Selamatkan Tisu Dari Jadi Mainan Anak, Begini Ibu Ni Buat. Memang Senang & Kreatif!

Share

Perasan tak, anak-anak ni kalau dapat sekotak tisu suka betul main tarik-tarik keluarkan sehelai demi sehelai. Boleh kata, sekotak tu sekelip mata pun habis dikerjakan.

Rasa membazir pula jika sentiasa dilakukan berulang kali, malah boleh buat kita rasa geram dengan perbuatan anak apatah  bila saat  kita hendak gunakan tiada lagi tisu di dalam kotak.

Jadi apa kata anda gunakan trik yang dikongsikan oleh Yatie Eimra ini untuk ‘selamatkan’ tisu yang ada di rumah. Idea ini bukan sahaja praktikal malah cantik juga di letakkan di atas meja. Jom semak.

DIY Balang Tisu

Sekarang memang dah tak boleh beli tisu kotak sebab dak fydh ni memang suka sangat main tisu.. Sebelum ni pernah 1 set tisu kotak yang baru beli dia gi koyak & tabur² masa ummi masak. Letak atas meja pun tak selamat sebab dakni dah pandai panjat kerusi bagai..

Guna tisu toilet roll ni tak delah terasa sangat bila kena koyak. Ekeke.. Bila tak guna, sumbat je tisu kat lubang bahagian penutup tu. Dakni masih tak pandai lagi nak masukkan jari & tarik tisu dari dalam tu, so selamatlah buat sementara waktu ni.

Bahan-bahan diperlukan. 

1. Balang berpenutup

2. Wallpaper

3. Pisau

4. Renda hiasan

 

Cara buat : 

1. Lubangkan penutup balang seperti ini.

2. Tampal dengan wallpaper di bahagian atas penutup. Pada bahagian berlubang buatkan seperti di dalam gambar.

 

3. Hias dengan renda hiasan untukn nampak lebih menarik.

 

4. Masukkan tisu di dalamnya. Siap.

 

Sumber : Yatie Eimra

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

Seronok juga ye kalau kita dapat realisasikan cita-cita anak kita. Mungkin dah besar nanti ada yang nak jadi polis, askar, nurse, peguam dan macam-macam lagi lah. Semua boleh!

Untuk itu, jom sertai Virtual Himpunan Cita-cita 2020 dengan daftarkan diri di http://www.wasap.my/60169647520

*Cara dan syarat boleh lihat di poster