Hari ini, dunia hiburan tanah air digemparkan dengan berita aktres popular, Nur Fazura Sharifuddin, yang telah memfailkan perceraian terhadap suaminya, pelakon Fattah Amin, di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam. Menurut sumber yang mengesahkan kepada BH Online, butiran terperinci mengenai perceraian ini masih belum didedahkan.
Sumber tersebut berkata, “Iya, Fazura sudah failkan perceraian sebelum tengah hari tadi. Dia tidak hadir ke mahkamah, sebaliknya, urusan memfailkan perceraian itu dibuat peguam yang mewakilinya. Buat masa ini, punca perceraian tidak didedahkan.”
Sebelum ini, desas-desus mengenai keretakan rumah tangga Fazura, 41, dan Fattah, 33, mula menjadi bualan hangat di media sosial. Ini kerana mereka dilihat tidak lagi berinteraksi di akaun media sosial masing-masing, yang biasanya dipenuhi dengan komen dan tanda suka antara satu sama lain.
Artikel Berkaitan: “Beruntung Fazura, Suami Yang Baik Bijaksana Pula.” Fattah Amin Luah Syukur Tak Sangka Dapat 4 Flat
Untuk makluman, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia empat tahun, Nur Fatima Aisya.
Setakat ini, peminat dan netizen masih tertanya-tanya mengenai punca sebenar perceraian pasangan selebriti kesayangan ramai ini, namun tiada kenyataan rasmi daripada kedua-dua pihak. Peminat terus menantikan perkembangan lanjut dan berharap yang terbaik buat mereka sekeluarga.
Artikel Trending:
- Sebelum Al- Fateh, Haura Najia Maut Dibedung, Disumbat Botol Susu
- Pedihnya Masih Sakit Hingga Kini, Rintihan Ibu Haura Najia Meruntun Jiwa
- Pelajar Perempuan Berusia 16 Tahun Ditemui Selamat Selepas Dilaporkan Hilang
Sumber: BH Online
Layari portal Keluarga.my untuk info terkini dan bermanfaat seisi keluarga!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan event sepanjang tahun 2024!