Sakit melahirkan anak tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Kepayahan mengusung perut 9 bulan hanya yang bergelar ibu sahaja memahami situasi tersebut.
Sebagai suami seharusnya menghargai segala pengorbanan isteri mereka dari awal sehingga lahirnya zuriat anda.
Gambar hiasan
Perkongsian dari Muhammad Hassan ini cukup bermanfaat terutama buat para suami di luar sana terutama bagi isteri yang baru bersalin.
Memang suami perlu banyak bersama isteri di awal berpantang dan penyusuan. Bukan soal luka bersalin,luka ni akan baik dengan sendiri. Tetapi suami bantu jaga isteri agar emosinya tidak tertanggu dan semakin teruk.
Bantu isteri ke tandas,
Bantu isteri banyakkan berjalan,
Bantu isteri susukan anak,
Bantu isteri tukar lampin anak,
Bantu isteri mandi,buang air,
Bantu isteri makan dan masakkan untuk si dia.
Sebenarnya ini amalan mak ayah tok nenek kita dahulu. Ayah kita dulu jaga semua adik beradik 12 orang,sentiasa bantu mak sehinggakan suapkan makanan. Ini sifat kasih sayang mak ayah kita didik dan tunjuk kepada kita supaya sayang isteri lebih dari diri sendiri.
Apa perlu suami buat?
Dapatkan:
-Ikan yang segar
-Sayuran kampong
-Ayam kampong
-Telor ayam kampong
-Daging lembu segar
Ads
Pantau luka .
-Bantu isteri bergerak, berjalan terutama ke tandas. Jangan biarkan mereka terbaring sahaja. Berjalan atau bergerak boleh bantu lancarkan darah dan elakkan DVT(Darah beku disalur darah).
-Pastikan isteri minum air mineral dengan cukup.
Ambil tahu:
-ILMU PENYUSUAN,cari posisi bayi ketika menyusu.
-Amalan@Pantang larang ketika isteri berpantang
-ingatkan isteri makan ubat yang disediakan oleh doktor
-Jadual pemeriksaan bayi dan ibu diklinik
-Basic urutan untuk ibu berpantang.
-Cara berbedong/bekong
-jamu/vitamin/ubatan untuk ibu berpantang dan selepas.
Suami kena selalu peluk isteri,ucap terima kasih sayang lahirkan anak kita,terima kasih sebab sabar menahan sakit. Kucup dahi isteri. I love sayang,abang sayang sayang,lemparkan senyuman sehingga cecah telinga dan doa depan isteri.
Ya Allah ini isteri saya,berikan dia syurga,berikanlah dia ganjaran pahala,berikanlah dia kesihatan yang baik,jauhkan dia dari segala penyakit. Suami wajib doa untuk isteri,ucap kata yang baik,tanya ada apa yang boleh kita bantu isteri.
Ads
Insyaallah jika kita(suami) sering ucap perkataan yang baik-baik isteri akan seronok,isteri akan tenang.
Dan suami juga perlu faham tanda-tanda isteri melalui fasa post-portum period. Jika ada tanda selalu menangis,termenung,tiba-tiba pukul anak ini perlu dirujuk ke hospital atau dapatkan nasihat doktor.
Mudahan berkat kasih sayang suami isteri lahirnya anak soleh solehah.
Sebak dan memilukan bila membaca kisah lelaki ini. Dia ditinggalkan ibu bapa sendiri di sebuah perhentian bas ketika beruimur 10 tahun. Begitu pun dia sangat positif dan memilih untuk bersangka baik. Bahkan, dia sanggup mencari ibu dan bapa kandungnya.
Kisah lelaki bernama Mohamed Putera Zainuddin pernah tular di laman sosial selepas dia memuat naik keratan akhbar mengenai dirinya sewaktu ditinggalkan di perhentian bas di Kampung Megat, Jalan Maran, dekat Tasik Paya Bungor, Kuantan pada 23 September 1996.
Menurut Mohamed Putera Zainuddin, kisahnya itu diceritakan oleh ibu bapa angkatnya. Mengakui pasti ada sebab mengapa ibu bapa kandungnya berbuat demikian.
menjelaskan idea untuk mencari ibu bapa kandungnya bermula selepas dia berkunjung ke Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan yang menjadi tempat tinggalnya sebelum dijaga oleh keluarga angkatnya. Ketika itulah, tergerak hati untuk menjejaki semula ibu dan bapa kandungnya.
“Keluarga angkat mengambil saya sebagai anak angkat sejak saya berusia sembilan bulan lagi. Mereka juga berterus terang akan status ini sejak saya di tadika lagi. Saya boleh menerima kenyataan itu,” katanya yang juga anak tunggal dalam keluarga angkatnya itu.
Bagaimanapun, jauh di sudut hati lelaki yang dibesarkan di Muar, Johor ini, dia ingin mengetahui keadaan kedua ibu bapanya sama ada masih hidup.
Inilah tempat Mohamed Putera ditinggalkan.
“Saya kembali ke Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah untuk membuka semula fail saya bagi mendapatkan petunjuk lokasi tempat tinggal ibu bapa saya.
“Bagaimanapun, kakitangan rumah kanak-kanak itu hanya menyerahkan fail sebelum meminta saya baca sendiri,”katanya.
Bersama ibu angkatnya.
Jelas Mohamad Putera, hatinya menjadi luluh selepas membaca keratan akhbar yang disimpan di dalam buku rekod berkenaan.
“Saya ingat akan jumpa keluarga kandung dengan mudah sebaik melihat rekod berkenaan, namun sangkaan saya meleset.
“Tak sangka, saya dijumpai di perhentian bas oleh seorang bidan kampung atau kini dikenali jururawat masyarakat ketika berusia 10 hari,” ujarnya.
Tidak pernah menyalahkan tindakan ibu dan bapa kandungnya itu, Mohamed Putera akan terus berusaha mencari mereka.
“Mereka (ibu bapa kandung) tinggalkan saya dapat keadaan baik, lengkap berselimut, sarung tangan serta sarung kaki bayi dan baju yang comel.
“Mesti mereka menantikan kelahiran saya dan pasti ada sebab mereka lakukan begitu,” katanya.
Mohamad Putera berkata, jika tidak dapat mencari ibu bapa kandung sekurang-kurangnya dia ingin bertemu dengan bidan kampung itu.
“Jika bukan kerana wanita itu jumpa saya, tidak tahu sama ada saya masih hidup atau tidak,” katanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kedatangan bulan ramadan kali ini pastinya cukup bermakna buat Datuk Seri Eizlan Yusof apabila isterinya, datin Seri Natasha Rosa selamat melahirkan bayi sulung mereka.
Berita gembira itu dikongsikan oleh Eizlan menerusi laman instagramnya dengan memuat naik rakaman video yang memperlihatkan dia mendukung bayi pertama hasil perkongsian hidup bersama Natasha.
Eizlan memaklumkan isterinya selamat melahirkan anak perempuan di Hospital UMRA, Shah Alam, jam 1 petang tadi.
“Isteri saya melahirkan bayi pada Ramadan pertama. Nama sudah ada sebenarnya, cuma saya dan isteri sepakat untuk tidak berkongsi terlebih dahulu.
“Alhamdulillah Yayang dan Baby ZR berada dalam keadaan baik. Terima kasih atas doa dan ingatan baik buat kami sekeluarga,” ujar Eizlan menerusi kapsyennya.
Apa yang lebih istimewanya, pelakon ini berkongsi cerita mengenakan baju yang sama semasa menyambut kelahiran tiga anaknya sebelum ini.
“Baju ini akan menjadi kenangan kerana empat anak saya disambut bersamanya,” jelas Eizlan lagi sambil mengakui anak-anaknya yang lain turut teruja mendapat adik baru.
Kata Eizlan lagi, hospital yang dimiliki kawannya sebelum ini pernah menyaksikan detik sama ketika dua cahaya mata menerusi perkahwinan pertama dilahirkan.
“Anak lelaki, Zareef Yusof dan adiknya, Vie Zaalia juga dilahirkan di hospital yang sama. Secara kebetulan, hospital ini milik kawan saya, jadi memudahkan segala urusan.
“Sekarang ini, tiga anak saya sudah dapat dua adik perempuan. Selain saya, bekas isteri, Vie Santie juga melahirkan anak perempuan menerusi perkahwinan baharunya,” katanya lagi.
Untuk rekod, ini merupakan perkahwinan kali keempat. Hasil perkahwinan sebelum ini, Eizlan dikurniakan tiga cahaya mata, Vie Zara, Zareef Yusof dan Vie Zaara. Eizlan dan Natasha Rosa Boudville, 30 mendirikan rumah tangga pada 12 Disember 2019.
Siapa yang ingin berkongsi kasih lebih-lebih lagi dengan orang yang disayangi dan bernama suami. Namun jika sudah ketentuannya, kita harus menerimanya dengan redha dan hati terbuka.
Perit untuk dilalui tapi mungkin akan menjadi kemanisan untuk dikenang nanti. Pasti ada yang harus mengalah.
Baru-baru ini, Shikin Maembong yang juga kakak kepada pelakon drama terkenal iaitu Emma Maembong telah berkongsikan pada pelayar aplikasi Tiktok mengenai realiti sebenar sepanjang dirinya bergelar isteri kedua.
Menerusi perkongsian itu, Shikin mendedahkan bahawa kehidupan bermadu tidak seindah seperti yang diperkata oleh orang ramai dan katanya berkongsi suami bukan satu kelebihan buat dirinya walaupun isteri pertama merestui hubungan mereka.
Bukan itu saja, dia juga mengakui bahawa hampir semua perkara terpaksa dilakukan sendiri tanpa suami di sisi termasuklah menunaikan solat tanpa imam.
“Siapa suruh jadi isteri nombor dua? Kan dah kena merayap pusat beli belah seorang diri. Sambut hari lahir pun sambut sendiri di rumah. Tiada hadiah, tiada apa-apa.”
Malah, Shikin turut memberitahu bahawa masanya juga banyak dihabiskan bersama dengan anak dan juga pembantu rumah.
“ Hidup bertiga dengan maid je ke hulu-hilir.”
Ujarnya lagi, kebanyakan percutian keluarga juga hanya ditemani oleh adik-beradik kerana suami jarang pulang ke rumah walaupun madunya tiada masalah berkongsi kasih dengan dirinya.
Dia turut berkongsi pengalaman apabila terpaksa memandu sendiri ke hospital walaupun ketika itu sedang sakit.
Sakit pun memandu kereta sendiri pergi hospital. Bercuti dengan anak dan adik-beradik je mampu. Walaupun madu terima, tetap kena mengalah suami tak balik rumah.
Akhir sekali, Shikin mengatakan walaupun dirinya taat dan setia kepada suaminya namun demi menjaga nama, dia telah diceraikan.
“Taat, setia macam mana sekalipun, kerana nak jaga nama, tetap kena cerai juga.”
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.