
Shaheizy Sam berkongsi berita gembira isternya, Shatilla Melvin selamat melahirkan anak ketiga mereka.
Dalam perkongsian tersebut, Sam memuatnaik gambar ketika menemani isterinya di wad bersalin. Tidak mendedahkan jantina anaknya, pelakon Polis Evo ini menitipkan ucapan terima kasih pada semua yang mendoakan isteri dan anaknya.
Alhamdulillah. Selamat melahirkan dan selamat dilahirkan.. Thank u atas doa2 korang.
Korang tengok macam muka Bapak ke muka Bubu? 🤔
sumber: Shaheizy _sam
ARTIKEL MENARIK: “Tiap Malam Dia Jerit, Tak Lena Tidur.” Jururawat Ni Throwback Pengalaman Rawat Bella, Bikin Ramai Sebak
ARTIKEL POPULAR: “20 Tahun Lalu Susah Cari Sekolah Untuk Anak.” Ahmad Idham Bina Sekolah Pendidikan Khas, Kemudahan Untuk Anak Istimewa
BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Lagi Kes Berebut Harta, Adik Pergi Selamanya Di Tangan Abang!

Baru-baru ini kecoh di negara kita seorang suami sanggup menjadi punca kematian isterinya dek kerana berebut tanah. Siapa sangka, kerana harta pusaka musnah kasih sayang dan kebahagiaan antara keluarga yang dibina sejak sekian lama.
Gara-gara berebut harta pusaka peninggalan bapa, seorang lelaki di India tergamak menikam adiknya pada bahagian dada dengan menggunakan sebilah gunting. Mangsa yang mengalami kecederaan parah telah dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia.
Dipetik dari laporan Times of India, ibu suspek iaitu Maya Devi memberitahu bahawa suaminya telah meninggal dunia pada tahun 2020 akibat Covid-19. Susulan daripada itu, kesemua harta termasuk rumah yang didiami mereka sekeluarga telah dipindahkan ke atas namanya.
Namun keputusan tersebut secara tidak langsung menimbulkan rasa kurang senang suspek, Rohit yang berusia 25 tahun. Lebih mengejutkan apabila anak sulung daripada tiga beradik itu bertegas mahu rumah tersebut dipindahkan ke atas namanya. Bercerita dengan lebih lanjut, Maya Devi mendakwa dia terpaksa ‘membuang’ suspek daripada keluarga kerana sikap buruknya yang sering mabuk dan panas baran.
Bukan itu sahaja, suspek juga sering menimbulkan pergaduhan dalam keluarga sehinggalah pada suatu hari, suspek sekali lagi membuat kecoh dan menyerang dua adik lelakinya iaitu Prashant dan Yash. Akibat pergaduhan itu, Yash iaitu adik bongsunya yang berusia 21 tahun mengalami kecederaan pada bahagian dada akibat ditikam menggunakan sebilah gunting.
Mangsa dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan. Suspek kemudian ditahan polis dan siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan India.
Sumber: Times of India
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Tular Siakap Harga Lebih RM1 Ribu, Lelaki Ini Kongsi Tip Elak Terkena Bila Pergi Bercuti. Take Note!

Kini ramai yang pergi bercuti bersama keluarga. Namun dalam keseronokkan bersantai jangan lupa untuk alert dengan persekitaran termasuk tempat makan.
Sebagaimana baru-baru ini viral mengenai harga siakap sebuah restoran berharga lebih RM1000 mengejutkan sebuah keluarga yang pergi bercuti.
Nak tahu tip untuk mengelak situasi ini berlaku, lelaki ini kongsi tip.
Siakap RM1000+
Sebagai org Langkawi, nasihat saya kpd pelancong yg ingin dtg supaya research skit tempat2 mkn yg recommended by org tempatan ataupun pelancong yg dah dtg…
Baca review2 org lain…
Tempat yg diviralkan tu adalah tempat yg org takkan mkn…ya, walaupun bot sggah situ, dia tak suruh pun mkn situ…tgok ikan yg dibela dlm sangkar adalah slh satu drpd pakej Mangrove Tour…
Kwn2 mak saya dr KL dtg, nak mkn situ n kita informed siap2 ttg harganya…diorang setuju, n mkn…time bayar, total adalah RM3000…diorang tak viral resit sbb diorang tau harga sebelum diorang makan…
Siakap situ, saiz besar2…dia ada tulis, dia ada ckp harga 100 gram brapa, 1 kilo brapa dan harganya tak mcm harga yg kita beli di pasar pagi…sebagai customer, masa pilih ikan tu, masa timbang tu, tolonglah tanya brapa harga skali siap masak…kedai akan bgtau harganya…
Klu mahal, tukar ikan atau cancel terus hidangan tu… Jgn dduk, tunjuk2 menu n bila smpai resit, baru terkejut…
Nasihat je ni, nk dgr atau tidak itu terpulang sbb org Langkawi pun tak mkn situ…
Sumber: Firdaus Shakirin
Suami Isteri Jagalah Hati Pasangan Masing-masing, Barulah Hubungan Makin ‘Ketat’

Isi Kandungan
ToggleSuami isteri berusahalah untuk menjaga hati pasangan masing-masing. Apabila memasuki alam perkahwinan, kebanyakan suami isteri sering mengabaikan emosi dan perasaan pasangan. Mungkin masing-masing penat mencari rezeki dan menguruskan hal anak-anak, tetapi dari sudut ambil hati anda tetap tidak boleh letak tepi.
Suami Isteri Jagalah Hati Pasangan Masing-masing
Jangan biarkan hubungan suami isteri menjadi renggang dek kerana masing-masing gagal menjaga hati pasangan. Masalah ini boleh diperbaiki. Cubalah untuk melakukan beberapa perkara mudah berikut kepada pasangan.
1. Pegang Tangan
Sentuhan fizikal paling mudah bagi simbol cinta suami isteri adalah dengan pegang tangan tanpa diminta. Tetapi apa yang pelik kalau sudah halal, anak pula akan dijadikan satu alasan untuk pegang tangan pasangan. Perlu pasangan tahu, pegang tangan juga mampu kurangkan tekanan emosi isteri.
Cuba buat waktu isteri merajuk, lagi cepat aura positif itu muncul. Mahu lagi istimewa, sesekali paut jari jemari waktu sama-sama menonton televisyen. Atau lebih manis curi pegang tangan waktu keluar membeli belah, walau payah dengan dukung anak. Jangan pula satu pasangan di depan, satu di belakang.
Barulah Hubungan Makin ‘Ketat’
2. Beli Hadiah
Isteri selalunya tidak meminta. Ada yang menghulur dia menerima. Kalau pun pasangan sama-sama mencari rezeki di luar, apa salahnya jika anda selalu ada hadiah kecil buat tambat hati. Tidak perlu yang mahal, mencukupi walau sekeping coklat. Lebih puas hati jika anda belikan makanan atau barang kesukaannya.
Waktu memberi mungkin boleh selit gurauan, semata untuk cungkil rasa cinta yang tersembunyi. Kadang penat kerja di rumah atau pejabat boleh hilang apabila mata melihat pemberian kecil dari orang tersayang. Tanda mengingati…
3. Buat Sesuatu Tanpa Disuruh
Ya, mungkin masing-masing penat tetapi jangan saling mengarah. Jika nampak sesuatu yang kurang enak depan mata, anda boleh memahami hati pasangan. Letak diri anda di tempat pasangan. Mungkin tidak sempat untuk kemas kerana anak-anak meragam. Jika mahu menjaga hati, anda sendiri boleh terus tolong pasangan.
Bertindak lebih baik daripada mengarah. Isteri, kalau nampak suami bertindak dia akan terus rasa bersalah. Jadi automatik, esok-esok hari kerja harian anda lebih dijaga kerana tidak mahu apa yang suami buat sendiri, terulang seperti hari sebelumnya.
4. Pujian tanda menghargai
Wanita lebih bertindak dan rasa dihargai jika suami selalu memuji. Mungkin hidangan tidaklah begitu istimewa, tetapi jika anda pandai ambil hati, isteri pasti lebih rajin masuk dapur walau penat seharian bekerja. Andai tidak begitu memuaskan, anda boleh sampaikan dengan cara lebih positif. Awas, jangan kritik kalau bab makanan yang dimasak. Nak menegur bab masak, suami kena sama-sama masuk dapur.
Mahu lagi romantis, saling berebut saat menyuap depan anak-anak. Anak-anak tengok pun, pasti mereka dapat baca isi hati kedua ibu bapa yang sedang bahagia.
5. Belajar mendengar
Memang tidak pelik kalau isteri selalu bercerita hal remeh sampai bertukar jadi bebelan. Saat mereka bercerita bukan kerana suka-suka ya, itu kerana mereka rasa tertekan dengan keadaan yang dilalui. Walau anda rasa perkara yang dikongsi agak tidak penting, tetapi belajarlah menjadi pasangan yang memahami. Faham saat pasangan berduka kerana sikap wanita, hanya meluah mereka akan rasa lebih puas dan disayangi.