Nama pelakon Lufya Omar kini menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet apabila berbalas kenyataan dengan bekas suami mengenai isu nafkah anak.
Terbaru, Lufya memuat naik sebuah hantaran berkapsyen panjang mendedahkan bahawa puteri tunggalnya, Laana Haura pernah mengalami trauma sehingga bertindak memukul mukanya sendiri semasa masih bayi.
Namun, berkat usahanya dan ahli keluarga lain menjaga dan mendapatkan rawatan untuk Haura, dia kini menjadi anak yang kuat dan positif.
Artikel Berkaitan
“Haura sudah ada enam emak. Saya, mama dan empat adik perempuan saya telah sama-sama berganding tangan menjaga Haura sepenuh hati kami sejak dari lahir lagi.
“Saya terhutang budi dan hormati mereka kerana sanggup korbankan masa, duit, berkongsi tekanan dan susah senang bersama. Kakak tak pernah cakap ni.
“Tapi harini akak bersyukur mama didik kita semua adik beradik bersatu hati dan ikhlas menjaga satu sama lain.
“Kami usaha dari dia ada trauma masa kecik (selalu pukul muka), speech delay dan hyperactive. Sekarang Haura berubah menjadi anak yang suka senyum, positif, baik dan strong.
“Perubahan yang sangat banyak. Lufya bawak pergi terapi untuk bantu Haura. Alhamdulillah dah lancar bercakap. Fya tak pernah share ni sebenarnya walaupun kita ini ibu tunggal kita pasti boleh mendidik anak dengan baik dan lebih mudah dengan sokongan keluarga,” tulis Lufya.
Sehubungan itu, dia meminta orang ramai untuk memberikan sokongan kepada mana-mana individu yang mengalami nasib yang sama sepertinya.
“Bantulah ahli keluarga atau sahabat handai yang mengalami masalah seperti saya. Jangan dipersalahkan dan menekan mereka.
“Wanita ini nampak zahirnya lemah tetapi jika diberikan dorongan yang positif mereka akan ‘bangkit’ lebih baik dari yang lalu,” katanya.
Bukan itu sahaja, Lufya turut menasihatkan orang ramai untuk sentiasa memberi kata-kata positif kepada mereka yang berdepan perceraian untuk mengelakkan perkara buruk berlaku.
“Berikan kata-kata hikmah dan positif bagi mereka yang mengalami penceraian sama ada diceraikan atau memohon cerai. Pasti ada yang tidak benar berlaku dalam perhubungan dalam rumah tangga.
“Sokongan keluarga dan sahabat sangatlah penting. Jika tidak dibantu, itulah yang berlaku sampai ibu buang anak, kes bunuh anak dan kejadian yang mengerikan berlaku. Kita tak nak tengok masyarakat kita begini kan?
“Berikanlah sokongan kepada ibu-ibu ini untuk bangkit meneruskan kehidupan, mendoakan lebih baik dari mencela kerana kita masing-masing tidak tahu ujian apa yang Allah siapkan untuk kita di masa hadapan,” luahnya lagi.
Sumber : Instagram Lufya
Mesti Baca :
Tip / Petua
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA
dan join keluargagader club