Umumnya hari-hari istimewa dalam keluarga, seperti sambutan hari jadi anak, sambutan hari ulangtahun perkahwinan dan sebagainya pasti diraikan dalam suasana gembira dan istimewa sebagai tanda penghargaan buat yang tersayang.

Namun kali ini, akibat berdepan Covid-19 pasti berbeza caranya. Bahkan, mungkin ada yang terlupa kerana dalam kepala kita masing-masing berserabot dengan kegusaran ‘melawan’ Covid-19.

Apatah lagi buat petugas-petugas kesihatan, cukup berat tanggungjawab yang dipikul  saat ini.

Ini sebagaimana perkongsian daripada seorang suami yang juga merupakan seorang doktor.


“Bang! harini ulang tahun perkahwinan kita,” ujar isteri semasa kami sama-sama bersiap untuk ketempat kerja.

Keadaan kami agak hambar. Tak seperti biasa. Dalam kepala masing-masing penuh dengan pelan pengurusan COVID-19 apa yang perlu dilakukan untuk hari ini.

Malah aku sendiri pun tak ingat tarikh ulang tahun perkahwinan dalam keadaan begini.

IKLAN

“Selamat Ulang Tahun Ke 19. Maaf, Tahun Ini Kita Tak Dapat Celebrate.” Terkesan Perkongsian Dr Ni!

Aku terus bersuara, “oh ye ke. Selamat ulang tahun perkahwinan kita ke 19.”

Isteri hanya senyum saja.

“Hati-hati ye bang. Pastikan full PPE (personel protective equipment) intubate patient ye bang. Take care. Good luck.”

IKLAN

“Ok. Baik! Hati-hati juga. Good luck.”

Kami bersalaman dan kami terus memandu ketempat kerja masing-masing.

Pesanan isteri tak seperti biasa. Dulu-dulu begini; “Selamat bekerja bang. Jangan noty-noty tau. Jangan kacau anak dara orang kat hospital tu.”

Memang lain pesanan dia berbanding dulu sebelum wabak COVID-19. Kali ini pesanan dan ucapan seolah-olah kami sama-sama ke medan perang. Sama-sama berdepan dengan COVID-19. Sama-sama berjuang untuk menangani penularan COVID-19.

IKLAN

Kami sama-sama penat.

Semasa baru keluar untuk pergi kerja kami masih ‘bersih’. Anak-anak pun masih tidur. Pulang nanti, belum pasti bagaimana keadaan kami.

Pesanan isteri itu juga buat aku lebih berhati-hati. Ya, keluarga sendiri perlukan aku. Begitu juga masyarakat diluar sana. Mereka juga perlukan aku.

Aku ucapkan selamat ulang tahun ke 19 perkahwinan kami. Maaf, tahun ini kita tak dapat celebrate. InsyaAllah, aku janji akan celebrate selepas wabak ini selesai.

Please! Stay at home, guys. Semoga selepas ini kita boleh jalani hidup seperti sediakala. Aku rindu kehidupan tanpa COVID-19.

sumber : Dr Ahmad Zakimi Abdullah

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI