Penantian seorang ibu dengan segunung harapan agar anak ditemui selamat akhirnya berakhir dengan berita menyedihkan. Sejak semalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan selepas anak dramatis terkenal, Fauziah Nawi yang juga seorang pengarah filem dikhuatiri lemas. Namun pencarian berakhir apabila mayat Pitt hanif ditemui sebentar tadi.
Mangsa, Firdaus Haniff, 43, atau lebih dikenali Pitt Hanif yang berasal Taman Sri Keramat, Kuala Lumpur hilang selepas bot fiber dinaiki di Sungai Jelai dekat Jambatan Gemunchur Mela dilaporkan terbalik kira-kira jam 1 tengah hari semalam.
Sebelum ini, mangsa dilaporkan sedang memancing bersama rakannya di lokasi tersebut dibawa arus Sungai Jelai selepas bot fiber dinaiki terbalik, namun rakannya berjaya menyelamatkan diri. Berita kematian Pitt Hanif dikongsikan oleh Fauziah Nawi menerusi laman facebooknya tadi.
Ads
Berkongsi berita sedih itu, Fauziah berkata, beliau baru sahaja dimaklumkan mengenai penemuan itu oleh adiknya yang berada di lokasi.
Ads
“Saya ingin mengumumkan jenazah anak saya Pitt Hanif telah pun ditemui dalam keadaan sangat elok. Ini diberitahu oleh adik saya yang berada di lokasi. terima kasih kepada semua yang mendoakan dan berusaha mencari anak saya.
“Saya minta maaf kerana tidak boleh menjawab telefon. Pihak bomba yang menjumpai anak saya mengatakan jenazah sebegitu walaupun sudah dua hari dalam air. Allahuakbar Pitt,mama minta maaf tak dapat jaga Pitt sepertimana yang mama janjikan kepada arwah babah.
Ads
“Anak saya akan dibawa ke hospital Kuala Lipis. Tak tahu di mana dia akan di bawa pulang ke rumah saya atau rumah besan saya. Berakhir sudah hidup anak saya di usia 43 tahun. Alhamdulillah kerana jenazahnya ditemui elok. Terima kasih semua.
Itu antara perkongsian dari Fauziah Nawi. Al-Fatihah buat arwah Pitt Hanif, semoga keluarga tabah dengan dugaan ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Allahu…terasa berat sungguh ujian yang ditanggung oleh wanita ini, baru sahaja kehilangan suami tercinta akibat covid-19 dan kini dirinya pula harus kuat bertarung melawan virus tersebut.
Sebagai saudara sesama Islam, kita hanya mampu berdoa untuk kesembuhan buat dirinya dan juga ayahnya yang juga kini sedang di kuarantin di Hospital Permai Jb sejak 19 Mac lalu.Semoga keluarga ini akan terus kuat dan sembuh sepenuhnya.Amin…
Ini perkongsiannya.
Assalamualaikum sahabat syurga ku semua…saudara mara seislam ku…
Salam kemaafan….
Saya sedang di uji Allah swt dgn ujian yg hebat… insyaAllah saya perlu kuat utk semua rakan wanita di luar sana… saya sayang anda semua kerana Allah..lillahitaala..
Saya telah di sahkan positive covid 19 pd smlm 30 hb Mac 2020.. setelah membuat saringan di pkd titwangsa pada 22 mac 2020 jam 11.30 pagi..
Walau tiada simptom
Oleh kerana saya adalah contact utama arwah suami saya yg meninggal dunia pada 26.3.2020 akibat covid.. korban ke 24 ( kes ke 1056)
Maka saya juga telah di sahkan positif walaupun saya tiada mengalami simptom apa apa…saya kini berada di wad di raja( wad covid) HKL tingkat 4 wad 14 katil c.. ( maaf tidak boleh melawat) jaga diri anda..
Mohon doakan ayah
Ayah saya Sahak Sahak Haji Shahak juga sedang di kuarantin di Hospital Permai Jb sejak 19 hb mac yg lalu sehingga kini… dan sehingga hari ini beliau stabil dan sihat… beliau juga positif covid 19 walaupun tiada simptom kerana mempunyai sejarah bersalamanan dengan anak kepada jemaah Tabligh ( itu asbab) … mohon doakan ayah saya juga akan sihat dan cepat keluar dari wad…
Keluarga yg lain di Simpang Renggam setakat ini adalah negative.. #prayforsimpangrenggam
Mohon sahabat semua agar mendoakan kami tabah.sabar. redha.. cekal.. kuat semangat…hadapi segala ujian Allah swt ini..
Sesungguh nya ujian yg Allah beri ini utk kita kerana kita mampu dan kuat utk menghadapi nya.. dan inilah bukti kekuasaan Allah utk kita beriman dan tunduk kepadaNYA.. kita mohon doa agar Allah ampun kan kita…maafkan kita .. Allah uji kerana Allah syg.
saya serahkan jiwa dan raga saya di atas aturan dan perancangan Allah swt…sesungguhnya kita semua makhluk Allah yg di kasihi dan di sayang.. ya Rahman ya rahim.. Yang maha Agong..
Jaga diri semua… stay at home.ikut arahan kerajaan. .. jaga kebersihan dan mari kita berdoa agar virus ini akan lenyap dari dunia…amalkan minum lemon… makan suppliment… kuatkan antibodi ya..kuatkan imunisasi… jgn fikir bukan bukan..always thinking positive…
Usah kecam, tapi doakan
Tidak semua pesakit covid akan tewas dan kecundang… mohon jangan kecam pesakit covid seperti kami. kami tidak minta sakit ini.. .kami insan terpilih.. . mohon doakan kami terus kuat berjuang kerana Allah swt.. dan sentiasalah send aura positive kepada kami..jgn call kami nangis nangis ya…
Al fatihah utk Allahyarham suami ku tercinta.. Mohd Fairos bin Saberon… damai lah di sana dengan tenang sebagai negarawan dan syahid..Al fatihah ( di baca) .
Salam kasih sayang untuk semua….Terima kasih sahabat yg mengirim kan aura positif utk saya.yg solat hajat utk saya.yg mendoakan saya.. dan yg pinjam kan smgt kepada saya..always call sy bg semangat.. dan kirim doa… love u olss.. saya sayang u ols.. tak dpt nak tag nama sahabat kerana semua nya sgt baik…
Aiza Syafinaz binti Hj Shahak
Pejuang covid 19
0137572177
Hospital Kuala Lumpur HKL
Memang suami kena respect isteri bila bab kemas beg bila balik kampung. Semu keperluan disediakan lengkap. Tugas suami hanya pastikan beg-beg disusun dengan kemas dalam kereta. Betul kan. Mungkin ada segelintir suami bantu isteri tapi majoriti tugas-tugas ini semua diuruskan oleh isteri.
Perkongsian inspirasi ini pernah viral oleh puan Izyan Izdihar Shaarani moga menjadi pedoman bersama.
Jangan kau pertikai apa bini kau buat. Jangan ingat kemas beg tu senang.
Walaupun kemas beg tu like kemas BEG je, tapi ia merupakan task paling mencabar bagi seorang isteri.
Dia perlu fikiran yang tenang, mood yang stabil, fokus yang bertumpu dan masa yang optimum untuk lakukan task tu dengan baik.
BAJU RAYA BANYAK JENIS
Jangan kau fikir semua baju adalah BAJU. Baju ni ada banyak jenis baju.
Baju balik kampung.
Baju untuk masak di malam raya.
Baju pagi raya.
Baju ke dapur pada hari raya.
Baju berjalan ke rumah saudara.
Baju casual di malam hari pada hari raya.
TUDUNG PUN ADA KATEGORI
Tu baru kategori baju isteri tu sendiri.
Belum masuk tudung.
Tudung jangan kau ingat satu jenis je.
Ada tudung sarung untuk ke dapur.
Ada shawl nak pakai pagi raya.
Ada tudung bawal nak match dengan baju casual.
Inner tudung.
Anak tudung.
Pin tudung.
PIN PUN BANYAK JE TAU
Pin ni pun ada banyak kelas.
Pin kat telinga kena tajam.
Pin kat dagu kene kecik.
Pin kat bahu kena besar sikit.
Pin kat baju kebaya kena besar gedabak.
Pin baju biasa tu pun kena ada takut kain longgar
Belum baju anak.
Uiii..tu lagi banyak jenis.
BAJU ANAK PUN ADA JENISNYA
Baju raya.
Baju bila dah tengah hari.
Baju tidur.
Baju ganti kalau baju raya dah comot.
Baju kalau tido dalam aircond.
Baju untuk turn tidur rumah yang takde aircond.
Baju berlubang, baju takde lubang.
Tu kalau seorang anak.
Kalau ada 5?6?
Suami punya pun dia kena fikirkan jugak.
Bukan takat baju melayu je.
Butangnya, sampin nya, songkoknya.
IRON PUN BAWA
Itu baru baju.
Baju tu pulak ada dekat 20 pasang yang dia dah siap iron. Siap congak hari pertama baju ni, hari kedua baju ni. Kalau seminggu kau balik kampung, ha memang nak roboh lah handle tangan kat ceiling kereta tu dia sangkut. Silap aribulan boleh melengkung bumbung kereta.
Belum dia nak bawa balik kipas, tilam, bantal selimut, extension, ubat nyamuk letrik dan segala keperluan alat tidur agar tidur suami dan anak anak lena.
Iron pun dia bawak weh!
KASUT RAYA
Kasut?
Ha..ada kasut raya.
Ada kasut kalau nak pergi pasar kat rumah mak nanti.
Ada kasut kalau nak jalan jauh.
Hmmmmmm
Ha…mandi cemane mandi…
Sabun mak..sabun anak..sabun bapak tak payah. Dia tibai je sabun apa apa yang ada dalam bilik mandi tu karang.
Shampu, ubat gigi, berus gigi, semua tu mesti cukup. Takde nak main sebat je orang lain punya walaupun dalam bilik air rumah mak tu karang ada dekat 10 jenis sabun mandi sebab semua orang bawak sendiri punya
Ha..ok…cukup dah kot. Nak meletup dah pun beg tu ha.
Eh…ada lagi!
Barang mekaaappppp…
Bedak anak, bedak mak, shaver bapak, minyak rambut bapak..deodoran aih semualah… Ketip kuku pun dia bawak.. Cotton bud.. Dan penyepit bulu ketiak pun ada. Entah bila dia ada masa nak proses pun tak tahu
CHARGER GAJET
Charger handphone..charger charger..
Tuuuuu kalau dia tak ingat memang takde le bercaj handphone tu karang.
SET KESIHATAN ANAK
Dan…dan…
Dia siap ada plan kontigensi.
Bawak panadol..minyak angin..blood pressure meter..home thermometer..mopiko..tiger balm..kot anak demam lah..takut anak kene gigit sengkenit lah. Macam macam.
Jarum jahit pun ada..benang..gunting…kot tertetas jahitan kat ketiak ke..tercabut butang baju raya anak ke..
Haaaaa……
Ok.
Ada dah semua.
Fuhh…legaa….
Ok zip beg!
Suami kerjanya apa?
Angkat je beg banyak banyak tu susun dalam kereta.
Jangan cakap pape.
Angkat.susun.senyum.
Sumber: Izyan Izdihar Shaarani
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Semua peminat tidak sabar menantikan kehadiran si kecil buah hati pengarang janting Neelofa dan PU Harris.
Dalam satu perkongsian, dilaporkan selebriti dan usahawan terkenal ini dilaporkan sudah selamat melahirkan bayi lelaki.
Menerusi kenyataan yang dikongsikan, Neelofa yang juga usahawan dan juga selebriti selamat melahirkan Putera sulung yang diberi nama Muhammad Bilal Bin Muhammad Haris pada 29 Januari 2022 jam 3.44 petang.
“Syukur Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga.” ujar Haris dalam satu kenyataan.
Haris dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih atas doa orang ramai terhadap dia dan isteri sejak mereka berkahwin.
“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua.
“Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata.
“Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri tahun lalu, mohon titipkan juga doa-doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara.”ujarnya seperti yang dilaporkan menerusi mStar.
Malah, berita gembira itu turut dimuatnaik menerusi page lofa.page sebentar tadi.
“Tahniah Love, @neelofa & Ustaz @hrisbismail di atas kelahiran putera sulung, Muhammad Bilal bin Muhammad Haris. Happy for both of you #NunHa 💙
*Speechless, goosebump, MasyaAllah. Semoga Love sihat dan baby membesar menjadi anak yg soleh. And to Mr.SpiderRiz, cuti eh sebulan, 😂🥶
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.