Siapa yang tak kenal dengan pelakon terkenal , Aeril Zafril yang juga merupakan suami kesayangan Wawa Zainal.
.
Setiap kali memuat naik perkongsian di laman isntagramnya baik gambar mahupun video isterinya, ada saja benda yang diusik sehingga membuatkan netizen terhibur.
.
Disebalik guraua tersebut, rata-rata netizen kagum dan mengakui pelakon patahnya Sebelah Sayap seorang suami yang romantik dan setia orangnya.
Baru-baru ini menerusi satu perkongsian, Aeril memberi peluang kepada pengikutnya mengemukakan pertanyaan. Pagi semua…. ada nak tanya apa2 ?
Selain ramai yang bergurau senda dan mengusik pelakon berusia 31 tahun itu, ada yang melontarkan pertanyaan tentang tips kesetiaan Aeril terhadap isterinya setelah enam tahun berkahwin.
Ads
Apa tips setia dalam rumah tangga?
.
Selalu ingatkan dalam diri, pasangan kita lebih baik dari orang lain,” ujar pelakon drama Nuha Rindu dengan ringkas tapi tegas.
Jawapan tersebut turut dipersetujui warganet yang rata-rata mengakui dia merupakan contoh suami terbaik dan Wawa bertuah memiliki pasangan hidup seperti Aeril.
Untung dapat suami setia
.
Sejak pandemik ini ramai yang tidak ke mana-mana duduk di rumah saja. Pelbagai aktiviti dilakukan untuk menghilangkan rasa bosan.
Salah satu aktiviti popular yang dilakukan adalah bermain permainan telefon atau game yang pastinya menghiburkan.
Namun tanpa kita sedar jika bermain dalam tempoh yang lama akan memberi kesan kecederaan kepada pergelangan tangan.
Nak tahu bagaimana ia terjadi Dr Zubaidi Hj Ahmad ada penjelasan mengenai hal ini.
BERMAIN GAME DI HENFON PERMAINAN TERLALU LAMA BOLEH MENYEBABKAN SINDROM QUERVAIN
“Assalamualaikum, doctor. Baru-baru ini jari dan pergelangan tangan saya sebelah kanan saya mengalami kekejangan dan lenguh. Saya memang ada bermain game dalam henfon. Adakah ia berkaitan? Terima kasih”
Bermain permainan, terutama pada telefon bimbit (henfon) adalah aktiviti santai yang banyak dilakukan oleh anak muda sekarang. Ia bagus sebagai melepaskan kebosanan tetapi ia boleh menyebabkan ketagihan. Bermain dalam jangka masa yang terlalu lama boleh menyebabkan sindrom Quervain yang melibatkan pergelangan tangan dan ibu jari.
Tangan dan jari kita bergerak dengan bantuan tulang, otot, dan tendon untuk memegang henfon dan menekan butang pada henfon. Berlebihan penggunaan tendon akan menyebabkan ia membengkak. Tendon yang membengkak boleh menyebabkan rasa sakit dan merebak sehingga ibu jari dan pergelangan tangan. Keadaan ini dipanggil sindrom Quervain atau de Quervain tenosynovitis.
Tanda yang paling biasa dirasakan adalah rasa sakit yang melampau di pergelangan tangan dan bahagian bawah ibu jari anda. Rasa sakit ini dirasakan apabila memegang atau mencubit sesuatu. Kesakitan ini lebih kuat apabila menggerak-gerakkan ibu jari memutarkan pergelangan tangan.Kesakitan iniboleh merebak ke seluruh lengan.
Selalunya doctor akan memberikan ubat tahan sakit untuk melegakan rasa sakit ini. Pesakit boleh menekapkan ais pada bahagian yang sakit jika rasa sakit tidak berulang. Jika masih tidak berkurangan, doctor akan mentuntikkan steroid sekeliling tendon bagi mengurangkan kebangkakan.
Pesakit boleh berurut secara perlahan-lahan di bahagian yang sakit bagi mereda bengkakan pada ibu jari dan pergelangan tangan. Jika masih tidak selesai, pembedahan akan dilakukan boleh membuka pelapis tendon bagi menyebabkan tendon bergerak tanpa rasa sakit. Semoga menjawab soalan yang diberikan.
Bila anak ketagih main telefon memang kesannya bahaya kepada mindanya. Paling menyedihkan bila ibu bapa biarkan anak-anak bermain telefon ketika berada di dalam kawasan ibadat. Bukan sahaja ditempat meja makan sahaja tidak digalakkan, begitu juga dengan masjid.
Perkongsian Dr Taufik Razif ada benarnya. Moga kita muhasabah diri.
……………………………………………………………
Sedih saya bila nampak ramai kanak-kanak duk main henfon masa imam tengah khutbah tadi.
Paling sedih bila nampak 3 orang kanak kanak yang duduk dalam satu barisan saf dengan penuh khusyuk mengadap skrin henfon masing-masing tanpa pedulikan saya yang menjeling mereka.
Rasanya mereka tengah berlawan sesama sendiri dalam game tu kot! Ye, semasa khutbah jumaat sedang berlangsung!
Ada juga di belakang saf sana ada anak anak yang main game sambil tunggu khutbah jumaat selesai.
JANGAN JADI TREND SUDAH
Benda ni dah jadi trend baru ke? Hilangkan bosan dengar khutbah dengan main game?
Sebak saya. Kenapa bagi anak anak yang belum ada self control yang matang bawa smartfon ke masjid? Dah la tengah khutbah jumaat tu.
Anak anak kita ni dah la jarang dapat ‘sentuhan rohani’ di rumah. Sekurang kurangnya bagi la mereka peluang untuk dapatkan pengisian rohani tu di masjid tiap jumaat.
Kosong anak kita tu nanti kalau hati dan rohaninya tak diisi!
” Aduh! Saya nak buat macam mana. Anak saya macam dah ketagih dah dengan henfon ”
Allahu..wahai ayah..wahai ibu..
Memang henfon ni boleh membuatkan anak anak kita ketagih. Dopamine dalam otak mereka akan meningkat. Mereka akan jadi enjoy dan rasa tenang.
Anak Akan Terperangkap Dopamine Loop Bila Katagih Main Telefon. Doktor Ini Jelaskan Sebabny
Masalahnya, lama kelamaan mereka akan terperangkap dalam Dopamine Loop. Mereka jadi craving! Mereka nak lebih lagi. Bagi seminit, nak sejam. Bagi sejam nak sehari!
Sebab tu la tugas kita untuk bantu mereka kawal kemahuan mereka tu! Tu la kenapa mak ayah kena jadi LEADER kepada anak.
Mereka perlukan bimbingan kita.
Mereka perlukan keputusan kita.
Mereka perlukan ketegasan kita.
Ini je saya nak pesan..
” Jom tunjukkan kasih sayang kita dengan tak mengikut semua kemahuan anak kita Kita batasi kerana cinta. Kita batasi kerana kita taknak mereka binasa! ”
p/s : Saya suka kongsi ilmu mendidik anak di Telegram saya. Klik je link ni untuk join ?
t.me/NotaTaufiqRazif
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Masalah tahi cicak yang memenuhi ruang tingkap dan kaki lima rumah antara yang memeningkan kepala ibu-ibu. Lebih-lebih lagi jika ia dibiarkan lama di situ maka ia menjadi keras dan sukar untuk dibersihkan. Walaupun sudah dibersihkan, namun masalah tersebut tetap berlaku.
Untuk para ibu dan suri rumah di luar sana, mungkin boleh cuba kaedah yang dikongsikan oleh salah seorang pengguna laman facebook iaitu Muna Binti Mohammad. Petua ini dapat menghalang cicak sekaligus menjaga kebersihan tingkap rumah.
Bahan-bahan
3 cuka makan
1/3 air
1/3 cecair basuh pinggan
cara membuat:
♦ Spray di kawasan tersebut, seluruh bingkai tingkap, dinding dan tempat cicak bersembunyi seperti di belakang lampu.
♦ Petua ini juga boleh digunakan untuk kawasan yang banyak semut suka melata.
Setiap hari menguruskan pelbagai hal di rumah, sebagai isteri, ibu dan wanita kita selalu terlupa menjaga kesihatan diri sendiri. Menjaga kesihatan dalaman seperti penjagaan Rahim sangat penting kita berikan perhatian.