“Selami Emosi Isteri Nescaya Emosi Pun Stabil.” Jangan Buat Main Bila Isteri Alami Tekanan, Perkongsian Suami Amat Bermanfaat

Share

Siapa yang tak sayang isteri kan? Perkongsian suami ini menjelaskan bahawa beliau seorang yang prihatin dengan permasalahan yang kaum wanita hadapi. Malah katanya wanita yang mengalami tekanan, boleh menyebabkan berat badan bertambah sekali akan menggangu kesihatan diri. Ikuti perkongsian yang dipaparkan oleh suam ini dilaman facebooknya,Mohd Fhais . Jom semak!


Isteri yang ada masalah berat badan susah naik atau turun berkemungkinan besar ada masalah stress yang kronik

Sebab stress yang kronik boleh ganggu sistem hormon dalam badan. Badan akan mengalami masalah hormon tak seimbang ( Imbalanced hormone )

Kalau nak tahu, hormon adalah bahan kimia dalam tubuh yang masuk ke dalam salur darah kita dan bergerak dari organ ke organ untuk beri arahan nak buat apa dan bila kena buat.

Jadi memang tak pelik kalau dah cuba guna macam macam produk kurus tapi badan masih lagi sama montel.

Makin stress jadi makin montel !

Bila isteri kita mengalami stress yang terlalu kronik, sesetengah hormon dalam badan akan berlaku lebihan atau kekurangan. Jadi semua sistem tubuh akan berlaku “malfunction” sebab arahan tak sampai betul.

Bukan berat badan sahaja yang terganggu malah isteri boleh mengalami masalah seperti ;

1. Kesukaran untuk tidur
2. Terlalu sensitif dengan rasa sejuk dan panas


3. Kulit kering dan kusam
4. Senang berpeluh
5. Tekanan darah tak stabil
6. Selera makan naik atau kurang tanpa sebab
7. Rasa resah & bimbang ( anxiety )
8. Selalu rasa terlalu letih
9. Sakit kepala
10. Kemurungan ( depression )
11. Ada bonjol di leher tiba-tiba

Banyak lagi sebenarnya, tapi ni antara yang paling utama.

Sebenarnya badan kita dah ada semua yang diperlukan untuk dapat badan yang sihat dan menawan. Secara semula jadi lagi. Bebas kesan sampingan dan mesra poket.

Jadi senang je, kalau nak isteri kita sihat dan menawan suami kena sentiasa tadah telinga dan beri perhatian bila isteri nak mengadu atau mengeluh. Sebab “bercakap” itulah terapi mengurus stress yang paling berkesan buat wanita.

Nak isteri cantik menawan luaran kita kena jaga dulu dalaman dia. Jaga hormon, jaga emosi dan jaga pemakanan. Baru isteri kita sihat dan menawan setiap hari.

Mohd Fhais
Selami emosi isteri nescaya emosi kita pun stabil

p/s : Post ini halal untuk dikongsikan dengan orang lain ya.

p/s : Jom dapatkan ilmu kenali emosi isteri kita di telegram saya, saya kongsi setiap hari percuma je.
Join sini ? t.me/CoretanFhais