“Selamat Selepas Berpura-Pura Mati.” Rahimi Mangsa Tembakan Rambang Kritikal & Perlu Dibedah Buang Peluru Pada Tulang Belakang.

Share

Setiap kali tibanya hari jumaat, dia tidak pernah ketinggalan menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Noor di Deans Avenune, Christchurch, New Zealand. Semalam, Rahimi Ahmad sekali lagi menunaikan solat di masjid yang sama sambil ditemani anak lelakinya yang berusia 11 tahun.

 

Namun siapa sangka, kunjungannya kali ini membawa insiden yang cukup tragis. Namun berpantang maut sebelum ajal, Rahimi yang dikatakan hilang selepas serangan dalam insiden tembakan rambang di sebuah masjid di Christchurch, New Zealand dilaporkan selamat.

Menurut rakan Rahimi yang tidak ingin dikenali, Rahimi hanya mengalami kecederaan selepas berpura-pura mati ketika pengganas melepaskan tembakan di dalam ruang Masjid Al Noor.

“Rahimi tercedera tetapi dia berpura-pura mati,” kata rakannya.

Sementara itu, ibunya bersyukur apabila mendapat perkhabaran Rahimi selamat dalam insiden tersebut. Dia mengetahui insiden menimpa anaknya itu melalui televisyen jam 11 pagi Jumaat.

“Makcik dapat tahu mengenai insiden itu menerusi televisyen. Makcik hubungi dia sebab makcik tahu dia pergi solat Jumaat,”ujarnya yang menghubungi isteri Rahimi, Norazila Wahid, 39 dan dimaklumkan perkembangan terkini anaknya itu.

“Dalam panggilan kira-kira 7 malam itu, Norazila memaklumkan Rahimi baru selesai menjalani pembedahan bagi membuang peluru di bahagian perut. Bagaimanapun, pembedahan perlu dilakukan sekali lagi esok berikutan peluru terbabit terkena tulang belakang,” jelas Rokiah lagi.

Rokiah Mohamad, dijangka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTABPP) bersama anak keduanya, Roshidi, 42. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz berkata, pihaknya bersama Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya dan ADUN Sungai Puyu, Phee Boon Poh menguruskan tiket penerbangan mereka.

Rahimi  antara tujuh rakyat Malaysia yang dikenal pasti terkena tembakan rambang di dua masjid di Christchurch, New Zealand. Dia yang tinggal di Christchurch lebih empat tahun lalu dan bekerja sebagai juruteknik di kilang susu di New Zealand, manakala isterinya pula menuntut di University of Canterbury.

Sumber:  Rahimi Ahmad ,Harian Metro, Astro Awani