Selepas Balik Haji, Rico Rinaldi Tolak Tempahan Baju Seksi. Ramai Puji & Doakan Istiqomah!

Share

Kerjaya sebagai pereka fesyen diakui suatu bidang yang cukup glamor dan memberi pulangan yang lumayan. Apatah lagi setiap pereka fesyen mempunyai sentuhan magisnya yang tersendiri  dalam merialisasikan impian pelanggannya untuk tampil cantik dan memukau dengan busana yang diilhamkan.

Pun begitu, perkongsian pereka fesyen yang tidak asing lagi Rico Rinaldi setelah selesai menunaikan haji baru-baru ini menyatakan penghijrahannya untuk tidak lagi mahu mereka pakaian yang seksi untuk pelanggannya.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian Al-Muallim i-Listen Al-Quran dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP

Pemegang Diploma Fesyen dan Rekaan dari Universiti Lim Kok Wing ini meluahkan hasratnya itu menerusi akaun facebook miliknya. Difahamkan penghijrahan ini juga berlaku apabila Rico mendapatkan penjelasan daripada pendakwah, Ustazah Asma’ Harun.

10 orang customer mintak deposit booking balik

“Kalau korang nak tau, bila aku buat keputusan ni sebaik sahaja aku dapat penjelasan dari Ustazah Asma’ Harun hampir 10 orang customer mintak deposit booking balik. Fuhh satu tamparan hebat pernah aku alami.

“Bayangkan satu customer kau boleh dapat paling busuk RM3500-RM5000 tu paling basic untuk baju nikah. Tapi semua minta cancel. Time hantar text dekat manager aku tentang ‘hijrah kecil’ aku, hati aku sangat kuat dan yakin. Tapi tak sangka rezeki tu terus ‘hilang’ sekelip mata..

“Tapi tak, aku percaya seperti mana yang ustazah cakap, rezeki yang berkat tu bukan manusia yang bagi, tapi Allah. Rezeki berkat tu luas, dia bukan banyak tapi dia boleh bawa ke syurga.

“Kau bayangkan rezeki tak berkat tu macam mana? Ok kau banyak duit, then kau beli rumah, kereta, bagi asnaf bagi sedekah tapi semua tu tak berkat. Benda yang patut jadi pahala ke alam barzah mungkin boleh jadi sebaliknya. Takut memang takut. Aku cuba istiqomah dan aku amat mengharapkan doa dan sokongan korang. Benda ni kita tak tau kan? Bahkan kalau aku dah akad dengan customer tu pun (contoh: saya buat baju seksi awak ni tapi saya taknak tanggung dosa ya) tapi sebenarnya aku jugak yang buat baju tu..

“Takpe slow2 aku belajar dan slow customer akan faham. Korang boleh tengok video pencerahan ustazah ni kat IG aku (tengok kat feed). Semoga kita semua dapat masuk syurga sama2 ok ,’ tulisnya.

Meninjau di facebook ustazah Asma’, nyata turut  berkongsi berkenaan penghijrahan Rico dan mengalu-alukan sokongan buat pereka itu.

“bukan mudah keputusan dan tindakan yang dilakukan..”

Tuan Puan Sahabat yang saya hormati, kami dan Tuan Rico Rinaldi ditaqdirkan Allah SWT satu jemaah dalam menunaikan Ibadah Haji baru ini, rupanya beliau merupakan salah seorang pereka fesyen yang dikenali dan punya kedudukan yang tersendiri.

Allahu Akbar, bukan mudah keputusan dan tindakan yang dilakukan, begitu juga dengan ramai lagi sahabat kita yang sedang menempuh jalan hijrah yang payah. Mari bersama menyokong beliau dan sesiapa sahaja dengan apa cara yang ada, insyaAllah kita akan turut mendapat bahagian pahala dalam perjuangan mereka ini.

Banyak persoalan Tuan Rico bertanya kepada kami suami isteri, saya cuba menjawab dengan berhati-hati berdasarkan syariat Ilahi. Bukan ada kepentingan sendiri untuk dijaga, melainkan amanah diri yang akan ditanya nanti.

Jemaah kami termasuk abang kandung kepada Tuan Rico iaitu Tuan @Reduan Shah Putra dan kakak iparnya Puan @Ernaayanee Nur Julaimi dan adik iparnya Tuan @Safwan Ismail. Mereka ini pengasas kepada Dexandra.

Saya mendoakan buat semua yang sedang menempuh jalan sukar dalam hijrah, terus melangkah demi langkah walau payah, kerana hujungnya pasti Indah. Pasti indah tanpa ragu. Tidak di dunia, insyaAllah di Syurga .

Sahabatmu yang sedang berjuang bersamamu..

Asma’ binti Harun

Meninjau di ruangan komen rata-rata semuanya mendoakan yang baik-baik buat Rico dan ramai mendoakan hijrahnya itu.

Insya-Allah Rico.  Permulaan Hijrah yg pastinya akan berubah menjadi asbab rezeki yg lebih luas. Mula2 mmg rasa berat. Tapi pengakhirannya Masya-Allah. -Fasya Fazida

Hijrah itu indah. Kerana itu wujudnya syurga. Kerana syurga itu mahal. Mahal kerana kita terpaksa untuk melalui pelbagai ujian dan rintangan. Namun semahal-mahal syurga, taman itu yang kita inginkan dan idamkan.

“Alhamdulillah. Semoga Allah limpahkan rahmat dan rezeki buat Rico sekeluarga “-Raja Mohamad Nazrin

“Alhamdulillah.. inspiring sangat.. mungkin pada Rico Rinaldi rasa kecil hijrah ini, tapi nak ambil keputusan ni perlukan kekuatan hati yang besar. Allah pandang usaha kita tu.. “-Ony Nurhusni

“trust me, this is an evolved/change to a new trend, in 1,2 yrs,semua akan lebih bersopan dalam perpakaian, majoriti wanita akan makin ramai bertudung, why not rico start the trend, muslimah but maseh boleh bergaya dan terlihat cantek dgn persalinan di hari bahgia dgn rekaan yg maseh mengikut predaran zaman  wishing u the best!”-Nurul Syuhada

ARTIKEL MENARIK :“Subhanallah Suara Yang Hari-hari Dengar Di Tv..”-Inilah Pemilik Suara Bacaan Doa Azan!

Baca Ini Juga :“Bagus Didikan Suaminya..”- Minah Salleh Lebih Melayu, Tabah Diuji Suami Stroke!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI