“Selamat Hari Kita Yang ke-9.” Kongsi Ucapan Anniversary, Yusry Sahkan Lisa Surihani Hamil Anak Ketiga!

Share

Tarikh  23 Februari 2021 adalah detik yang cukup bermakna buat pasangan sama cantik sama padan ini. Genap sudah 9 tahun pasangan selebriti terkenal iaitu Datuk Yusry Abd Halim dan Datin Lisa Surihani bergelar suami isteri.

Bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka, Yusry memuat naik ucapan romantis di laman sosial Instagramnya untuk isteri tercinta.

“Happy Anniversary Sayang. 9 years on, I still feel like the luckiest man alive. I’m still amazed by you… everything you do & say. Always so kind, caring, loving & supporting. And our kids are so blessed to have you to call mummy. Alhamdulillah

Selamat Hari Kita yg ke-9″

Mengagumi sifat penyabar, penyayang dan kebaikan Lisa selama sembilan tahun bersama, Datuk Yusry yang juga merupakan salah seorang daripada anggota kumpulan KRU, meluahkan rasa syukur dan terharu dengan ulangtahun yang ke sembilan itu dan mengatakan bahawa anak mereka sangat bertuah kerana memiliki ibu seperti Lisa.

Sementara itu, ruangan komen di laman Instagram Yusry turut dibanjiri dengan ucapan tahniah dan doa dari rakan artis, peminat serta warganet!

aliffsyukriterlajaklaris Saya sendiri nampak bagaimana isteri abg Yusri ini menjaga abang Yusri dengan penuh caring dan nmpak begitu serasi uols berdua.
daphneiking She’s the bestest of the mostest of the bubsters. Love you Bubba boo. Happy anniversary lovebirds
hannannashruddin_ Happy anniversary..mmg minat dgn yusry n lisa drp dulu…finally yusri jumpa pasangan yg menyayanginya sepenuh hati❤️❤️❤️
yantisuhaimi Happy 9th Anniversary, Yusry and Lisa ❤️ lots of ♥️ all the way from Brunei
Macam baru semalam bernikah
rafidah_mohd_arifinHappy anniversary to both of u. Many3 years to go n still counting….more barakah and rezeki❤️
zurina.ahmad_koriey dua tiga ari ni jadi kemaruk nk dgr lagu kru haha xtau tibe2 jd throwback 😆 sb dulu2 suke sgt dgn lagu kru.. happy anniversary yusry dn lisasurihani 💖
kakfatt Seriuslah dah 9 tahun😢. Macam baru semalam je rasa uolls bernikah. Happy anniversary 🙌🙌😍
Dalam pada itu, ada peminat yang meneka Lisa kini tengah berbadan dua dek melihat susk badannya.
awawnamaz Pregnant x @watiemirza dr haritu tgk cm pregnant
noorsabarniah Moga kekal hingga ke jannah both of u…mcm nmpk je coming soon bby yg ke 3..alhamdulillah
melmulan baby bump
lieya_azura984hppy anniversary both of u…wow baby bump

 

Dalam laporan Berita Harian Online, Yusry mengesahkan isterinya, Lisa Surihani kini hamil anak ketiga mereka. Bagaimanapun, Yusry belum bersedia mendedahkan berapa usia kandungan isterinya.

“Gambar kami berdua semalam yang dimuat naik nampaknya mengundang spekulasi itu ini. Tak apa benda baik, jadi lambat laun akan tahu juga.

“Ya, Alhamdulillah, dua anak kami, Yahaira Leanne dan Yusof Leonne nampaknya akan dapat adik tak lama lagi.

“Semoga dipermudahkan. Saya harap semua mendoakan yang terbaik untuk Lisa. Doa yang baik juga kami panjangkan untuk semua,” katanya.

Beberapa minit lalu, Yusry turut memuat naik gambar potret berupa abjad mewakili dua anaknya.

Malah sekali gus, Yusry turut meleraikan persoalan isterinya yang dikatakan hamil.

“Ikutkan berita isteri saya hamil sudah dikongsi sesama ahli keluarga. Cuma tidak secara terbuka sebelum ini.

“Dalam hati, soal ini, kami tak boleh mementingkan diri. Ada pasangan yang ditakdirkan lambat beroleh rezeki. Kami juga pernah melalui fasa berkenaan.

“Ia bukan sesuatu yang senang. Saya dan isteri mendoakan semoga Allah makbulkan berita gembira buat yang masih berharap untuk mendapat cahaya mata. Insya-Allah,” kata Yusry.

Sementara itu, Lisa juga memanjat kesyukuran kerana diberi kesempatan dan nikmat sekali lagi untuk hamil.

“Moga dipermudahkan segala galanya. InsyaAllah,” kata Lisa.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club