Sakit melahirkan anak tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Kepayahan mengusung perut 9 bulan hanya yang bergelar ibu sahaja memahami situasi tersebut.
Justeru, sebagai suami seharusnya menghargai segala pengorbanan isteri mereka dari awal sehingga lahirnya zuriat anda.
Perkongsian dari Muhammad Hassan ini cukup bermanfaat terutama buat para suami di luar sana terutama bagi isteri yang baru bersalin.
Memang suami perlu banyak bersama isteri di awal berpantang dan penyusuan. Bukan soal luka bersalin,luka ni akan baik dengan sendiri. Tetapi suami bantu jaga isteri agar emosinya tidak tertanggu dan semakin teruk.
Bantu isteri ke tandas,
Bantu isteri banyakkan berjalan,
Bantu isteri susukan anak,
Bantu isteri tukar lampin anak,
Bantu isteri mandi,buang air,
Bantu isteri makan dan masakkan untuk si dia.
Sebenarnya ini amalan mak ayah tok nenek kita dahulu. Ayah kita dulu jaga semua adik beradik 12 orang,sentiasa bantu mak sehinggakan suapkan makanan. Ini sifat kasih sayang mak ayah kita didik dan tunjuk kepada kita supaya sayang isteri lebih dari diri sendiri.
Apa perlu suami buat?
Dapatkan:
-Ikan yang segar
-Sayuran kampong
-Ayam kampong
-Telor ayam kampong
-Daging lembu segar
-Pantau luka .
-Bantu isteri bergerak, berjalan terutama ke tandas. Jangan biarkan mereka terbaring sahaja. Berjalan atau bergerak boleh bantu lancarkan darah dan elakkan DVT(Darah beku disalur darah).
-Pastikan isteri minum air mineral dengan cukup.
Ambil tahu:
-ILMU PENYUSUAN,cari posisi bayi ketika menyusu.
-Amalan@Pantang larang ketika isteri berpantang
-ingatkan isteri makan ubat yang disediakan oleh doktor
-Jadual pemeriksaan bayi dan ibu diklinik
-Basic urutan untuk ibu berpantang.
-Cara berbedong/bekong
-jamu/vitamin/ubatan untuk ibu berpantang dan selepas.
Suami kena selalu peluk isteri,ucap terima kasih sayang lahirkan anak kita,terima kasih sebab sabar menahan sakit. Kucup dahi isteri. I love sayang,abang sayang sayang,lemparkan senyuman sehingga cecah telinga dan doa depan isteri.
Ya Allah ini isteri saya,berikan dia syurga,berikanlah dia ganjaran pahala,berikanlah dia kesihatan yang baik,jauhkan dia dari segala penyakit. Suami wajib doa untuk isteri,ucap kata yang baik,tanya ada apa yang boleh kita bantu isteri.
Insyaallah jika kita(suami) sering ucap perkataan yang baik-baik isteri akan seronok,isteri akan tenang.
Dan suami juga perlu faham tanda-tanda isteri melalui fasa post-portum period. Jika ada tanda selalu menangis,termenung,tiba-tiba pukul anak ini perlu dirujuk ke hospital atau dapatkan nasihat doktor.
Mudahan berkat kasih sayang suami isteri lahirnya anak soleh solehah.
-EncikMatt-