Selalu Masak, Suami Sayang? Ini Bukan Jaminan Keluarga Bahagia, Ubah Mindset!

Share

Selalu Masak, Suami Sayang? Ini Bukan Jaminan Keluarga Bahagia, Ubah Mindset!

Tidak dinafikan ramai yang berpegang kepada kata-kata, air tangan isteri itu mengandungi aura yang dapat mengikat hubungan suami.

Namun, situasi sekarang ini, ramai isteri bekerjaya membantu meningkatkan taraf ekonomi keluarga.

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

Situasi ini membuatkan isteri kadang kala tidak mampu ‘turun’ ke dapur menyediakan masakan untuk keluargaa.

Jadi jalan penyelesaiannya, makan di kedai menjadi jalan penyelamat untuk mengatasi masalah ini.

Begitu juga dengan perkongsian wanita ini, Marlia Ramli yang juga merupakan seorang wanita bekerjaya yang mengakui dirinya jarang memasak untuk keluarga.

Kerjaya kini membuatkan diri memilih untuk makan di luar berbanding memasak. Malah dia mengakui suaminya kekal sayangnya walaupun jarang memasak!

Dia yang berkongsi beberapa kes, turut memberitahu suaminya juga mengalakkannya untuk tidak memasak untuk memberinya rehat setelah seharian bekerja.

Seterusnya ikuti perkongsiannya.

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

SELALU MASAK, SUAMI SAYANG?

Ramai yang masih hidup terikat dengan budaya. Isteri tak masak? Rumahtangga tak bahagia katanya. Isteri tak masak? Suami tak gembira katanya. Siapa yang cakap tu? Ayah hang cakap atau agama yang cakap?

Persoalannya, benarkah memasak mengikat hati suami?
Mungkin benar, memasak mengikat hati suami. Tapi tidak semestinya mengikat hati isteri.
Maka.

Jujurnya akak tidak melihat satu bahagian semata-mata dalam perhubungan. Rumahtangga ni ada overall checklist. Bukan setakat, SELALU MASAK, SUAMI SAYANG.

Tak masak pun suami sayang jugak sebab checklist rumahtangga bukan sekadar masakan isteri semata-mata.

Checklist rumahtangga lebih kepada mindset, corak pergaulan dan gaya hidup kedua-dua pasangan.

Kes 1 :
Dah lebih 10 tahun suami cakap dah stop jangan masak lagi – kita fokus business & career. Di awal perkahwinan akak berniaga makanan, nak cakap masakan akak tak sedap tu, tak logik la.
Tapi dah 10 tahun… Balik kerja, kami janji singgah kat mana-mana dinner bersama-sama. Malamnya, spend masa dengan anak-anak dan buat aktiviti business. Bahagia je… Oh ya! Mungkin rumahtangga akak masih baru 16 tahun maka masih mentah kot?

Kes 2 :
Senior Manager kat tempat akak, 28 tahun berumahtangga. Tak ada dapur basah pun. Cuma ada dapur kering ruang minum air je. Suaminya sangat romantik, 24 jam berkepit dan dikenali sebagai pasangan bahagia. Kita yang tengok couple ni pun rasa happy. Sejuk… Dan ya, berpuluh-puluh tahun, dapur tak berasap juga. Tapi, kenapa suaminya kekal bersama dan bahagia?
.
Kes 3 :
Seorang lagi rakan sekerja akak, habis kerja tak boleh nak stay back di pejabat. Me time nak mengopi dengan kami rakan sepejabat pun tak de. Habis kerja terus balik nak kejar memasak. Uruskan anak-anak. Isteri nak kena pastikan makanan wajib air tangan isteri sebab suami tak suka makan di kedai. Cuci tangan pun, sediakan mangkuk khas di meja makan. Anak dua, tahun ke-5, isteri ini dalam proses penceraian. Sebab penceraian : tidak sefahaman. Suami kantoi curang gais!

So… Celah Bedah mana kalau tak masak, rumahtangga tak bahagia? Any statistic or data penceraian yang berlaku sebanyak 8 kes setiap jam di Malaysia disebabkan isteri tak masak ke? You, tell me please.

Akak dan suami? Kami lihat konteks berbeza. Bila ekonomi keluarga semakin baik – makan di luar adalah sangat praktikal buat kami kerana :


1) jimat masa
2) berkongsikan rezeki dengan peniaga
3) lebih masa dapat fokus career & business
4) kami sama-sama tak penat, hubungan lebih romantik
5) tangan bini lembut dan gebu. Eh!

Seperti biasa, pendapat akak kebanyakan masa sentiasa menongkah budaya dan melanggar kebiasaan. Sebab itulah corak pemikiran akak selalu dibenci orang. #apeni?
Nak kecam? Silakan
Nak berbincang? Silakan
Nak meroyan? Silakan
Nak bagi pandangan? Silakan
Cuma izinkan akak ulang perkataan ini :
Memasak mungkin mengikat hati suami tapi belum tentu mengikat hati isteri.
Salam sayang

Sumber: Marlia Ramli

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club