Tular baru-baru ini satu kisah yang cukup menyentuh hati. Bila mana sang suami tiada pekerjaan akibat PKP. Dek kerana tekanan perasaan sehingga menyebabkan ketua keluarga ini hilang arah pedoman. Inilah ujian yang terpaksa dilalui puan Natasha Khairul sekeluarga.
Kisah wanita tabah ini tular selepas empunya diri berkongsi luahan di Facebook miliknya baru-baru ini.
Ibu kepada empat orang cahaya mata hasil dari perkahwinannya bersama Khairul berkongsi dugaan sang suami, yang kini menjadi pesakit psikiatri akibat ketiadaan pekerjaan sejak awal PKP lalu.
Menurut Natasha, sebelum disahkan menjadi psikiatri, suaminya tidak tidur selama empat hari dan empat malam Situasi susmi nya membuatkan Natasha tidak senang duduk.
Ceritanya lagi, suaminya pernah menunaikan solat sunat sehingga 7 rakaat tak siap-siap kemudian dengan tiba-tiba saja dia menangis.
Kelakuan pelik suaminya membuat Natasha risau. Lebih membimbangkan, suaminya kelihatan seperti terkena histeria. Malah pernah mengatakan isterinya adalah klon.
Bimbang dengan keadaan sudmi, Natasha memutuskan untuk menghubungi pihak klinik melalui whatsapp. Pada awalnya dia hanya meminta nasihat kepada pihak klinik apakah tindakan yang harus dilakukan.
Namun kelakuan Khairul semakin merisaukan membuatkan Natasha menghubungi ambulans apabila mendapati suaminya mula bertindak untuk mengamuk.
Menurut puan Natasha, pernah suatu ketika, Khairul mendukung anak-anak mereka dan mengatakan “Inilah harta aku” sambil mendukung anak-anaknya. Ramai orang memujuk Khairul ketika itu.
Akhirnya selepas dua kali lari membawa anak satu hospital, Khairul diikat dan diberi ubat penenang. Bermulalah suaminya menjadi seorang pesakit psikiatri yang disahkan oleh pihak hospital selepas rawatan.
Menurut Natasha lagi, setiap hari dia berdoa agar diberikan kekuatan hati dan emosi dalam menempuh cabaran yang baru dilalui dalam hidupnya ini.
Terbaru menerusi facebooknya, Natasha melahirkan rasa syukur atas keprihatinan orang ramai yang menghulurkan bantuan kepada keluarganya.