Selepas Kehilangan Anak Ke 3, Ibu Ini Terus Tukarkan Insuran Pendidikan Kepada Insuran Perubatan!

Share

Ikuti perkongsian seorang ibu ini dan juga merupakan seorang guru bertapa pentingnya mempunyai kad perubatan setelah melalui pengalaman anak lelakinya kemalangan.


Ini perkongsian.  

Saya dan Medical Card

Pada awal mengajar dulu gaji saya tak seberapa, namun saya masukkan anak2 dalam takaful untuk pendidikan..Manakala saya pula menyertai takaful tp untuk perubatan. Masa tu mmg rasa agak sempit tp bila memikirkan kepentingan untuk jangka masa panjang saya teruskan juga.

Apabila anak ke-3 saya meninggal akibat kemalangan jalan raya, mata saya lebih terbuka. Waktu saya tanyakan doktor untuk membawanya ke hospital swasta, doktor bertanya berapa cover medical card anak saya. Bila saya kata 500k, doktor kata ok..
Kalau setakat 150k tak perlulah..

Hospital swasta juga bersedia untuk memindahkan anak saya, cuma keadaannya yang kritikal pada waktu itu, menyebabkan saya kekalkan di HSA sebab di sana ada pakar hati yang terbaik.

Bila anak saya meninggal, walau baru 3 bulan menyertai medical card, agen uruskan untuk saya mendapat yang selayaknya.

Alhamdulillah wang tersebut dapat saya gunakan untuk badal haji, saya dan suami ke tanah suci untuk mengerjakan umrah, serta selebihnya untuk kebajikan arwah (semoga diterima Allah).

Selepas pemergian allahyarham, saya tukarkan insuran pendidikan 2 orang anak saya yg masih bersekolah kepada insuran perubatan. 5 hari lepas anak ke-4 saya kemalangan.

Terima kasih kepada yang prihatin membawanya menjalani rawatan di KK P. Nenas. Walau lukanya tidak parah, saya risau kerana pengalaman ngeri 5 tahun yang lalu.

Saya membawa anak saya ke Colombia Asia, untuk rawatan lanjut. Bukan saya tidak yakin dengan hospital kerajaan tapi sebagai seorang ibu saya ingin dia mendapatkan rawatan yang lebih teliti.

Doktor Rohana mencadangkan buat city scan di kepalanya..Hasilnya masih ada serpihan kaca pada kepalanya. Bayangkan, bukan murah dan mudah untuk menjalani rawatan tersebut, namun dgn adamya ins perubatan, saya tak perlu mengeluarkan sesen pun. Wadnya juga sangat selesa.

Sewaktu di sana saya bertemu seorang rakan. Suaminya perlu buat pembedahan kecil. Kosnya 11k.. kena bayar tunai sebab tiada insuran perubatan. Jika saya pun pasti terkedu, tp kena buat juga sebab tak nak bertangguh untuk mengelakkan menjadi lebih teruk.

Saya bersyukur kerana menyedari perkara ini walau dikira agak lewat.
Memang berbaloi membayar RM310 sebulan untuk 2 org anak walau pada mulanya rasa perit nak budget perbelanjaan bulanan.

Nampaknya perbelanjaan untuk rawatan dan perubatan semakin menigkat setiap tahun. Saya tak dapat bayangkan untuk 10 tahun lagi. Semoga kita kekal sihat, inshaallah.. namun tak salah untuk menyediakan payung sebelum hujan.

sumber : Cikgu Zaharah