Setiap kali tibanya hari jumaat, dia tidak pernah ketinggalan menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Noor di Deans Avenune, Christchurch, New Zealand. Semalam, Rahimi Ahmad sekali lagi menunaikan solat di masjid yang sama sambil ditemani anak lelakinya yang berusia 11 tahun.
Namun siapa sangka, kunjungannya kali ini membawa insiden yang cukup tragis. Namun berpantang maut sebelum ajal, Rahimi yang dikatakan hilang selepas serangan dalam insiden tembakan rambang di sebuah masjid di Christchurch, New Zealand dilaporkan selamat.
Menurut rakan Rahimi yang tidak ingin dikenali, Rahimi hanya mengalami kecederaan selepas berpura-pura mati ketika pengganas melepaskan tembakan di dalam ruang Masjid Al Noor.
Ads
“Rahimi tercedera tetapi dia berpura-pura mati,” kata rakannya.
Ads
Rahimi bagaimana pun dikatakan kritikal selepas pembedahan membuang peluru di bahagian perutnya.
Sementara itu, ibunya bersyukur apabila mendapat perkhabaran Rahimi selamat dalam insiden tersebut. Dia mengetahui insiden menimpa anaknya itu melalui televisyen jam 11 pagi Jumaat.
“Makcik dapat tahu mengenai insiden itu menerusi televisyen. Makcik hubungi dia sebab makcik tahu dia pergi solat Jumaat,”ujarnya yang menghubungi isteri Rahimi, Norazila Wahid, 39 dan dimaklumkan perkembangan terkini anaknya itu.
Ads
“Dalam panggilan kira-kira 7 malam itu, Norazila memaklumkan Rahimi baru selesai menjalani pembedahan bagi membuang peluru di bahagian perut. Bagaimanapun, pembedahan perlu dilakukan sekali lagi esok berikutan peluru terbabit terkena tulang belakang,” jelas Rokiah lagi.
Rokiah Mohamad, dijangka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTABPP) bersama anak keduanya, Roshidi, 42. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz berkata, pihaknya bersama Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya dan ADUN Sungai Puyu, Phee Boon Poh menguruskan tiket penerbangan mereka.
Rahimi antara tujuh rakyat Malaysia yang dikenal pasti terkena tembakan rambang di dua masjid di Christchurch, New Zealand. Dia yang tinggal di Christchurch lebih empat tahun lalu dan bekerja sebagai juruteknik di kilang susu di New Zealand, manakala isterinya pula menuntut di University of Canterbury.
Keterujaan ibu ayah masa kini berkongsi tentang gambar keluarga dan anak, lokasi, aktiviti harian di media sosial, hakikatnya jika terlalu berkongsi info, itu boleh mengundang padah.
Atas alasan ini juga, seorang ayah yang dikenali sebagai Ihsan Zainal, tidak berkongsi terlalu terbuka mengenai hal keluarganya di media sosial.
Pun begitu, perkongsiannya kali ini tentang kisah anaknya yang hampir-hampir diculik di depan pagar sekolah. Diharapkan kisah ini dapat membuka mata dan kesedaran ibu ayah diluar sana agar tidak terlalu mendedahkan identiti diri serta keluarga di media sosial.
Nak tahu lanjut kisahnya, jom baca perkongsian ni.
Tu sebab aku tak share sangat pasal anak anak aku dalam wall aku.. baik g sekolah atau memana ke..
Semalam je terjadi satu peristiwa dimana ketika wife aku nak jemput balik anak aku sorang ni.. tetiba ntah mana sorang tu pakai smart.. nak jemput anak aku.. dengan hanya terbalikkan nama nya.. rasanya “try n error” kot.. kebetulan wife aku dibelakang die turut terdengar nama anak aku..
Namun nasib baik cikgunya mengenali wife aku, yelakan.. sekolah baru mana cikgu nak ingat semua muka mak ayah.. tapi sebab abang dia pernah belajar situ jadi muka kami ni memang tak asing bagi mereka.. cikgunya menahan dan berkata awak bukan ibu bapa nya.. fuhhh disitu kita nampak tanggungjawab guru sangat berat.. bukan hanya semasa waktu kelas, tetapi juga selepas kelas..
Orang tu siap cakap apa tau? “owhh tersalah sekolah dan berlalu pergi” mana mungkin banyak banyak sekolah ko boleh tersalah dengan sebut nama murid boleh dikatakan 90% betul.. cumanya terbalik je..
Perkara ini turut diberitahu kepada guru besar sekolahnya untuk tindakan lanjut.. guru besar sangat terkejut dan memandang serius perkara ini.. aku juga berharap agar mak ayah sentiasa alert dengan perkara ini..
Elak berkongsi nama anak, nama sekolah di media sosial.. macam-macam boleh terjadi.. mungkin bukan kerana budak, tapi mungkin kerana perasaan lain terhadap mak ayah ke boleh jadi..
Ada pelbagai jenis kulit sama ada jenis berminyak, kulit kering dan ada yang kulit jenis kombinasi. Oleh itu, jangan ingat setiap kulit ini sama cara nak jaga. Begitu juga dengan pemilihan produk penjagaan diri.
Jom kita baca apa yang dikongsikan oleh Doktor Aris di Twitternya. Kali ini adalah mengenai penjagaan untuk kulit jenis berminyak.
Face serum juga penting untuk semua jenis kulit. Tapi bagi kulit berminyak jika boleh elakkan oily based untuk serum.
Selain itu, semak tip ini untuk penjagaan kulit wajah:
1. KURANGKAN MEMAKAI PENCUCI MUKA
Pencuci muka mempunyai bahan kimia yang akan menyebabkan muka anda cepat rosak dan berminyak. Cuba elakkan memakai pencuci muka yang mengawal minyak (oil control) kerana ianya akan menghilangkan minyak secara sementara sahaja. Dan ianya akan menggalakan muka menjadi lebih berminyak. Dua kali sehari sudah cukup.
2. JANGAN CAMPUR PRODUK KECANTIKAN SESUKA HATI
Cara jaga muka ini sangat penting dan perlu diambil perhatian serius. Jangan memakai pelbagai produk kecantikan sesuka hati kerana bimbang kulit muka akan menjadi rosak.
3. SERBUK TEH DAN MADU
Campurkan serbuk teh dan madu. Buat seperti scrub dan juga boleh di sapu pada leher dan lengan. Untuk memudahkan anda melakukan scrubbing, simpan campuran tersebut dalam balang kaca dan simpan dalam peti sejuk.
Ianya untuk menjadikannya lebih tahan lama. Jika disimpan di luar, campuran itu akan bertahan selama 2 minggu. Lakukan setiap hari.
4. WAP PANAS
Ini cara jaga muka yang agak rumit. Wap panas boleh kecutkan pori-pori kulit dan mengurangkan pengeluaran sebum minyak. Caranya ialah dengan menggunakan daun bunga tahi ayam. Gunakan daun bunga tahi ayam yang hijau dan segar. Basuh daun tersebut hingga bersih.
Masukkan daun dalam periuk dengan air berisi separuh penuh dan didihkan. Selepas air mendidih, angkat periuk tadi dan letakkan di atas meja atau lantai (kawasan yang membuatkan anda selesa). Kemudian telunkupkan kepala anda dengan kain atau tuala yang tebal untuk menjalankan proses pengewapan.
Dekatkan periuk yang berasap ke muka anda (anda boleh mengagak jarak anda dari periuk mengikut keselesaan anda) dan biarkan wap itu meresap dalam kulit anda dalam 15-30 minit. Lakukan 2 kali seminggu.
Nota: Air rebusan daun bunga tahi ayam cuma boleh direbus semula sebanyak 2 kali.
5. MASKER BEDAK SEJUK DAN MADU
Ini cara jaga muka secara semulajadi. Campurkan bedak sejuk dan 2 sudu makan madu dan buatkan seperti mask pada wajah. Lakukan selama 30 minit sebelum tidur dan bilaslah dengan air selepas itu. Ianya dapat membuatkan kulit anda sentiasa tegang dan liang roma mula mengecil.
6. MASKER PUTIH TELUR ATAU PATI TIMUN
Ini juga salah satu cara jaga muka secara semulajadi. Kisar pati timun dan buatkan seperti masker pada muka anda dan biarkan sehingga kering. Kemudian bilaslah dengan air. Begitu juga dengan putih telur, buatkan mask pada wajah dan biarkan kering. Kemudian bilas dengan air.
7. TEH HIJAU (GREEN TEA)
Minum teh hijau sekali atau dua kali sehari. Teh hijau bagus untuk pengantioksida yang boleh mengurangkan jerawat.
8. MINYAK SAYURAN
Gunakan minyak sayuran sebagai pelembab wajah.
9. SENAMAN MUKA
Cara jaga muka ini boleh buat orang gelak. Ada yang kata, “Berkesan ke?“. Cubalah dahulu. Selalu menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali supaya dapat menguatkan otot muka dan bibir.
10. KURANGKAN MENYENTUH WAJAH
Ini cara jaga muka yang terakhir. Kita sememangnya tidak dapat lari dari menyentuh wajah apabila gatal atau adanya jerawat. Namun kuman-kuman yang terdapat pada jari kita akan menyebabkan kulit kita terdedah pada bakteria dan menyebabkan kulit naik jerawat atau keradangan.
Kalau hendak juga menyentuh wajah, sila bersihkan tangan anda dengan sanitizer atau air bersih. Gunakan kain apabila hendak memicit jerawat dan bilaslah dengan air biasa berulang kali. Ini kerana kulit muka kita sangat sensitif dengan bakteria dan kuman.
Kisah adik Mohd Adam Amsyar yang disahkan menghidap penyakit jantung terbalik dan dikatakan jangka hayatnya tidak panjang sepertimana yang dimaklumkan oleh doktor kepada ayahnya, menjadikan ramai yang tersentuh hati. Apatah lagi bila mengetahui ada impiannya belum tertunai.
Menurut bapanya Abd Rahman Ahmad, 47, impian anaknya itu untuk ke Legoland mustahil dipenuhi memandangkan dia tidak lagi bekerja tetap.
“Penyakit jantung terbalik Adam dikesan doktor ketika usianya tujuh tahun selepas dia kerap sesak nafas, bengkak di bahagian muka serta anggota badan dengan tubuhnya akan menjadi kebiruaan.
“Apa yang lebih membuat saya sedih apabila doktor memaklumkan tidak dapat melakukan pembedahan bagi membetulkan keadaan jantung Adam kerana ia amat merisikokan nyawanya.
“Saya sebak apabila doktor menyatakan tiada apa-apa yang dapat dilakukan dan berpesan supaya sering datang ke hospital untuk melakukan pemeriksaan susulan selain menjaga Adam betul-betul, terutama jangan biarkan dia keletihan dan sentiasa menggembirakannya.”
TMJ Taja Ke Legoland
Memetik berita yang dikongsikan di Kosmo, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menaja adik Adam dan keluarganya untuk ke taman tema Legoland, Johor Bahru.
Perkara itu dikongsi Tunku Ismail menerusi laman Twitter @HRHJohorII.
Mohd Adam Amsyar, 9, meluahkan hasrat itu ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Parit Haji Ahmad, Sanglang di sini semalam.
Bapa kanak-kanak itu, Abd. Rahman Ahmad, 47, bagaimanapun terpaksa memendam hasrat tersebut kerana tidak berkemampuan.
Rata-rata orang ramai merasa terharu dengan budi baik TMJ dan segala kebaikannya yang dilakukan terhadap kanak kanak itu dan keluarganya.
“Alhamdulillah. Untuk yang ini saya mendoakan Allah memberikan sebanyak-banyak rahmat dan berkat ke atas Tuanku sekeluarga,” jelas @chubb.
“Alhamdulillah. Terima kasih @HRHJohorII pantas dan tanpa mengira masa membantu rakyat Johor. Semoga tunku dan seluruh kerabat diRaja Johor sentiasa dlm lindungan Allah,” ujar @m_nuqman.
“Alhamdulillah. Semoga anak istimewa tersebut bergembira di Legoland dan didoakan agar segala berjalan lancar buat anak tersebut dan keluarga,” kata @DanialMDMY
Dalam dunia moden yang pantas, internet bukan lagi satu kemewahan ia adalah keperluan setiap keluarga moden! Dari si kecil yang sibuk menonton video YouTube,...