
Perkakasan elektrik antara yang dirisaukan sepanjang musim banjir ini. Risau air terkena barangan elektrik yang bernilai tinggi harganya seperti peti ais.
Pun begitu, jika perkakasan elektrik yang berlumpur dan gagal untuk berfungsi seperti sedia kala gara-gara banjir jangan dibuang dulu kerana ia mungkin masih boleh diselamatkan.
Perkongsian di Facebook Kelate Loni ini patut anda patuhi sebagai cara untuk menyelamatkan peti ais yang ditenggelami banjir dan berlumpur. Jom ikuti perkongsiannya.
1) Awas! Jangan sesekali menghidupkan suis peti ais sebaik sahaja banjir surut.
2) Sebaliknya, bersihkan dahulu bahagian dalam dan luar peti ais sehingga tiada lagi lumpur atau pasir yang melekat
3) Peti ais yang mempunyai (papan litar tercetak) atau kotak PCB di bahagian belakang, juga perlu dibersihkan agar ‘bebas’ tanah serta lumpur
4) Biarkan peti ais kering sepenuhnya, sekurang-kurangnya selama lima hari
5) Apabila sudah benar-benar kering, cuba hidupkan suis. Insya-Allah, peti ais boleh digunakan kembali. Semoga bermanfaat!
Selamat mencuba!
Sumber: Kelate Loni
Cikgu Beri Pesanan Pada Mak Ayah, Biar Minggu Pertama Persekolahan Lancar!

Sesi persekolahan 2025 yang bermula hari ini pastinya membuatkan tugas ibu dan ayah kembali sibuk dengan rutin harian anak ke sekolah.
Paling mendebarkan pastinya ibu dan ayah murid Tahun 1 yang baru melangkah masuk ke sekolah hari ini. Pastikan bermacam ragam anak-anak yang perlu ditangani sebaiknya.
Bagi melancarkan sesi persekolahan anak-anak pada minggu pertama ini, seorang pendidik dalam satu taklimat Guru Besar menitipkan pesanan pada ibu dan ayah terutama yang mempunyai anak di Tahun 1 agar melancarkan pergerakan.
First day primary 1 taklimat Guru Besar:
“Kepada ibu bapa yang pakai kereta mahal tahniah. Kereta besar, cantik. Semua orang dah tahu.
“Tapi jangan berhenti di depan sekolah dan block gate.
“Tahun depan boleh transfer sekolah swasta.
“Kalau nak sangat orang tahu, saya boleh bantu. Tukar name tag anak kepada Velfire, Honda, BMW, Tesla ka apa.
“Nanti bayar yuran boleh letak remaks. Kita boleh tolong kasi print logo kereta.”
Sinis namun inilah yang benar-benar berlaku pada minggu pertama persekolahan anak-anak.
Sebolehnya kita membantu bagi melancarkan lagi pergerakan anak-anak dan lalu lintas agar tidak menyusahkan pengguna lain.
Menarik: Clamp Atau Laser, Apa Teknik Terbaik Nak Khatankan Anak, Ini Saranan Doktor/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: X ruffleseed
Remaja Lemas Dalam Tali Air, “Bapa Naikkan Jasad Anak Perempuan Sambil Menangis”

Isi Kandungan
ToggleRemaja lemas dalam tali air, “Bapa naikkan jasad anak perempuan sambil menangis.” Itu yang diceritakan oleh Ahmad Azizi Azeman, 24, abang kepada Ainul Mardiah, 14, yang lemas selepas motosikal ditungganginya terjatuh ke dalam tali air di Kampung Pangkal Pisang, Peringat, Kota Bharu, Kelantan.
Remaja Lemas Dalam Tali Air

“Ayah menyentuh sesuatu di bawah motosikal dan ia tubuh Mardiah yang tertindih dan sudah tidak sedarkan diri. Ayah menaikkan jasad adik sambil menangis,” kata Ahmad Azizi Azeman.
Dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam, Ainul Mardiah ditemukan dalam keadaan tertindih dengan motosikal Yamaha Ego yang ditungganginya.
Ahmad Azizi berkata, sebelum itu, adiknya keluar dari rumah jam 4.40 petang untuk ke kedai runcit tidak jauh dari rumah.
“Setengah jam selepas itu ayah menerima panggilan dari orang kampung mengatakan ternampak motosikal kami dalam air kira-kira 500 meter dari rumah dalam keadaan lampu terpasang serta enjin masih hidup.
“Bapa Naikkan Jasad Anak Perempuan Sambil Menangis”
“Sebelum itu penduduk cuba mengangkat motosikal terbabit tapi gagal sebelum ayah sendiri ke lokasi dan turun ke dalam tali air,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.
Ahmad Azizi berkata, Ainul Mardiah segera dibawa ke Klinik Kesihatan Peringat sebelum doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia selepas dijalankan bantuan pernafasan kecemasan (CPR).
Menurutnya, jenazah adiknya dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) Kubang Kerian untuk proses bedah siasat.

“Dalam masa yang sama, ibu juga dimasukkan ke wad di hospital sama sejak malam tadi kerana pengsan disebabkan terlalu tertekan dengan kejadian yang menimpa ini.
“Ini kali ketiga kami diberi ujian kematian apabila dua beradik saya juga dijemput Ilahi akibat kemalangan jalan raya serta lemas di paya,” katanya.
Jenazah Ainul Mardiah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pangkal Pisang, selepas selesai proses bedah siasat. Mangsa anak ke sembilan daripada orang 10 adik beradik.
Sementara itu, sepupu mangsa, Najwa Adina Abdul Ghani, 14, berkata, beberapa hari kebelakangan ini, Ainul Mardiah dilihat banyak termenung dan pendiam berbanding sikap sebenarnya yang agak aktif.
“Kami belajar di sekolah serta kelas yang sama dan tak sangka perubahan itu adalah petunjuk dia akan pergi meninggalkan kami buat selamanya,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Baca artikel lain juga: Dua Beradik Lemas Jatuh Parit
Anak Luah Hasrat Nak Mati Syahid, Tak Sangka Jadi Kenyataan Selamatkan Sepupu Lemas
Niat Memancing Bertukar Tragedi! Ayah Lemas Ketika Ingin Menyelamatkan Anak Yang Di Bawa Arus
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Tahniah Fattah Amin Jadi Ketua Eksekutif Pemasaran Pak Mat Western Group

Isi Kandungan
ToggleTahniah Fattah Amin diatas pelantikan sebagai Ketua Eksekutif Pemasaran Pak Mat Western Group! Dalam dunia hiburan, nama Fattah Amin tidak lagi asing. Namun, di sebalik senyuman dan kilauan populariti yang sering dilihat, ramai tidak tahu bahawa perjalanan hidupnya dipenuhi pelbagai cabaran yang menguji kekuatan mental dan emosinya.
Selebriti yang pernah meniti pelbagai fasa jatuh bangun ini tidak pernah menjadikan dugaan hidup sebagai alasan untuk berhenti. Sebaliknya, ia menjadi batu loncatan untuk terus berusaha, memperbaiki diri, dan bangkit dengan lebih kuat.
Fattah pernah melalui fasa-fasa sukar yang hampir membuatnya tersungkur, tetapi beliau tetap percaya bahawa setiap ujian yang Allah berikan pasti hadir dengan hikmah. Dalam kesederhanaan usaha dan kesabaran, rezeki akhirnya melimpah ruah. Kejayaan beliau hari ini bukan sahaja hasil kerja keras tetapi juga berkat doa, tawakal, dan sokongan insan-insan tersayang.
Terbaru, peluang keemasan mengetuk pintu rezekinya apabila beliau dilantik sebagai Ketua Eksekutif Pemasaran Pak Mat Western Group. Tawaran ini bukan sahaja membuka ruang untuk beliau menceburi bidang baharu tetapi juga menjadi bukti bahawa usaha tanpa mengenal lelah pasti membuahkan hasil.
Dalam satu komennya merusi instagramnya, Fattah meluahkan rasa syukur atas peluang ini
“Alhamdulillah.. terima Pak Mat di atas kepercayaan yang di berikan. Terima kasih juga atas doa semua. Insha Allah saya kan cuba beri yang terbaik untuk tanggungjawab yang telah diberi. @unaajerrr @icaa.lahhhhh jom meeting
Kisah Fattah Amin ini menjadi pengajaran bahawa ujian dalam hidup bukan pengakhiran tetapi permulaan kepada perjalanan yang lebih indah. Semoga beliau terus maju dalam mencipta kejayaan, bukan sahaja sebagai selebriti tetapi juga sebagai seorang ikon yang mampu menginspirasikan ramai.
Dalam pada itu, pihak Pak Mat Western Group mengucapakan tahniah kepada pelakon terkenal ini.
Tahniah Fattah Amin diatas pelantikan sebagai Ketua Eksekutif Pemasaran Pak Mat Western Group.
Semoga beliau mampu untuk merancang & melaksana pembangunan usahawan Pak Mat Western serta merangka strategi jualan yang relevan melalui media massa & media sosial.
“Saya harap Fattah mampu pikul amanah jawatan dengan penuh cemerlang. See you at work” – Pak Mat
Dalam pada itu, tinjauan mendapati rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Fattah dengan perlantikannya. Ramai yang kagum dan puji atas usahanya. Peminat juga menitipkan doa kepada pelakon pujaan ramai ini.
Sumber: Instagram Fattahminaz