu juga sudah semestinya menjadi pelengkap bahagia buat Shah Jazle dan isteri serta dua anak mereka.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah buat Shahz dan isteri atas kelahiran baharu mereka itu.
Sekadar info, Shahz dan Hanis mendirikan rumah tangga pada 1 Mei 2015. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Alana Jasmeen, 9, Ayden Jasreen, 7 dan terbaharu Aurora.
Menarik: Siti Nurhaliza Nak Jaga Kesihatan Di Usia 45 Tahun, Tak Fokus Tambah Anak
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
“Dulu Kecik Semua Duduk Bawah Ketiak Ibu, Dah Besar Duduk Jauh.” Sayu Baca Luahan Lelaki Ni!

Seronok sebenarnya lahir dalam keluarga ramai. Pelbagai karenah dan gelagat yang terpaksa ibu bapa hadap, tetapi itulah momen paling indah. Apatah lagi jika berkumpul beramai-ramai pasti suasana meriah dan ikatan kekeluargaan kian erat.
Namun, menginjak ke alam dewasa, anak-anak sudah punya kerjaya dan juga keluarga sendiri. Yang tinggal adalah ibu bapa di rumah. Bagi yang tinggal berdekatan, bolehlah pulang menjenguk setiap kali tiba hujung minggu. Yang seronok, sudah semestinya ibu bapa apabila melihat anak-anak balik ke kampung bersama cucu.
Namun kesibukan urusan kerja dan juga rumah tangga ada kalanya membuatkan anak-anak tak punya masa untuk berbuat demikian.
Dalam satu perkongsian di facebook, saudara yang mahu dikenali Cucu Che Hat, telah memuat naik gambar ibunya yang termenung di anjung rumah sendirian.
Dalam perkongsian tersebut, dia yang bertugas sebagai anggota bomba bercerita tentang keadaan mereka sekeluarga sewaktu kecil yang sangat meriah dan kini hanya tinggal kenangan sahaja apabila bapanya juga sudah meninggal dunia.
Apa perasaanmu bila dapat gambar ibu sedang termenung sorang diri depan rumah… Dulu anak kecik2 smua dok bawah ketiak ibu.. Bila anak dah besar dah berkejaya.. Terpaksa berjauhan demi kelangsungan hidup.
Tipu la kalau anak2 xsedih tgk gambar mcm nie.. Dulu arwah abah ado adik bongsu ado jiran paling rapat(anak saudara) dgn maa ada.. Skrg abah dgn jiran dah xde..
Adik bongsu smbung belajar di UM…bila bawak maa dtng umah anak2 mmg xlama.. Paling lama pon 3minggu..lpas tu dok teringat kat rumah sendiri tkot dimakan anai2 katanya..yoe mitok maaf maa kalu xleh nk jaga maa dgn baik..
Nk mintak tukar pon dh 5tahun isi tp xde jawapan sukacita lagi…bila kita dh berumur dh xde yg nk pikir sngt. Cuma nk dok dekat dgn maa jah sementara masa ada lagi… Cukup la raso perit abah dh xde…maaf la kalau panjang sngt.. Cuma nk oyak ambo rindu ko maa ambo jah… 😭😭😭😭
TQ sudi ata gambar dari jauh
#anakperantau #rinduyangjauh #jabatanbombadanpenyelamatmalaysia
Sumber : Cucu Che Hat
Wanita Ini Kongsi 10 Kaedah Rancang Kewangan, Jiwa Kena Kental Baru Boleh Jadi Golongan T20!

Ilmu kewangan tidak semua antara kita mengetahuinya dengan sempurna. Akibatnya ada yang lolos untuk menyimpan setiap bulan akibat pelbagai komitmen.
Sikap sebegini jika tidak diubah segera akan menyebabkan anda tidak mempunyai tabugan buat keluarga. Paling takut, bila tiada tabung kecemasan.
Sebagaimana perkongsian wanita ini menarik untuk kita muhasabah diri mengenai pengurusan kewangan. Ikuti perkongsian puan Marlia Ramli
JIWA PERLU KUAT

Sebagai wanita yang bersama dengan suami sejak zaman sifar di poket, akak kongsikan bagaimana dari golongan miskin bandar berpeluang berada di dalam golongan high side T20 bila tiba masa.
1) matlamat perlu jelas. Seiring dengan mindset. Suami dan isteri perlu sama-sama buat keputusan, tak nak terus kekal jadi miskin bandar. Keputusan ini mesti dibuat!
2) satu cabang pendapatan tak cukup. Sebagai marhaen kena terima hakikat, kita miskin. Maka, kita kena kerja lebih kuat pada masa berpeluang di usia muda. Pastikan ada minima dual income.
3) mulakan dengan simpanan dan membina tabungan. Menabung dan menabung. Asingkan simpanan 50% wang tunai dan 50% emas. Pastikan pendapatan darab minima 6 bulan wajib ada.
4) sasarkan maksimum guna 50% hingga 70% sahaja pendapatan setiap bulan. Hidup di bawah kemampuan supaya dapat berikan diri “buffer” andai berlaku musibah gaji dipotong, pendapatan terjejas dan sebagainya.
5) rendah diri. Miskin tak pe, jangan miskin bercampur sombong dan ada denial syndrome. Terima teguran, berlapang dada dan pastikan ada minimum 5 rakan yang lebih berilmu dan lebih kaya daripada kita.
6) sedekah dan zakat. Jangan tunggu kaya baru nak bayar zakat. Sumbangkan zakat sehingga kaya. Bukannya banyak, 2.5% sahaja. Ianya pembersih harta.
7) wujudkan sessi brainstorming bersama pasangan minima 2x sebulan. Masa terbaik adalah pada tengah bulan dan hujung bulan. Sentiasa semak status kewangan keluarga.
8. Elak jadi penjamin pinjaman sesiapa. Orang sekeliling di awalnya tak akan faham jihad anda. Mereka akan asingkan diri, cakap anda berkira segala perkara. Anda akan disisihkan. Abaikan saja.
9) pastikan rancang bilangan anak. Jangan anak lahir baru nak fikir. Plan ahead. Setiap anak ada rezeki tetapi melalui usaha ibu bapa. Duit tak datang bergolek dan emas tak turun dari langit.
10) JIWA PERLU KUAT. Konsisten. Ulang proses jihad kewangan secara konsisten. Jangan biarkan semangat mudah mati. Hidup memang keras. Kita perlu berjuang. Sikit-sikit nak sentap baik jadi puding jagung je. apeni?
Sumber: Marlia Ramli
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Anak Lelaki Bakal Pemimpin, Ini Perkara Penting Untuk Didik Jadi Ketua Keluarga Yang Sukses!

Anak lelaki perlu dididik untuk menjadi seorang pemimpin, setidak-tidak sebagai seorang ketua keluarga.
Juga seharusnya diajar untuk bertanggungjawab atas setiap tindakannya. Hukumi mereka sekiranya mereka melakukan kesilapan. Jangan biarkan mereka melakukan kesalahan yang sama.
Sebagaimana perkongsian ustazah ini, boleh jadi manfaat bersama.
TIP DIDIK ANAK LELAKI
Cabaran mendidik anak lelaki berbeza dengan anak perempuan. Saya kongsikan beberapa tips terbaik melahirkan anak lelaki yang berjiwa kental, bertanggungjawab dan di hormati masyarakat.
1. Sumber belanja
Inilah kehidupan. Saya menelusuri sejarah kehidupan Almarhum ayahanda dan 5 bapa saudara yang dibesarkan oleh atuk dan nenek. Semuanya lelaki. Kebanyakan dari mereka menjadi insan hebat, sangat disegani dan ada yang namanya tercatat dalam kelompok ulama negeri kelantan.
Subhanallah.. .
Jangan terkejut jika saya nyatakan, mereka melanjutkan pengajian ke luar negara berbekalkan duit belanja dari hasil jualan telur itik dan sumbangan masyarakat kampung.
Rupanya, wang belanja dan sumber yang berkat memberi kesan yang hebat dalam kehidupan seorang anak. Menjadi asbab kepada Allah SWT redha dengan ilmu yang dituntut sehingga mampu menjadi tunjang dalam masyarakat.
2. Susah
Kemewahan hanya akan melahirkan seorang anak lelaki yang pandai meminta bukan memberi.
Ajari mereka tentang kehidupan yang susah, jika hari ini suasana rumah kita tidak membantu, bawalah anak-anak ke suatu tempat yang mampu mengajar erti kesusahan yang sebenar.
Ajak mereka melakukan khidmat masyarakat, turun menziarahi keluarga yang dhoif dan berikan tanggungjawab sebagai Ketua untuk menguruskan sesuatu misi mengikut kadar kemampuan.
Banyakkan program bersama anak lelaki, membersih kawasan masjid, tempat wudhuk dan paling penting ialah tandas. Inilah cara yang paling mudah untuk menundukkan hati yang keras dan sombong.
Bila hati sudah dilentur, mudahlah akhlak dibentuk.
3. Damping
Cuba tanya anak lelaki satu soalan nie, bila besar nanti nak jadi apa?
Kita akan mendengar jawapan yang hampir sama. “Saya nak Jadi macam ayah”
Apapun pun pekerjaan seorang ayah, anak lelaki akan merasa bangga dan sentiasa memasang angan-angan untuk menjadi seperti nya.
Penting, dampingi anak-anak dengan contoh kelakuan yang terbaik. Tabiat yang buruk tinggalkan diluar rumah atau lakukan diluar pngetahuan anak-anak lelaki. Contohnya bertengkar, ketagihan game, merokok dan sebagainya.
Seorang anak yang diajar dengan kekerasan, sifat bengis, pemarah, suka berhibur dan kemaksiatan akan cenderung menjadi seorang penjenayah, mereka melihat orang lain sebagai lawan bukannya kawan.
4. Cintakan ilmu, pasakkan tauhid dalam jiwa
Bahaya membiarkan jiwa seorang anak lelaki kosong, kering dan gersang kerana banyak unsur-unsur negatif akan berebut memenuhinya.
Tidak mudah mendidik anak lelaki kerana kita hanya mampu melihat hasilnya apabila mereka menginjak remaja dan menjadi dewasa.
Cabaran yang paling besar ialah menguruskan anak lelaki remaja.. berapa ramai ibu ayah yang menumpahkan air mata kerana anak mereka tersungkur di lembah kehinaan, salah memilih haluan hidup, kuat melawan, memilih teman hidup yang salah, tercalar akidah kerana taasub dengan artis2 barat dan kpop.
Ubat kepada segala penyakit ini ialah suapkan makanan kepada Rohani mereka. Wujudkan hubungan dengan Allah dan benamkan kalimah tauhid dalam jiwa, pasti dan pasti tidak ada perkara yang boleh merosakkannya.
5. Berdikari
Bekal hidup yang paling baik untuk seorang anak lelaki ialah ilmu dan pengalaman. Hantar mereka belajar di tempat jauh, lagi jauh lagi mahal pengalaman yang mereka perolehi.
Anak lelaki yang berdikari akan menjadi seorang yang bertanggungjawab dan bijak mengatur kehidupan.
Kita bukan sahaja melahirkan seorang anak lelaki, tetapi Allah amanahkan kita bakal khalifah. Besar sungguh tanggungjawab mendidik, kerana kita akan disoal tentang amanah ini.
Kredit: Aminah Mat Yusoff
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club