Kekeluargaan

“Selamat Jalan Anak Syurgaku” Anak Ketiga Sheeda Meninggal Dunia, Reda Pemergiannya!

Share

Salam takziah diucapkan buat penyanyi Sheeda yang kehilangan anak perempuannya pada Khamis lalu.

Anak ketiga penyanyi dangdut Sheeda, Nur Fazlinda Ahmad Fazli, 24, atau Alin meninggal dunia jam 11.30 pagi Khamis lalu.

Sheeda turut memuat naik beberapa momen indah ketika bersama anak perempuannya itu di akaun media sosial miliknya.

“Selamat jalan anak syurgaku, semoga aman disana ya.

“Berat nak melepasmu, berat lagi melihat anak sakit, jadi kembali kepada penciptamu adalah yang terbaik. InsyaAllah alhamdulillah dan tunggu mama,” luahnya sebak.

Tambah Sheeda lagi, 24 tahun yang cukup membahagiakan buatnya malah dia paling bersyukur dapat menjaga anaknya sepanjang anaknya sakit.

“ALLAH pinjamkan anak mama selama 24 tahun sahaja, cukup mama bahagia melalui kehidupan bersama, nanti kita akan bersama lagi ya.

“Sebulan menjaga Alin sakit sekejap je, tak puas jaga Alin, Alin dah tinggalkan mama.

“Apa pun Alin terlalu baik dan tidak ada dosa walau sikit pun, tiada dosa dengan mama dan papa sebab tu Allah lebih sayangkan Alin. Innalillahiwainnalillahhirojium selamat jalan Ayieeenku. MAMA SAYANG AYIEEEN,” tulisnya yang menyentuh hati ramai.

Dalam pada itu, jenazah allahyarham anak ketiga itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Setapak.

Arwah Nur Fazlinda adalah cahaya mata Sheeda bersama bekas suami keduanya, Ahmad Fazli Mohammad yang bercerai di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur ketika Allahyarham berusia 13 tahun.

Menerusi perkahwinan pertama, Sheeda dikurniakan cahaya mata iaitu Bienda dan abangnya, Hafizul Razli.

Pada 2007, Sheeda bertemu jodoh kali ketiga dengan guru, Sukri Hashim, namun bercerai pada 2019 lalu dan hasil perkahwinan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Aiman, 16.

Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club