Ada ibu yang mengalami detik yang menyenangkan namun tidak kurang juga berdepan detik yang sukar sepanjang tempoh sembilan bulan.
Muntah, loya, kurang selera makan dan sebagainya membuatkan ibu semakin tidak kuat untuk menjalani kehidupan yang ceria. Namun apabila memikirkan soal bayi yang berada di dalam kandungan, kebanyakkan ibu hamil terpaksa mencari kekuatan diri untuk pulih dengan segera.
Keletihan melampau di awal kehamilan, begitu juga di hujung kehamilan menjadikan ibu mudah lelah untuk meneruskan rutin hidup. Pemakanan yang baik dan sihat adalah kunci kepada tubuh yang kuat sepanjang kehamilan.
Namun bukan bermakna ibu hamil perlu makan dengan jumlah yang banyak. Istilah makan untuk bayi di dalam kandungan atau ambil sejumlah makanan untuk dua orang, ibu dan bayi bukanlah satu cara yang tepat untuk menambah tenaga dan menguatkan ibu ketika hamil.
Memilih makanan dengan bijak adalah caranya. Apa ibu hamil perlu lakukan?
Mabuk di awal trimester
Ads
Mabuk di awal trimester sememangnya satu hal yang cukup sukar bagi ibu hamil. Loya dan muntah sepanjang hari malah perasaan takut untuk mengambil makanan kerana bimbangkan muntah menjadi satu masalah terbesar buat ibu hamil. Ketika inilah tubuh ibu menjadi bertambah lemah kerana kurangnya makanan serta kehilangan banyak air dalam badan.
Usah makan dalam jumlah yang banyak sebaliknya hanya ambil makanan berkhasiat pada kadar yang mencukupi serta lebihkan buah-buahan yang sihat untuk menambahkan tenaga dan gula dalam badan.
Kurma sebagai kudapan
Jangan tolak makanan berat sebaliknya kurangkan kuantiti yang diambil setiap hari. Makan cukup hanya memberi kekenyangan pada perut dan memberi nutrisi pada tubuh ibu dan bayi. Ketika waktu di antara menunggu waktu tengahari dan malam, jadikan kurma sebagai kudapan utama.
Kurma adalah salah satu makanan yang sangat baik untuk wanita mengandung. Malah kurma juga disifatkan sebagai “super food” yang memberikan banyak manfaat kesihatan. Kurma mengandungi jumlah serat dan antioksidan yang tinggi. Ia juga merupakan sumber tenaga dan zat besi yang sangat penting untuk ibu-ibu mengandung kerana ia merangsang perkembangan sel-sel darah merah bayi.
Ads
Susu dengan kurma
Nak lebih sedap lagi ambil kurma dengan susu, lebih cepat kenyang dan makin berkhasiat buat ibu hamil. Boleh juga dikisar bersama dan minum. Memang sedapnya lain macam.
Kurma dan susu hebat yang digabungkan bersama pastinya buat ibu hamil bertambah kuat malah dibekalkan kalsium yang tinggi untuk perkembangan sel bayi.
Kalau suka, jangan lupa amalkan susu sihat ini dalam diet harian anda. Biar kenyang, khasiatnya pun berganda.
Rehatkan tubuh dengan sebaiknya
Ads
Selain makanan dan bekalan susu sempurna buat perkembangan bayi, tubuh ibu hamil yang keletihan juga perlu direhatkan sebaiknya. Elakkan melakukan aktiviti yang terlalu lasak atau diluar kemampuan tubuh anda. Dapatkan jumlah tidur yang mencukupi terutama dihujung kehamilan. Walaupun ketika ini tidur semakin diganggu namun usahakan untuk tidur pada tempoh yang lama dan selesa.
Elakkan tekanan dan bebanan kerja yang terlampau sehingga mengganggu perjalanan emosi dan perkembangan hormon yang tidak stabil. Ketika rasa gelisah, letih dan tidak berdaya, tariklah nafas dalam-dalam supaya jiwa menjadi lebih tenang.
Pilih makanan tepat
Makanan yang tepat bukan bermakna pada kuantiti yang banyak sebaliknya pilih makanan yang mampu menaikkan selera ibu namun berkhasiat. Mudahkan selera anda dengan pemakanan yang lebih santai seperti nasi atau roti dan sup sahaja berbanding aneka makanan berlemak dan bertumis yang tidak sihat. Pilih buah, sayur dan aneka birijin untuk menguatkan ibu.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Tak kira tua atau muda, kita perlu sentiasa jaga kesihatan diri. Tubuh badan nak pakai lama, jadi sebaiknya kita mula jaga kesihatan badan dengan teliti dari sekarang.
Tak pernah terlambat untuk kita sayangi diri sendiri.
Dr Kamarul Ariffin, di akauan Twitternya, kongsikan cara jaga tulang belakang dengan betul.
Kaki bengkak semasa mengandung kerap berlaku ke atas ibu hamil. Ia adalah perkara normal yang disebabkan oleh perubahan hormon yang mendadak semasa mengandung.
Masalah bengkak kaki menyebabkan ramai ibu hamil berasa tidak selesa dan menyukarkan pergerakan harian mereka.
Bengkak kaki akan bermula dari buku lali, betis dan menular naik ke paras paha. Bagaimanapun jika bengkak ini berlarutan dan turut melibatkan seluruh tubuh badan maka ia perlu dirujuk kepada doktor kerana bimbang disebabkan penyakit lain.
Bagaimana terjadi kaki bengkak?
Menurut Dr Mardiana Kipli, Pakar Obstetrik & Ginekologi seperti dikongsi dalam The Malaysian Medical Gazzete situasi ini kebiasaannya terjadi selepas usia kandungan mencecah 20 minggu.
Waktu ini, janin yang membesar akan menekan salur ‘inferior vena cava’ (salur darah untuk membawa darah dari seluruh badan kembali ke jantung).
Ini menyebabkan perjalanan darah kurang lancar serta berkumpul pada kedua-dua belah kaki.
Perkara ini mengakibatkan perubahan tekanan di dalam salur pembuluh darah menyebabkan cecair badan akan tertapis keluar daripada salur darah dan berkumpul di celah-celah tisu badan.
Oleh itu, kedua-dua belah kaki akan mula membengkak dan selalunya ianya tidak menyebabkan kesakitan. Semakin banyak air tertapis keluar dari saluran darah, semakin besarlah bengkak pada kaki.
Tips kurangkan bengkak kedua-dua belah kaki
Minum air yang mencukupi. Kebanyakan pesakit takut untuk minum air kerana beranggapan air yang banyak akan menyebabkan kaki lebih membengkak. Badan kita akan mengalami dehidrasi yang teruk kerana air di dalam salur darah sudahpun keluar. Dehidrasi dalam saluran darah akan menyebabkan darah menjadi lebih pekat dan pembekuan darah senang terjadi. Hal ini akan mengundang kepada masalah lain seperti deep vein thrombosis.
Meninggikan kaki semasa baring. Letakkan bantal di bawah kaki supaya aras kaki menjadi lebih tinggi dari pada paras jantung. Tarikan graviti boleh mengurangkan pengumpulan air pada kaki. Amalkan pada waktu malam.
Baring mengiring di sebelah kiri badan. Dengan mengamalkan posisi ini, janin tidak akan menekan salur inferior vena cava dan pengaliran darah ke jantung akan lebih lancar.
Aktif bergerak. Anggapan bahawa kaki akan lebih membengkak jika banyak bergerak adalah tidak benar. Pergerakan aktif adalah lebih baik untuk ibu hamil kerana pengaliran darah akan lebih lancar. Secara tidak langsung, ia boleh mengelakkan pembentukan darah beku pada salur darah kaki.
Compression stockings. Stokin ini tidak sama seperti stokin harian yang biasa kita guna. Stokin ini direka khas untuk membantu melancarkan pengaliran darah pada kaki. Ia mempunyai keregangan tersendiri dan perlu diukur dengan tepat daripada aras paha hingga ke tapak kaki. Setiap bahagian stokin ini mempunyai tekanan dan keregangan yang berlainan. Compression stocking ini digalakkan penggunaannya pada waktu malam semasa tidur untuk disesuaikan dengan pengaliran darah menjadi perlahan semasa baring.
Pakai kasut yang selesa. Sila gunakan kasut yang longgar dan bertapak rata untuk mengelakkan tekanan pada kaki yang boleh menyebabkan kesakitan.
Merendam kaki. Setakat ini, tidak banyak bukti menyokong bahawa amalan merendam kaki boleh mengurangkan bengkak pada kaki. Namun begitu, kebanyakan pesakit berasa lebih selesa apabila kaki mereka direndam di dalam air sejuk. Amalan ini juga boleh mengurangkan lenguh pada tapak kaki.
Adakah bengkak kaki ini boleh disebabkan oleh penyakit?
Ya. Sekiranya bengkak ini semakin teruk sehingga ke paras pinggang, muka, di celah-celah jari dan bahagian kelamin, ini mungkin sesuatu yang abnormal. Hal ini perlu dipantau dengan lebih serius.
Apa yang membimbangkan, perkara ini boleh disebabkan oleh penyakit ‘pre-eclampsia’ atau tekanan darah tinggi semasa mengandung yang menyebabkan protein dikumuh keluar melalui air kencing.
Hal ini perlu diperiksa dengan teliti oleh klinik-klinik kesihatan untuk memastikan tekanan darah anda normal.
Sekiranya simptom seperti sakit kepala, pedih di hulu hati, mata kabur dan muntah yang teruk berlaku, sila dapatkan perhatian doktor dengan segera.
Pernah tak tiba-tiba rasa tapak kaki sakit, tak pun lenguh kat bahagian belakang? Waktu tu rasa tak selesa sangat! Buat itu tak kena buat ini tak kena. Dah urut, tapi masih tak lega.
Nak makan ubat pun, takut tak mengena pula jadinya! Apa kata anda cuba teknik yang dikongsi oleh Public Health Malaysia di laman Facebook iaitu dengan menggunakan bola tenis untuk mengurangkan sakit tapak kaki.
Mula mula buat sakit, tapi lama lama rasa sedap dan lega! Sesiapa yang ada masalah sakit tumit, sakit dibahagian bawah belakang dan otot otot betis yang tegang boleh cuba.
1. Duduk tegak dan kaki di permukaan lantai.
2. Letakkan bola tenis atau massage ball di bawah tapak kaki.
3. Perlahan-lahan, golekkan bola tenis ke depan dan ke belakang.
4. Lakukan selama 3 minit.
5. Kemudian, ulang pada kaki yang sebelah pula.
Memang lega dan menjadi. Anda patut cuba di rumah sekiranya mengalami masalah sakit belakang dan tapak kaki.