
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad sehabis baik akan meluangkan masa buat anak-anak biarpun ada waktunya dia terikat dengan jadual kerja.
Tambahnya lagi menerusi satu entrinya di Instagram, bagi mengurangkan rasa bersalah kerana terpaksa keluar bekerja, dia sebolehnya akan cuba meluangkan masa dengan membawa anak berjalan.
Menerusi entri yang sama juga, Uyaina dilihat turut membawa dua anaknya bersiar-siar sambal menikmati keindahan lampu di sebuah pusat rekreasi.
“Janji dengan Urhan pagi tadi yang Mama akan bawa dia tengok lampu.
“Sebagai ibu yang bekerja, dah tentu saya rasa bersalah setiap kali saya keluar rumah untuk bekerja.
“Tapi, inilah yang saya selalu buat, mengimbangi masa dengan anak-anak,” ujarnya.
Malah kata ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, jika dia bekerja pada waktu pagi, waktu malam pula adalah masa dengan suami dan dua anaknya.
“Kalau pagi & petang kerja, malam kena spend time dengan dorang. Kalau malam kerja, siang kena ada kat rumah dengan dorang.
“Tak boleh guna alasan tak ada masa. You MAKE time. Tadi before balik, tanya Urhan:“Are you happy, Urhan?”
“And he said; “Happyyyyyyyyyyyyyyy!”. And that’s all that matters.
Terdahulu Uyaina bersama dua anaknya serta ibunya dilihat menghabiskan masa bersama di taman cahaya penuh dengan lampu di I-City, Shah Alam.
“Kami Sekeluarga Di Pantai Sambut Hari Lahir Anak…”-Kegembiraan Bertukar Tragedi, Anak Lemas Ditarik Ombak!

Meraikan sambutan hari lahir bersama keluarga pastinya menjadi momen yang indah untuk dikenang. Namun malang tidak berbau, kegembiraan sebuah keluarga yang berasal dari Sendayan, Seremban yang menyambut hari kelahiran berakhir tragedi apabila salah seorang daripada mereka meninggal dunia selepas lemas di Pantai Seaview, Tanjung Gemuk.
Memetik berita yang dilaporkan dikatakan mangsa, Muhammad Nurmubien Muhammad Miqdam, 6, ditemukan anggota penyelamat dalam jarak 10 meter dari persisiran pantai tersebut kira-kira pukul 6.40 petang sebelum diberikan bantuan pernafasan.
Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di Hospital Port Dickson.
Bapa mangsa, Muhammad Miqdam Bahtiar, 36, berkata, ketika kejadian dia dan keluarga baru sahaja meraikan sambutan ulang tahun seorang lagi anaknya yang berusia tiga tahun.

“Kami sekeluarga sampai pada pukul 3 petang di pantai bagi menyambut hari kelahiran anak saya yang ketiga. Selepas makan, anak-anak saya duduk di tepi pantai untuk bermain air dan saya ada berpesan agar mandi di tepi pantai sahaja.
“Kejadian berlaku agak pantas, tidak sampai beberapa minit, saya lihat anak saya sudah berada di laut. Saya cuba berenang untuk mendapatkan anak saya namun tidak sempat kerana ombak agak kuat.
“Ombak terlalu kuat dan menolak, dan saya juga hampir lemas namun sempat berpaut pada batu,” katanya ketika ditemui di Hospital Port Dickson hari ini.
Menurut Muhammad Miqdam, ketika kejadian, terdapat orang awam yang turut berenang untuk menyelamatkan anaknya.
“Terdapat orang awam yang membantu namun terpaksa berpaut ke tepi batu kerana ombak kuat.
“Selepas agensi penyelamat datang mereka menjumpai anak saya terapung,” katanya.

Dalam pada itu, dia memberitahu, reda dengan kejadian tersebut dan menerimanya sebagai ketentuan takdir.
Katanya, jenazah anaknya itu akan dibawa ke rumahnya di Taman Nusari Bayu 1, Bandar Sri Sendayan, Seremban malam ini.
Sumber : Kosmo & Sinar Harian
ARTIKEL MENARIK:Kongsi Tip Hasilkan Jumlah Simpanan Banyak Setiap Bulan, Selepas 17 Tahun Ini Hasilnya Untuk Nikmati!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
.
Tidur Lepas Subuh Seolah-Olah Menolak Pemberian Allah. Kenapa ? Ini Penjelasannya!

Sepanjang bulan ramadan, rata-rata Umat Islam tidak melepaskan peluang untuk menambahkan pahala beribadah. Selain solat terawih, ada yang membaca al-quran sehinggakan ada yang berjaya khatam.
Kebiasaannya, selepas bersahur, kita akan menunggu masuknya waktu untuk solat subuh. Selepas itu ada yang menyambung membaca al-quran. namun tak kurang juga yang menyambung semula tidur selepas menunaikan solat Subuh.
Berikut sedikit perkongsian tentang bab tidur selepas solat subuh. Moga bermanfaat!
Siapa yang suka tidur lepas subuh tolong baca .. dan siapa suka tidur lepas subuh then bangun nak solat dhuha pon tolong baca .. sentap n muhasabah sesame .. takde ruginya..in shaa Allah.. Tidur lepas subuh, bagi pandangan orang soleh..
Sedikit perkongsian. Sebelum ini, aku sempat berjumpa dengan seorang soleh.
Hatinya itu terlekatnya ilmu basyirah yg tinggi iaitu ilmu firasat yg sangat kuat. Jadi sesiapa yg dekat dengannya, hati-hati. Apa yang terlintas di hati dan fikiran, pastikan niatkan perkara yang baik.
Aku perbetulkan niat, adab aku, tingkah laku bila tiap kali berdepan dengan beliau ini.
Diberi peluang, aku terus bertanya.
“ustaz, macam mana nak buat supaya tak tidur lepas subuh?”
Dia menjawabkan,
Kambing Aqiqah Murah Indonesia
“tak pernah wujud istilah tidur lepas subuh”.
Ohhh, “jadi ustaz, ape hukum tidur lepas subuh?
“Kau nak aku jawab dalam mazhab kau atau mazhab aku? Dia mengatakan lagi.
Aku bisik dalam hati “ada byk mazhab ke dia ni?”.
Jangan kau nak menyatakan perkara yg kau tak boleh sorokkan dengan aku.
“Astaghfirullah, dia membaca lintasan hati aku…”
“maaf ustaz”.
Aku cakap dekat dia,
“dua dua mazhab lah ustaz”.
Dia kata, kalau dengan cara hidup kau, cara amalan kau, mazhab kau, kau teruskanlah tidur lepas subuh dan jadilah kau seperti anjing mati.
“Tapi kalau dalam mazhab aku, cara aku, amalan yang aku tau, orang yang macam ini dia jatuh KUFUR!”
Aku senyap.
“kenapa ustaz?”
Dia menjawab, orang yang macam ini SOMBONG dengan Allah. Dia berlagak depan Allah!. Dia menolak pemberian Allah! Bagaimana dia boleh tidur sedangkan Allah itu menurunkan rezekinya, rahmatnya setiap pagi selepas terbit fajar, tapi dia boleh tidur. Umpama mcm kalau kau seorang yang jutawan,
bawa duit yang berjuta-juta berjumpa dengan seorang miskin papa kedana setiap hari. Tetapi apa yang dilakukan oleh fakir tadi kepada kau? Dia tidur dan tak mempedulikan langsung duit kau sedangkan dia miskin. Jadi ape yg ada pada fikiran kau? Mesti kau akan kata “dia ni dah lah miskin nak mampus, sombong pulak tu”.
Aku tersentak.
Dia berkata lagi
“orang yang tidur lepas subuh dan lepas itu bangun, ada hati lagi nak Dhuha, Allahuakbar. Orang macam ini lagi tak malu depan Allah. Tadi dia tolak pemberian Allah. Sekarang mahu tarik semula rezeki dan rahmat Allah. Sesungguhnya manusia itu jahil. Sepatutnya orang ini perlu bertaubat dulu sebelum nak solat dhuha”.
Allahuakbar.
Bila duduk dengan orang yang setiap masa takutkan Allah, baru sedar macam mana amalan kita selama ni. Betapa hinanya fikiran aku selama ini. Jauh beza nak banding amalan kita yang tak tau Allah terima ke tak. Tapi hidup setiap hari macam tak rasa banyak dosa. Allahhh…
Dia kata lagi
“orang yang riak kalau bertaubat Allah ampunkan. Kalau orang yang sombong apa kau rasa Allah nak ampunkan sedangkan itu adalah sifat iblis?
Allahuakbar.
Aku tanya tentang tidur lepas subuh je dah rasa macam nak ke neraka. Belum tanya hal lain lagi.
Dia kata lagi
“ramai orang muda kata perlu tidur lepas subuh sebab tak cukup tidur malam tadi sebab main futsal lah, jalan-jalan dan apa kau tak pernah fikir siang dan malam itu adalah sunnatullah?”
“Allah dah kata dalam Al-Quran, siang aku jadikan untuk kau bekerja, malam untuk kau berehat. Kalau sunnatullah kau ubah ikut kepala otak kau sendiri, sebab itulah hidup kau tunggang langgang.
Kau siapa? Nak ubah sunnatullah?
“Allahuakbar, jauhnya beza pemikiran kita dengan orang yang takut dengan Allah. Orang yang dekat dengan Allah. Hidup memang kena pandu Al-Quran dan hadis. Tapi, carilah orang yang boleh memperjelaskan lagi apa yang ada dalam Al-Quran dan hadis itu.
Janganlah asyik meminta dalil dari orang itu orang ini dan memproses dengan kepala sendiri. Ada orang bawa Al-Quran ke hulu ke hilir.
Tak salah, tapi carilah panduannya dengan baik supaya tak tersalah tafsir hukum ikut nafsu.
Sumber; Islam Itu Indah
Guru Ini Kongsi Rahsia Anak Semangat Nak Ke Sekolah.

Menariknya perkongsian ini untuk mendidik anak-anak supaya suka ke sekolah.
Ikuti perkongsian seorang guru tentang bagaimana menjadikan sekolah sebuah tempat yang disukai oleh anak-anak.
Rahsia anak semangat nak ke sekolah
1. Sebelum tidur
Petua paling mujarab untuk anak-anak yang takut, malas dan tidak suka ke sekolah. Bisikkan kata-kata semangat yang mampu menolak segala pemikiran dan sikap negatif.
Biasanya anak ponteng dengan beberapa faktor, takut cikgu sebab tak siap homework, tidak suka atau minat dengan sesetengah subjek, takut dengan kawan dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah.
Wujudkan persepsi positif pada diri anak, pada cikgu dan persekitaran
” Ammar bijak,
tulisan cantik,
peramah,
berani,
Allah sayang,
ibu ayah sayang,
cikgu sayang
kawan-kawan sayang,
Semua orang sayang Ammar”
In sha Allah.. Cuba perhatikan perubahan pada anak-anak
2. Kenapa perlu ke sekolah?
Saya pernah tanya beberapa orang murid soalan kat atas, jawapan mereka membuatkan saya terfikir…
Antara jawapan yang saya terima,
” Mak Ayah suruh”
” Kalau tak datang ayah marah”
” Best datang sekolah sebab dapat jumpa kawan-kawan”
Hampir semua murid tidak tahu tujuan datang ke sekolah.
Perkara yang paling penting dalam membentuk semangat dan motivasi anak-anak adalah cita-cita.
Bina satu cita-cita dan khabarkan kepada mereka tujuan ke sekolah ialah untuk mencapai cita-cita tersebut.
3. Ceritakan yang baik-baik tentang cikgu
Jernihkan hubungan dan tanggapan anak terhadap cikgu. Rasionalkan kenapa mesti siapkan kerja rumah, positifkan anak-anak bila cikgu tegur tentang sikap dan perangai mereka.
Menelan aduan anak bulat-bulat membuktikan bahawa kita ibu bapa yang gagal menyelesaikan masalah, terlalu emosional dan melulu.
Anak-anak tersepit, rasa takut, benci dan negatif terhadap guru makin membarah. Akhirnya ke manapun anak bersekolah persepsinya terhadap cikgu tidak akan berubah.
Anak yang sihat mentalnya akan membesar menjadi manusia yang seimbang.
Anak yang menyimpan dendam dan prasangka akan membesar sebagai manusia yang sakit, murung, pendendam dan bertindak mengikut perasaan.
#BicarakuKeranaAllah
#AllahSentiasaDhati