“Selalu Rasa ‘Berderau Darah’ Tu Datang.” Anak Saharul Ridzwan Masuk Wad gara-gara Kena Air Panas!

Share

Ibu bapa mana yang tidak bimbang apabila anak-anak ditimpa kemalangan. Rasa luruh jantung tatkala melihat si kecil yang mengadu kesakitan.

Inilah yang dikongsikan aktor kacak, Saharul Ridzwan bila mana anak lelakinya, Muhammad Luth Ali, 3, dimasukkan ke hospital disebabkan terkena air panas.

Kata Saharul atau nama sebenarnya, Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 31, Ali terpaksa ditahan di wad kerana ingin memudahkan untuk dressing luka.

“Ali kena air panas sikit. Takda apa pun. Warded sebab nak dressing luka tu, takut dia tak duduk diam,” kata pelakon utama drama Cinta Sekali Lagi ini.

Saharul berkongsi gambar bersama Ali di hospital di samping meluahkan perasaan ketika anak lelakinya itu ditimpa kecelakaan.

“Berderau darah. Dulu selalu dengar ja perkataan ni. Sekarang dah ada anak, selalu sangat rasa ‘berderau darah’ tu datang.

“Allahuakbar. Anak ni, walaupun benda kecik yang jadi, darah naik tu rasa macam dekat kepala dah. Risau kita.

“Subhanallah. Tak tahulah macam mana nak cakap. Macam tu lah umi dan abah risau waktu saya kemalangan dulu.

“Tiada daya upaya kita sebagai hamba Allah untuk pastikan sesuatu tidak berlaku walau macam mana cuba sekalipun melainkan dgn izin Allah SWT. Semoga Allah terus melindungi orang orang yang kita sayang,” tulisnya.

Saharul dan isteri, Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir berkahwin pada 16 September 2016.

Hasil perkongsian hidup, mereka  dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali dan Fateema Azzahra yang berusia lima bulan.

Sumber: saharulridzwan deenaemir


Seronok juga ye kalau kita dapat realisasikan cita-cita anak kita. Mungkin dah besar nanti ada yang nak jadi polis, askar, nurse, peguam dan macam-macam lagi lah. Semua boleh!

Untuk itu, jom sertai Virtual Himpunan Cita-cita 2020 dengan daftarkan diri di http://www.wasap.my/60169647520

*Cara dan syarat boleh lihat di poster

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club