Selepas Isu Silibus Pembelajaran, Kini Isu Peralatan Sekolah Uzur Pula Jadi Bualan Ibubapa…Sudah Diusulkan Dalam Mesyuarat PIBG Tapi…

Share

Setiap ibu bapa pastinya meletak harapan yang tinggi untuk melihat anak-anak mereka berjaya. Kerana itu banyak perkara yang dititik beratkan agar mereka ini cemerlang dalam pelajaran.

Belum lagi reda dengan isu berkenaan dengan silibus pembelajaran, kali ini timbul satu lagi isu berkenaan dengan peralatan sekolah yang uzur namun masih digunakan.

Rasanya ini bukan satu isu baru kerana sewaktu zaman persekolahan kita dahulu pun, kita sendiri berhadapan dengan situasi ini seperti kipas bergoyang, tempat duduk di kantin patah, longkang besar tidak ditutup dan macam-macam lagi sedangkan perkara-perkara ini sering dibincangkan dalam mesyuarat PIBG tapi keadaannya masih sama.

Baru-baru ini seorang pelajar telah cedera apabila kipas silling di bilik darjah terjatuh menyebabkan jarinya patah.

Tip / Petua

Menurut bapa kepada pelajar tersebut, kipas tersebut dilihat sudah berkarat.

Sebenarnya ini bukan perkaran baru terjadi di sekolah. Suka acapkali juga media melaporkan mengenai perkara ini.

Jadi dimana peranan pihak sekolah dalam hal ini?

Faktor keselamatan sepatutnya dititik beratkan oleh pihak sekolah kerana para pelajar ini masih belum matang berhadapan dengan perkara-perkara seperti ini lebih-lebih lagi yang bersekolah rendah.

Siapa tak terkilan, anak yang dijaga bagai menatang minyak yang penuh, sengsara dek kerana kecuaian orang lain. Lebih terkilan apabila kecuaian itu masih boleh dielakkan jika pihak yang bertanggungjawab peka dengan perkara ini.

Apa yang dirisaukan lagi oleh ibu bapa adalah apabila pelajar trauma untuk ke sekolah apabila berhadapan dengan kejadian-kejadian seperti ini sedangkan sekolah merupakan gedung ilmu yang seharusnya dijadikan tempat pertama bertahta di hati mereka kerana di sinilah mereka mempelajari banyak ilmu.

Semoga perkara ini membuka mata banyak pihak dan tidak lagi dipandang remeh. Hari ni mungkin ianya terjadi pada pelajar lain, tak mustahil satu hari akan terkena pada anak sendiri jika tindakan masih belum diambil.

Mesti Baca :

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club