Umumnya bagi seorang wanita yang telah berkahwin, kita sering meletakkan dan berharap suami dapat membahagiakan kita dan hidup aman damai sekali gus menjadikan betapa indahnya hidup berumahtangga untuk dikecapi hingga hujung nyawa.
Pun begitu hakikatnya tiada yang sempurna dalam kehidupan ini begitu juga dengan sebuah perkahwinan. Pasti ada yang melakukan kesilapan yang boleh memberi kesan buruk pada hubungan suami isteri.
Mungkin ada merasakan apa yang dibuat oleh mereka itu betul, namun tidak pada pandangan pasangannya. Oleh itu kesefahaman dan komunikasi yang baik sangat penting dalam hubungan suami isteri.
Menyentuh tentang kesilapan-kesilapan yang biasa dilakukan tanpa sedar dalam perkahwinan, seorang isteri ini iaitu Puan Adlil Rajiah yang juga merupakan seorang penulis keibubapaan berkongsi tentang antara kesalahan yang biasa dibuat olehnya dan bolehlah diambil pengajaran daripada perkongsiannya ini untuk kita bina keluarga bahagia.
There’s no such thing as a perfect marriage!
Walau macam mana aman damai pun perkahwinan tu, percaya lah every couple has struggles because nobody’s perfect and everyone makes mistakes. Kali ni saya share 3 mistakes yang saya selalu buat tanpa sedar, sampai kadang-kadang mengeruhkan hubungan dengan suami.
Our marriage isn’t perfect either, but we are always looking for ways to love each other better.
Satu benda yang kitorang selalu audit dalam perkahwinan ialah acknowledging the mistakes we do, dan berusaha untuk tidak mengulanginya pada masa akan datang. Saling menegur, saling menyokong, dan saling percaya untuk work together towards a stronger marriage. InsyaAllah.
So 3 kesilapan dalam perkahwinan yang saya selalu TERRRbuat ialah:
1. SELALU ASSUME SUAMI BOLEH “BACA” APA YANG SAYA FIKIR / RASA
Bila dah lama kawen, kadang-kadang kita rasa dah cukup kenal each other, kita rasa suami patut dah tahu apa kita nak, apa yang kita rasa, tanpa perlu beritahu dia.
Ads
Kau gila apa?
Ingat laki kau tok bomoh siam yang tahu luar dalam?
The thing is, your spouse is not a mind-reader, and SO ARE YOU.
So we need to alwaysss communicate about our concerns, desires, wishes, and expectations CLEARLY.
Udah-udah la menyusahkan orang nak kena berteka teki dengan perasaan kau.
2. BILA ADA SALAH FAHAM / BERBEZA PENDAPAT, SELALU NAK MENANGKAN DIRI SENDIRI.
Sedangkan in marriage, suami isteri adalah SATU TEAM. Patutnya sama-sama menang, sama-sama kalah.
Bergaduh, bertekak, berselisih faham suami isteri tu normal. Tapi yang tak normal ialah bergaduh sebab nak vent out anger and frustrations toward each other. Bertekak sebab nak prove siapa betul siapa salah, siapa menang siapa kalah.
Ads
Bukan ke suami isteri itu dalam SATU TEAM? Dah tuu??
3. SELALU FIKIR ANAK, SEBELUM FIKIR SUAMI.
Ok mengaku je la. Kita selalu fikir suami last sekali betul tak? Sebab kita rasa suami dah besor boleh urus makan pakai keperluan diri semua sendiri.
Padahal islam pun ajar kita utamakan kebajikan pasangan sebelum anak.
It’s not “happy wife, happy life”.
It is actually “happy spouse, happy house!”
Husbands need to be happy too!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Bagaimanapun seorang anak itu, hanya ibu sahaja yang setia menerima mereka seadanya tanpa menghiraukan baik buruk mereka.
Itulah yang digambarkan oleh seorang ibu tunggal yang sanggup menaiki bas persiaran dari Selangor untuk ‘menyambut’ kebebasan anaknya yang keluar dari penjara Sungai Udang, Melaka pada Rabu.
Sanggup meredah cuaca terik, ibu tunggal yang dikenali sebagai Azah, 48, mengharungi perjalanan yang jauh hanya semata-mata mahu memeluk kembali anaknya Nurul, 30, selepas dipenjarakan akibat kesalahan berkaitan dadah sejak Februari lalu.
Kata Azah, saat mengetahui Nurul dibebaskan, dia lantas membeli tiket bas dan bergerak dari Selangor sebelum tiba di Terminal Bas Melaka kira-kira jam 10 pagi. Dia kemudianya menaiki kenderaan e-hailing (grab) untuk sampai ke penjara berkenaan.
“Sepatutnya kami tidak dapat beraya dan berpuasa bersama tetapi alhamdulillah, syukur rezeki kami sekeluarga apabila dia (Nurul) dibebaskan awal daripada tarikh yang sepatutnya iaitu pada 12 Mei ini.
“Mulanya bila dapat panggilan daripada pihak penjara bulan lalu, saya tidak percaya dan perasaan bercampur baur sedih, terharu, gembira dan syukur sebab itu hari ini, macam mana sekalipun saya berusaha hadirkan diri untuk menjemput dia sendiri.” katanya.
Azah yang bekerja sebagai pembekal di sebuah syarikat swasta berkata, tempoh terpisah daripada anaknya itu adalah pengalaman yang amat menyedihkan buat dirinya terutama ia juga kali pertama mereka berjauhan dan perlu menjalani ibadah puasa tanpa Nurul.
Beliau berkata antara momen yang dirindui sepanjang ketiadaan anaknya itu ialah masakannya kerana Nurul adalah seorang anak yang pandai memasak pelbagai hidangan.
“Ini adalah saat yang saya nantikan untuk kami sekeluarga berkumpul semula terutama pada hari raya, apabila dia nampak saya datang dari jauh semata-mata untuk jemput dia pulang, datang seorang diri, hargai dia, saya harap dia menyesal dan tidak ulangi lagi kesalahan yang sama pada masa hadapan dan jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran untuk hidup lebih baik.” tambahnya.
Sementara itu, Nurul yang dibebaskan kira-kira 12.28 tengah hari dilihat berpelukan dengan ibunya dan menangis kegembiraan sebaik melangkah keluar dari pintu utama penjara berkenaan.
Nurul berkata, pembebasan awal berkenaan adalah hadiah Ramadan buatnya kerana masih sempat berpuasa dan menyambut hari raya bersama ibu dan ahli keluarga yang lain termasuk dua anaknya berusia 12 dan 14 tahun.
“Sebaik diberitahu pihak penjara bahawa saya akan dibebaskan lebih awal, saya berjanji tidak akan berpatah balik ke belakang dan berubah menjadi seorang yang lebih baik untuk diri sendiri, ibu dan anak-anak saya.” jelasnya.
Bawang antara bahan mentah yang cepat bertindak balas dan tidak tahan lama jika disimpan terlalu lama. Jika bawang merah atau bawang besar akan menjadi lembik dan busuk jika disimpan lama, bawang putih pula biasanya akan menjadi layu dan busuk luarannya.
Sebenarnya ada cara menarik yang dikongsikan oleh Persatuan Muafakat Johordi facebook mengenai cara menyimpan bawang putih ini. Rasanya juga lebih sedap, sebati dan paling penting lebih tahan lama. Bagaimana?
Bukan itu sahaja, malah cara ini juga lebih menjimatkan masa memasak kerana tidak perlu lagi mengupas bawang putih yang sememangnya agak sukar untuk dikupas. Dengan kaedah ini, setiap kali hendak masak, hanya sudukan dan terus ditumis sahaja tanpa perlu mengupasnya lagi. Menarik! Tapi bagaimana?
Caranya :
1. Kupas kulit dan potong dadu bawang putih.
2. Jemur bawang putih sehingga ia agak kering tetapi jangan sampai warnanya bertukar gelap.
3. Masukkan bawang putih ke dalam balang kaca.
4. Tambah minyak masak seperti minyak zaitun, minyak jagung atau minyak masak jenis lain dalam balang kaca sehingga bawang putih tenggelam.
5. Simpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama atau di dapur sahaja. Elakkan dari suhu panas.
6. Keluarkan jika hendak memasak. Tahan sekurang-kurangnya sebulan.
Kelebihan Bawang Putih
Anti Bakteria & Antivirus
Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai anti-virus dan anti-bakteria untuk memusnahkan beberapa mikrob. Ia teramat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.
Mengandungi Banyak Iodin
Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih sangat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.
Membantu Sistem Pencernaan
Bawang putih akan merembeskan gastric asid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.
Meningkatkan Sistem Imunisasi
Terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.
Sumber : Persatuan Muafakat Johor
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Secara umumnya, cecair antiseptik pembersih mulut digunakan untuk berkumur demi memastikan kebersihan bahagian ini lebih sempurna.
Namun begitu, melalui perkongsian Shairy Hanapiah beliau mendedahkan ada banyak lagi kegunaan cecair ini selain mencuci mulut. Memang awesome!
1. Hilangkan bau busuk di dalam tong sampah
Jika rasa malas hendak basuh tong sampah di rumah dan tak suka bau sampah yang busuk, ambil kain yang tidak dipakai dan rendam dengan sedikit cecair pencuci mulut. Kemudian, tutupkan tong tersebut dengan meletakkan kain tadi di atasnya. Cecair tadi akan menyerap bau tersebut.
2.Membasmi kuman pada mangkuk tandas
Cecair antiseptik ini bukan hanya boleh membasmi kuman di dalam mulut, tetapi juga di mangkuk tandas. Caranya, tuangkan sedikit dan sental mangkuk tandas dengan berus. Kuman mati, mangkuk tandas pun berbau wangi.
3.Bersihkan skrin tv atau monitor komputer
Caranya semburkan sedikit cecair pembersih mulut ke atas kain dan sapukan ke atas skrin TV atau monitor komputer. Dijamin segala habuk dan kesan cap jari akan hilang sekelip mata.
4. Membasmi kuman pada berus gigi
Berus gigi sering digunakan untuk menghilangkan kekotoran dan kuman pada gigi, tapi bagaimana pula jika berus gigi yang digunakan itu pula berkuman? Tuangkan sedikit cecair antiseptik ini ke dalam gelas dan rendamkan berus gigi tadi selama 2-3 jam ia membantu mematikan segala kuman dan bakteria yang ada.
5. Menghilangkan kutu di bulu haiwan
Ramai penggemar kucing yang mengalami masalah kutu di bulu haiwan peliharaan mereka. Boleh campurkan cecair pembersih mulut ini dengan air dan semburkan ke bulu kucing tersebut. Selain itu, boleh juga dicampurkan dengan syampu mandian untuk digunakan ketika memandikan kucing tersebut.
6. Hilangkan kegatalan akibat gigitan serangga
Bagi anak-anak kecil yang sering digigit nyamuk atau semut. Boleh sapukan sedikit cecair ini di bahagian yang terkena gigitan serangga tersebut. Ia membantu melegakan kegatalan dan mengelakkan kesan gigitan tadi daripada menjadi lebam.
7. Membersihkan muka yang berjerawat
Jika telah mencuba pelbagai produk pencuci muka namun tidak berkesan, boleh cuba gunakan cecair antiseptik pula.Caranya, sapukan sedikit cecair ini ke seluruh muka setiap pagi dan malam. Hasilnya, jerawat-jerawat degil tu akan mengecut dan hilang.
8. Hilangkan bau busuk pada ketiak
Tuangkan sedikit Listerine ke atas bebola kapas atau kain putih dan sental ketiak korang. Ia akan menghilangkan bau busuk dan memberikan bau yang lebih segar.
9. Membantu hilangkan kelemumur
Basahkan rambut dengan sedikit air, kemudian tuangkan cecair antiseptik ini secukup rasa ke atasnya. Urut dan usap ke seluruh bahagian rambut hingga terasa kedinginannya.
Balut kepala dengan kain tuala selama 20 minit. Selepas itu, bilas kembali rambut. Apa yang penting ia lebih menjimatkan daripada membayar rawatan bagi kulit kepala di salun.
10. Melegakan masalah kaki anda
Tuangkan cecair ini ke dalam besen dan campurkan sedikit air dan cuka putih. Rendamkan kaki selama 30 minit ke dalam besen tersebut. Segala kulat dan kuman yang menyebabkan kaki berbau busuk dan bercagu akan hilang. Kulit kaki pun akan lebih cantik dan sihat.
Selamat Mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.