Menyusukan bayi dengan susu ibu sememangnya dituntut sehingga anak berusia dua tahun. Semuanya kerana khasiatnya yang tidak ternilai.
Pun begitu menjadi kesukaran bila mana terpaksa menyusukan anak apabila keluar atau berada di luar rumah.
Pandangan masyarakat mengenai hal ini terutama kaum lelaki selalu disalah ertikan walhal semuanya untuk kepentingan bayi yang masih kecil dan kelaparan.
Kaunselor laktasi bertauliah, Pn Nad Masrom menyelar tanggapan sesetengah pihak yang sering memandang serong ibu menyusu di luar, terutama di khalayak ramai.
“Suami tak izinkan saya menyusu di luar walaupun pakai nursing cover sebab nampak lucah. Berikan saya semangat…”, luah seorang ibu kepada saya.
Jika suami TAK IZINKAN, isteri perlu hormat dan patuh kerana suami berniat menjaga kerhormatan isteri di luar dan saya yakin suami akan menyediakan bantuan dan bimbingan kepada isteri bagaimana dapat menyusukan bayi dengan selesa.
Tetapi melihat penyusuan itu sebagai LUCAH, sesuatu yang saya rasa tidak wajar kerana menyusu itu proses memberi makan kepada anak.
“Kalau aku jadi suami aku pun tak bagi isteri aku menyusu kat luar. Macam anjing…”
Ads
Ada suami yang menyamakan isteri menyusu kat luar macam anjing. Walaupun ada je haiwan mamalia lain yang lebih sedap didengar bila disebut seperti kucing, arnab, ikan paus, tapi tetap disamakan menyusu di luar tu seperti anjing.
Sebab apa? Untuk menghina perbuatan menyusu itu. Kita lihat semula soalan ibu. Ibu kata dia menyusu PAKAI NURSING COVER. Kalau yang tak tahu, nursing cover ni besar boleh jadi alas meja. Dan kalau kita ni tak tahu, memang rasa macam tengah selimut dengan kain besar.
Masih lucah? “Memanglah lucah, sebab otak lelaki ni dia fikir bukan-bukan…”. “Lelaki ni sebut menyusu je dia dah bayangkan lain..”
Saya ulang semula konteks di atas. Ibu pakai nursing cover dan bukan dia war-warkan pun dia sedang menyusu. Tiada siapa yang nampak ‘apa berlaku di dalam’ melainkan kalau ada yang nak fikir se’dalam’ itu.
Sama juga seperti wanita yang berjubah, bertutup litup, yang dibayangi dengan bentuk tubuh yang menggiurkan di saat wanita itu dah berusaha bagi nampak mata sahaja, adakah salah wanita itu juga jika ada lelaki fikir sejauh itu?
“Kenapa nak menyusu merata? Hukum Islam bagi ke mak menyusu kat luar ni?”, tanya seorang lelaki yang guna fake account. Berkaitan hukum ni saya tak nak komen. Saya bukan orang yang ahli.
Ads
Cuma menjawab tentang, “Kenapa nak menyusu merata?” – merujuk kepada kehendak bayi bila nak disusukan bukan boleh ditangguh. Nursing room yang ada di pusat membeli belah pula kebanyakan jauh belaka dan tersorok.
Bila pakai pakaian menyusu, menutup elok dan ditambah dengan nursing cover, di mana kurangnya sehingga ibu tak dibenarkan menyusu untuk beri makan kepada anak?”Bagilah botol macam tu! Tak payah bagi direct…”
Botol tu satu pilihan. Kenapa nak dinafikan hak bayi tu menyusu dengan apa jua cara? Sebab tu saya katakan sebelum ni, penyusuan di Malaysia masih taboo.
Iklan double meaning. Menormalisasikan soft porn dalam cerita dan buku. Game l*cah, video l*ucah yang boleh diakses di mana-mana dan paling penting – AKHLAK & IMAN yang tipis – adalah punca kepada semua masalah ini.
Ads
Nak jayakan penyusuan susu ibu di seluruh Malaysia? Carilah cara untuk memahamkan fitrah bagi susu itu adalah proses beri makan dekat anak dekat semua orang.
Selagi mana kita taboo bila bercakap tentang penyusuan, selagi itulah ada sesuatu yang perlu dipulihkan.
Tengok orang seksi : NORMAL
Tengok mak menyusu : LUCAH?
Tepuk dada tanya iman.
P/s: Btw nak bagitahu, mungkin tengok gambar ni akan ingat saya menyusu. Tapi sebenarnya saya tak menyusu. Saya sembunyikan kepala anak saya yang mengenyit mata kepanasan sambil menunggu Fatimah terkedek-kedek kat belakang tu 😄.
Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengumumkan beberapa penambahbaikan ke atas tatacara pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum di dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 pada Khamis malam.
KPM dalam kenyataan memaklumkan garis panduan tersebut dikeluarkan susulan kebenaran menjalankan aktiviti sukan dan kokurikulum di luar bilik darjah, melibatkan individu atau berkumpulan secara bersemuka di kawasan sekolah bermula Isnin ini.
“Dalam hal ini, guru, jurulatih, pengajar yang terlibat dalam aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka bersama murid hendaklah lengkap divaksin,” menurut kenyataan itu.
KPM turut membenarkan penganjuran aktiviti, pertandingan, kejohanan sukan dan kokurikulum, namun pelaksanaannya terhad dalam kawasan sekolah dan hanya melibatkan murid, guru, jurulatih dan pengajar sekolah berkenaan sahaja.
Menurut kenyataan itu, pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum dalam kawasan sekolah yang melibatkan agensi luar pula perlu mendapatkan kebenaran KPM.
“Pihak kementerian juga berhak membatalkan sebarang penganjuran atau penyertaan dalam aktiviti atau pertandingan sukan dan kokurikulum, jika didapati penganjur tidak mengikut ketetapan.
“KPM ingin menegaskan bahawa semua aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka dalam kawasan sekolah hendaklah mematuhi garis panduan Annex (Lampiran) Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum serta Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara,” menurut kenyataan itu.
Garis panduan tersebut turut merujuk kepada institusi pendidikan swasta yang berdaftar di bawah KPM bagi kategori sekolah dan kategori pusat.
KPM juga menyarankan agar ketetapan tersebut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM, termasuk institusi pendidikan di bawah kerajaan negeri.
Lampiran berkaitan Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum ini boleh diperoleh melalui pautan di laman web kementerian tersebut.
Semakin dekat hari nak bersalin, ada baiknya anda melakukan pelbagai senaman ringan dan regangan. Semua ini bagi memastikan proses bersalin berjalan dengan lancar.
Senaman macam mana? Sebenarnya tak perlukan gerakan atau senaman yang sukar, pergerakan yang mudah misalnya amat membantu ibu ketika hamil malah ketika hampir bersalin.
Wanita hamil yang bersenam juga pada kebiasaannya kurang alami sakit belakang, lebih bertenaga dan sesudah melahirkan anak, kembali lebih cepat ke bentuk badan yang asal.
Tidak hanya mudah hendak bersalin bahkan senaman ketika hamil juga dapat membuat tubuh lebih relaks disamping dapat mengurangkan risiko lain termasuklah gestational diabetes dan darah tinggi.
Senaman berikut boleh dilakukan di rumah dan selamat untuk dilakukan. Pun begitu, sila rujuk kepada pakar terlebih dahulu jika terdapat sebarang ketidakselesaan.
1. Push-Up
Mulakan aktiviti senam ibu hamil anda dengan melakukan push-up menghadap dinding. Ini akan menguatkan otot di hadapan dada dan otot triceps di belakang lengan anda.
Caranya adalah dengan berdiri menghadap dinding dan kemudian sandar pada dinding pada paras bahu. Pastikan lutut anda berasa selesa.
Bengkokkan siku dan turun sehingga dada menyentuh diding. Kemudian angkat badan anda semula ke keadaan asal. Lakukan sehingga 15 kali.
2. Leg lift
Anda juga boleh mencuba leg lift (senaman kaki) untuk menguatkan otot belakang dan perut anda. Mulakan dengan kedua-dua tangan dan lutut anda menyentuh tanah. Angkat lutut kanan anda, dan luruskan kaki supaya selari dengan lantai.
Kemudian letakkan semula kaki kanan anda ke kedudukan asal dan angkat lutut kiri anda pula; dan luruskan kaki selari dengan lantai. Ulang sehingga 10 set untuk kedua-dua belah kaki.
3. Step up
Seterusnya ialah senaman step-up dengan menggunakan bangku kecil atau tangga di rumah anda. Berdiri tegak di belakang bangku tadi dan angkat kaki utama anda ke bangku dan angkat kaki lagi satu, kemudian turunkan kedua-dua kaki tadi.
Tukar kepada kaki lagi satu dan angkat kaki tersebut ke atas bangku dan angkat kaki lagi sebelah, kemudian turun semula. Ulang seberapa banyak bagi setiap kaki berselang-seli selagi yang anda mampu.
4. Sandar dinding
Aktiviti senam ibu hamil yang terakhir anda boleh lakukan adalah senaman mencangkung. Setiap kali anda lakukannya, ia boleh membantu untuk membuka laluan ruang pelvis dan memudahkan bayi untuk keluar. Dengan berdiri tegak dan menyandar pada dinding, turunkan badan anda dengan membengkokkan lutut anda ke paras yang anda selesa.
Sila pastikan tumit anda kekal rata di atas lantai. Kemudian kembali semula ke kedudukan asal. Ulang seberapa kerap yang anda mampu.
Lakukan sekurang-kurangnya sekali sehari. Lebih banyak anda bersenam, badan terasa lebih kuat dan cergas untuk menghadapi proses bersalin. Pun begitu, elakkan terlalu memaksa tubuh dan ikutlah kemampuan diri anda. Jangan berlebih-lebih.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Bagi wanita yang sudah berkahwin dan tentu bukan mudah nak dapatkan perut yang leper, cantik dan menawan. Lebih lagi dengan faktor pemakanan yang terlampau dan amat gemar kepada makanan junk food serta makanan segera .
Lemak dengan banyak terkumpul di perut dan jika berterusan amalan ini, boleh terjadi penyakit obesiti. Sebelum meleperkan perut, perlu disarankan untuk kita membuang angin yang terkumpul dalam badan dahulu
Resepi ini sangat mudah, menggunakan bahan-bahan semulajadi dan rempah dari dapur sahaja. Sangat sesuai untuk :
?Kempiskan perut ?Buang angin dalam badan ?Yg bersalin czer sgt digalakkan sebab anda tak bertungku untuk kempiskan perut.
ATURAN MAKAN:
* Ambil 2 biji pagi dan 2 biji malam. Selepas makan. (Bergantung kepada ketahanan dan keperluan badan)
*Diamalkan setiap hari secara berterusan untuk kempiskan perut.
Hasilnya:
badan akan ringan dan angin akan keluar dan akan mengempiskan perut
(Sesuai utk wanita dan lelaki)
Bahan-bahan dan langkah-langkah seperti berikut:
Bahan yang diperlukan adalah -4 sudu kecil halba -lada hitam -3 ulas bawang putih -3-4 cm haliaRendam kan halba selama 2-3 minit untuk memudahkan proses menumbuk Toskan,Tumbuk sehingga hancur Dan halus halba tersebutKemudian masukkan halia Dan bawang putih ke dalam nya Dan teruskan menumbuk sehingga halus Dan hancurSetelah hancur , bahan tersebut digentel kecil mengikut kesesuaian Biarkan diluar seketika Dan selepas itu , perlu diletakkanke dalam peti sejuk.
Selamat mencuba!
Kredit : ida zamri
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.