Selalu ‘Kuis’ Guna Jari Ambil Kuah, Gadis Ini Kongsi Cara Betul Makan Guna Bekas Makanan

Share

Sekarang ni kalau tengok di pasaran, pelbagai jenis bekas makanan pakai buang dijual dengan berbeza bentuk dan kegunaan. Salah satunya, bekas yang boleh asingkan lauk daripada nasi dan sering digunakan ketika menerima tempahan makanan jenis berbungkus. Jadi, dah boleh jimat plastik untuk bungkus lauk dan makanan pun akan lambat basi.

Tapi…. Bila dapat pada penerima makanan tersebut, kadang rasa kekok untuk ambil lauk kerana tidak dibekalkan dengan sudu. Lebih-lebih lagi bagi yang suka makan berkuah, agak sukar nak ‘kuis’ kuah di bahagian lain tu.

Haaaaa, yang mana rasa susah tu, jom tengok tutorial yang diajar oleh seorang pelajar menggunakan bekas makanan tersebut. Walaupun ringkas sahaja caranya, namun ternyata sebenarnya masih ramai yang belum tahu cara penggunaannya yang sebenar.

Caranya mudah saja, hanya perlu menutup rapat bekas makanan itu dan segera menterbalikkannya. Hasilnya, kalian tidak perlu susah-susah lagi nak ‘mengorek’ bekas untuk dapatkan kuah dari ayam.

@latishaanjalara Mds D-3 #uitmdihatiku #uitmrembau ♬ original sound – Latisha:] – Latisha Anjal

Meninjau di ruangan komen, sememangnya ramai yang tidak terfikir untuk terbalikkan bekas makanan seperti itu. Malah, akui gadis yang berkongsi tutorial tersebut, dia juga belajar dari orang lain yang merupakan seorang askar.

Sumber : @latishaanjalara