Vertigo adalah keadaan di mana seseorang itu seakan kepala merasakan berputar dan berpusing ketika berdiri atau bahkan sedang duduk. Keadaan ini biasanya menandakan adanya gangguan keseimbangan dalam badan. Ramai antara kita menganggapnya sebagai rasa pening yang biasa, meskipun seseorang bila mengalami vertigo ini seringkali merasa hampir pitam.
Oleh itu, untuk merawatnya selain perlu bertemu dengan doktor untuk mendapatkan rawatan terbaik namun tidak salah kiranya turut mengamalkan petua minum air rebusan ini untuk tujuan meningkatkan kesihatan.
Ini sebagaimana apa yang dikongsikan oleh Helena Rizanie Abdullah untuk kebaikan bersama. Jom semak perkongsiannya itu.
Saya nak share minuman yang InshaaAllah dapat meredakan ‘Vertigo’. Mana tahu ada member MAHN yang perlukannya.
Manusia hanya berusaha, Allah yang memenuhi segalanya. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan dilimpahkan rezeki yang berpanjangan. Amin.
Nota:
Untuk pesakit diabetes, sebaiknya minta nasihat pada yang pakar ya. Sebab madu dapat meningkatkan kadar insulin dan gula darah. Gunakan sukatan yang dibenarkan oleh doktor/pakar.
MINUMAN UNTUK MEREDAKAN VERTIGO
by. @kualihelena
Bahan-bahan:
2 cawan air
1 ruas halia merah, kalau kecemasan boleh guna halia biasa
1 batang kulit manis
25 ml madu (akak gunakan madu kelulut)
1/2 biji limau nipis/2 biji limau kasturi
CARA PENYEDIAAN :
- Didihkan air, masukkan kayu manis dan halia yang dihiris nipis.
- Tutup api, biarkan air suam.
- Tuang ke dalam gelas, masukkan madu dan perahkan air limau.
MANFAATNYA :
Meredakan Vertigo, Sakit Kepala
Memperbaiki Penghadaman/Pencernaan,
Melancarkan Peredaran Darah,
Meringankan Demam dan Gejala masuk angin.
sumber : Helena Rizanie Abdullah via MAHN