Rasanya satu Malaysia mengenali Dr Amalina Bakri, iaitu anak kelahiran Malaysia yang kini menetap di London, United Kingdom bekerja sebagai doktor pakar bedah.
Setelah seminggu anak perempuannya dilahirkan, semalam Dr Amalina memilih untuk berkongsi kepada umum wajah dan nama cahaya matanya yang diberi nama Arabella Mia.
“Kami ingin memperkenalkan puteri cantik kami, Arabella Mia, yang dilahirkan minggu lepas di Hospital St. Thomas.
“Kami mengagumi dan menghargai setiap saat dengan kegembiraan kecil kami. Kami teruja untuk melihat apa yang akan datang, Alhamdulillah. lots of cinta – Amalina & Alex,” tulisnya di laman Instagramnya pada Selasa.
Meninjau di ruangan komen, perkongsian Dr Amalina itu mendapat ucapan tahniah dari beberapa selebriti dan orang ternama dari Malaysia seperti Catriona Ross, Mira Filzah dan Vivy Yusof.
Tak kurang juga yang memuji pemilihan nama anak sulung Dr Amalina dan mendoakan supaya Arabella membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.\
Terdahulu, wanita berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu menjadi bualan hangat warga netizen apabila memilih status kewarganegaraan British untuk anak pertamanya.
Dr Amalina mendirikan rumah tangga bersama jejaka Inggeris, Alexander Charles dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London pada 31 Mac, tahun lalu.
Sumber: Instagram @dramalinabakri
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/