Komunikasi dalam rumah tangga cukup penting supaya tidak timbul konflik berbeza antara pasangan suami isteri.
Namun, semakin bertambah usia perkahwinan, semakin ramai pasangan yang jarang berkomunikasi antara satu sama lain. Kerjaya, anak-anak dan persekitaran antara faktor penyebab berlakunya jurang komunikasi. Tetapi paling utama adalah suami isteri itu sendiri yang kurang inisiatif untuk mengambil berat.
Dengan kata lain, tidak suka bertanya apa yang pasangan mereka ingini. Sedangkan itu yang paling penting dalam rumah tangga.
Tanya. Terlalu penting perkataan ini. Dalam perhubungan suami isteri, jika tidak bertanya, belum tentu kita akan tahu apa yang bermain di fikiran pasangan. Itu yang dikongsikan oleh saudara Akhtar Syamir.
Jangan cakap pasal faham memahami. Jangan cerita la dari pandangan mata kita boleh faham isteri atau suami. Tak semestinya dan tak selalunya betul.
Kena selalu bertanya. Soalan yang paling jarang kita tanya pasangan apabila sudah lebih 5 tahun berkahwin ialah apa yang pasangan kita mahukan. Keinginan dia semasa mula kahwin dengan selepas 5 tahun pastinya berbeza. Kita sendiri pun berubah selepas 5 tahun berkahwin. Sama ada ke arah lebih baik, atau ke arah lebih buruk.
Lebih baik apabila pasangan punya kemahuan semakin banyak dipenuhi. Yang buruk ialah apabila semakin hari, pasangan kita semakin memendam rasa. Ada yang tak kena. Tapi tak dapat diluahkan. Kerana pasangannya tidak pernah bertanya.
Meluahkan bukan perkara yang mudah. Kita takkan tahu apa reaksi dari luahan kita itu nanti. Itu sebabnya ramai yang simpan perasaan itu dalam-dalam. Mungkin kita tak sedar, ada benda yang kita terlepas pandang sejak kita berkahwin. Mungkin juga ada benda yang kita buat semakin menjengkelkan pasangan kita.
Itulah sebabnya perlu bertanya.
“Sayang, boleh I tahu apa yang U nak?”
“Sayang, ada tak benda yang U nak?”
Jika tiada jawapan atau dia mengelak, pandang tepat mata pasangan anda. Tanya dia lagi.
“Sayang, kalau ada apa-apa yang U nak, bagitau je”.
Dari sekecil-kecil permintaan, hinggalah ke sebesar-besar pendedahan. Dengar selepas bertanya. Jangan tanya dan biar ianya tergantung. Pasti ada yang boleh membuatkan perhubungan itu menjadi lebih erat.
Jangan marah jika pasangan tidak pernah bertanya, kerana tidak menjadi kesalahan jika kita yang bertanya dahulu. Ingatlah yang perhubungan ini adalah dua hala. Tak semestinya perlu gerak kedua-duanya serentak. Mungkin anda yang perlu mulakan dahulu.
Jangan pula marah bila ada benda yang perlu diubah atau diperbaiki. Nanti, soalan-soalan selepas itu pasti tidak akan dilayan lagi.
Tanyalah apa pun. Nak makan apa? Nak minum apa? Apa yang boleh anda bantu? Apa yang boleh menggembirakan pasangan? Apa yang membuatkannya tidak selesa? Apa yang disukainya. Bagaimana anda boleh memudahkan urusannya. Bagaimana anda boleh menenangkan jiwanya. Tanya sahaja. Jangan tunggu.
Jika pasangan menunggu terlalu lama, mungkin akan ada orang lain yang sudi bertanya. Berhati-hatilah.
Mulakan bertanya dari sekarang.
Penulisan ini saya buat secara spontan tanpa dirangka selepas bertanyakan apa yang isteri nak saya tapau bila saya balik kerja nanti. Sila abaikan selera besar dia tu. Hahaha..
Saya tak tahu jika penulisan ini akan memberi manfaat kerana jari saya terus menaip tanpa henti. Jika ya, kongsilah penulisan ini. Jika tidak, saya akan cuba lagi di penulisan yang lain.
Korang nak makan apa malam ni? ?
Jemput follow saya ? Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.
▶️ http://t.me/broohsemfans ◀️