Dalam usia sekarang yang sudah melebih 90 tahun, Tun Mahathir tampak kuat bertenaga seperti orang muda. Bahkan, lebih cergas lagi. Rupa-rupanya Tun ada rahsia yang membuatkan dia tampak sihat selalu. Antaranya termasuklah amalan pemakanan.
Patutlah dalam video baru-baru ini Tun ada kongsi tip iaitu berhenti makan kalau rasa makanan itu sedap. Kita ni terbalik, kalau makanan itu sedap lagilah kita makan kan. Patutlah tak dapat tenaga luar biasa macam tun:)
Selain Tun, pakar Sakit Puan yang terkenal,Dr Hamid Arshat juga turut berkongsi 11 amalan yang sama seperti Tun sejak beliau muda lagi. Tidak hairanlah, dalam usianya 73 tahun beliau masih mampu menjalankan pembedahan untuk wanita yang bersalin mahupun rawatan untuk penyakit wanita yang lain.
Jom kita semak apakah amalan yang menjadi pegangan dua tokoh terkenal ini. Moga bermanfaat untuk semua!
11 Amalan Dr Hamid Arshat Untuk Tip Awet Muda seperti Saranan PM
1. Bila umur sudah melebihi 70 tahun risiko penyakit alzheimer 10% atau lebih. Ketika itu pengidap menjadi nyanyuk banyak kehilangan daya ingatan. Fungsi2 otak semakin terganggu sehingga fungsi2 asas saperti buang air ditandas dan seterusnya istinjak pun sudah lupus dari ingatan. Nauzubillah, Ya Allah lindungilah aku dari penyakit tua dan segala keburukkanya.
2. Sebenarnya sel-sel otak iaitu neurons masih tumbuh bercambah serta berfungsi baik walau pun dengan meningkat umor dengan syarat orang berkenaan mengamalkan caragaya hidup yang sihat serta aktif fizikal dan mental (neuroplasticity). Rangsangan otak dilakukan dengan pembelajaran, maklumat dan aktiviti2 kemahiran. Walau pun telah wujud jutaan jalur2 maklumat dan sambungan synapses, masih ada ruang untuk peningkatan.
Otak kita saperti otot, menjadi lebih kuat jika kita beri exercise dan latihan.
3. Rajin membaca quran serta cuba menghafal beberapa ayat setiap hari. Untuk mengingati ayat-ayat quran kita perlu baca berulang2 tidak kurang dari 40 kali. Ulang baca bila2 masa, ketika solat atau memandu kereta dan dimana saja kita berada.
Saya hafal beberapa surah diantaranya almulk, sajadah, asSaf, alinsan, al kiamah, separuh alwakiah dll. Kena selalu baca untuk terus ingat.
Disamping menghafal quran kanak2 perlu dilatih menghafal sifir dan bila buat kira2 dan hitungan cuba jangan bergantung kepada kalkulator atau komputer.
Ketika dalam sekolah rendah saya dipaksa hafal sifir satu hingga dua belas. Latihan ini mungkin punca saya dapat markah A dalam matemaik dalam semua peperiksaan.
4. Exercise atau aktiviti fizikal selama 30 minit selain beri menfaat kepada kesihatan tubuh badan, membantu cegah penyakit kencing manis dan darah tinggi, ia juga banyak beri kebaikan kepada otak. Menambah sel2 neuron, kuatkan sambungan dan cegah kerosakkan neuron. Exercise mengeluarkan brain drive neurotrophic factor (BDNF) yg meningkatkan fungsi pembelajaran dan meluaskan pusat ingatan disamping melancarkan aliran darah keotak. Jom exercise 30 minit setiap hari.
5. Pelajari sesuatu kemahiran baru. Cari satu hobi yang kita minati dan gembira membuatnya – berkebun, pertukangan, menjahit, memasak dll. Dalam peroses membina hobi kita kena timba ilmu dalam bidang yg kita minati dan seterusnya melatih serta mempraktikan kemahiran2 yang baru. Dengan latihan ini otak kita sentiasa berfungsi.
6. Jauhkan multi tasking atau membuat dua kerja serentak seperti membuat panggilan talipon serta menyusun dan menyimpan barang. Pasti kita akan lupa dimana kita letak barang tersebut.
7. Cukup tidur , 5 hingga 7 jam setiap malam. Tidur menguatkan sambungan saraf (synapses) dan seterusnya meningkatkan peroses2 pembelajaran dan ingatan.
Kajian keatas kanak selepas tidur siang hari ketajaman otak meningkat. Orang dewasa yang amalkan tidur sekejap siang hari (power nap) meningkat daya fungsi otaknya.
8. Amalan mencatit dalam buku nota kecil setiap perkara yang baru dipelajari dalam bentuk ringkas atau points memang dapat meningkatkan ingatan kita. Saya memang amalkan tabiat ini dan saya dapati orang2 jepun dan korea juga berbuat demikian.
Seperti imam Shafie bila dengar kuliah dari gurunya sering guna jari tangan kanan untuk menulis nota pada tapak tangan kirinya. Lepas itu dia boleh mengingat semula segala yang dicaritkan ditapak tangan.
Satu kajian keatas kanak-kanak yang bertabiat melukis tentang perkara yang baru dipelajari didapati berjaya dapat markah tinggi dalam ujian.
9. Makan terbaik untuk otak.
Makanan yang berkhasiat dan berzat yang mentah serta segar dari sayur dan buah-buahan sangat penting bagi pertumbuhan sel otak dan myelin sheath. Kurangkan gula, karbohaidret, fast dan junk foods kerana meracuni sel-sel otak.
Makanan tersebut menggalakan pertumbuhan sel-sel otak dan myelin sheaths. Seterusnya meningkatkan fungsi otak termasuk ingatan. Saya minum sesudu extra virgin olive oil setiap hari.
10. Permainan otak / brain games . Dalam internet terdapat beberapa websites saperti Luminosity.com. Permainan ini merangsang otak meningkatkan kemahiran untuk membaca, fahaman dan hafalan.
11. Cegah stress dan rawat penyakit2.
Tekanan fizikal, mental dan emosi semakin berluasa pada zaman sekarang dan timbul dari pelbagai punca.
Stress meracuni sel-sel otak dan merosakkan jalur-jalur maklumat. Fungsi otak dan ingatan menurun akibat stress.
Penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis perlu dirawat dengan sempurna kerana boleh mengganggu aliran darah bekalan makanan dan oksijen kedalam otak dan seterusnya merosakkan fungsi otak dan ingatan.